Thursday, 6 October 2011

Family Finance

Dah lamaaaaaa saya nak bincang topic ni. Kalau akak/abang yg dah lama kawin, mesti dah stabil kan? Saya sebenornya nak tanya pendapat korang, adakah kamu reveal kedudukan financial kamu kepada spouse kamu? Atau adakah kamu sembunyi semua rahsia payslip serta kadar keberhutangan kamu daripada spouse kamu?

Image source

Sedar atau tidak, sebenarnya masalah rumahtangga kebanyakannya berpunca daripada duit (duit, duit, dimana kau duittt!). Dah la kalau gaji dibawah RM3000, itu dikatakan miskin bandar, isk! Hoi, budak fresh undergrad (bukan fresh je ye, yg tak berapa fresh pun sama) yg keja di KL adalah miskin, sadis uols!

Sebab saya tahu ada antara orang yg saya kenal, konsep mereka adalah "duit lakiku duitku, duitku duitku lahh". Tak kisah la buat mcm gitu kan, hak dia. Tapi tak perasan kah dikau bahawa laki kau meminjam di sini sikit, di sana sikit (despite gaji yang sepatutnya boleh la utk hidup) untuk memenuhi keperluan dan kehendak-tak-perlu dunia kamu sekeluarga? Saya rasa si polan berpegang kepada suami hendaklah menyediakan segalanya dan si isteri hanya perlu melayan dan mendidik anak. Saya rasa kalaulah  begitu konsep yg dipegang, kita sebagai si isteri tak buleh la demand.

No Astro.
No Unifi/Streamyx.
No pyrex/le creuset/corelle/royal doulton.
No fisher price/vtech/JCB
Dan banyak lagi lah list of no tu kann.
Hanya yang perlu saja dek non.

Dalam rumahtangga, saya rasalah, jujur dan rasa kasihan itu penting. Si suami janganlah kerana ego, bila si isteri kata "jom beli baju anak brand UCOB", kau anggukkan saja. Bukak la plan financial kamu dan discuss secara jujur. Si isteri perlu menunjukkan rasa kasihan. Ye lah, kalau si suami kata, "bulan ni nak bayau roadtax + insurance, kita jimat sikit eh", fandai-fandai la godek jemput2 utk minum petang, ye tak? Hambuih kauuu, takde duit ada hati nak ber-hi-tea no! Kasihanilah suami mu yg ada hutang PTPTN/MARA itu. Jgn kerana nak pi umrah/haji cepat2, hutang study tak bayar, tak gitu? Tapi jgnlah si suami kedekut, bila ada rezeki lebih, hoi belanja laaa.. itu pun kena sound kaaa? Itu adalah konsep suami yg sediakan segalanya.


Tapi bagi saya, rumahtangga adalah satu bentuk institusi perkongsian. Kalau banyak ni yg kita dpt, sama-sama lah kita makan bang oi. Bila saya terhutang credit card sebab beli handbag, alaa lagi rm500 je bang nak abis hutang, abang tlgla bayau kan, wakakaka! Bukan kah kita berkahwin, kalau diizinkan Tuhan, kita mahu selamanya. Oleh itu, faktor kewangan haruslah dipikir-pikirkan. Ye adik-adik  yg baru nak kawin, berbincanglah. Kalau dpt bakal somi yg mcm haji bakhil, ko kena dress up lebih sikit dik, biar cairrrr! Haji bakhil mana leh tgk pompuan sexehhhhh!

Photobucket

11 comments:

Noir said...

good post, this. dalam kelakar ada mesej. i agree rumahtangga satu institusi perkongsian. but for me, responsibility tetap hak mutlak suami. my concept is duit isteri duit dia, duit saya duit bersama. jika isteri mahu membantu with kemewahan, alhamdulillah, senyum lah saya. but the 'old school' me tetap berpendirian the basic necessities wajib diuruskan sang suami.

maaf Dr, terpanjang komen. ini topik yg i passionate about.

- GC - said...

sy baru kawin kak, lepas tu dah dapat anak. sumpah tak stabil lagi hidup ktorang laki bini, tp since sy kerja, help out la laki mana yg patut. konsep duit lakiku duitku, duitku duitku tu mmg tak boleh blahhh.haha.

bujal X said...

saya tunjuk slip gaji saya~keh keh~~suamimu seorang yang fakir miskin~~

Fazira said...

hahahahahhaha......
utk adik2 macam saya yer??
ishhhhh...sini cakap hal finance.. yg kat birm nie..asyik menanya bila nak kawin...hihihi

DeLancrettLurpak said...

Noir:

Yupp. It is supposed to be like that, the "old school" way. But nowadays, not all married men can't afford even only basic necessities. So, that's where considerate wives should play their roles. If we're a good wife, we know where the line is and what we should do to improve our family life, kannn? Tolong la sikit husband kita. Lagipun, kita sayang husband dan family kita, hehehe.

DeLancrettLurpak said...

GC:

Mcm gitu la life. Tolong menolong amalan mulia, hehe.

Mmg ramai pompuan mcm gitu, duitku duitku, duitmu duitku juaa... Tapi kalau laki tu more than mampu, apa salahnya? kalau dah meminjam di kiri dan kanan, apa ke heynye kannn?

DeLancrettLurpak said...

Bujal:

Lagipun wife kamu kan accountant. Mesti dia pandai manage duit kannn?

DeLancrettLurpak said...

Fazira:

Ye dong.. Itu adik-adik mcm kamu. Kawin bukan hanya untuk majlis kenduri, but the most important thing is life after it.

Melissa Imran said...

Kami punya prinsip:
Benda KEPERLUAN suami bayar: sewa rumah, bil api, bil air, duit dapur, duit belanja saya hehe
Benda KEHENDAK saya bayar: bil astro, makan luar, tgk wayang, bil tepon (saya paksa dia pakai line)

Mak saya pesan, kita kena tahu kemampuan suami, kalau suami tak mampu, tak perlulah minta bagai2. Saya tak malu ngaku suami saya kija biasa2 saje, jadi saya selalunya tak pernah minta yang luar biasa hehe Mak rajin pesan juga, jangan suka bergolok gadai utk nampak mewah, sedangkan kita tak mampu. Alhamdulillah, rezeki Allah tu lebih luas dari yang saya sangka.

Ribbon Clown said...

Agree ngan Melissa Imran's comment..

Aku time keje dulu pun camtu..laki bayar yg basic2 keperluan, aku beli ape aku suka hehe Dah laki aku pun jenis old school gak..

now bila dah tak keje, kalau nak beli brg kehendak, kena tgk bajet dulu. Kalau ade lebih, baru beli and aku sebgai perempuan yg byk sgt kehendak kena sort mana kehendak yg paling penting ke less penting.. jgn lah pi mitak beg LV tiap2 bulan..sakit lah dia..ehehe

teduhankasih said...

saya tak penah tunjuk slip gaji kat hubby...hihi

tapi kitorang share semua perbelanjaan rumah, keperluan anak2, bil2 rumah...

yang bayar asing2 cumalah bil tipon masing2, minyak kete, kad kedit, monthly payment kenderaan masing2 dll la yg guna konsep "seniri punya, seniri bayar" hahaha

gaji saya mmg lebih dari hubby...so kalo saya tingin nak beli something yg saya suka, saya guna duit saya je la...tak penah mitak kt hubby kecuali kalo dia tnya masa dia dpt bonus ke, ada extra income sbb OT lbh ke, special occasion ke...hihih

sometimes bila dpt saya ada extra, saya belikan dia hadiah jugak

ok tak mcm tu?hihihi

Related Posts with Thumbnails