Wednesday, 21 September 2011

Medan Ikan Bakar Umbai-Pernu : Kedai Parameswara

Mmg biasanya kalau dah berkumpul, kami akan makan seafood secara berjemaah, dan lokasi biasa adalah Medan Ikan Bakar Umbai-Pernu, kedai no 6. Along saya kata Parameswara tu lagi sedap tapi ikut nasib la dpt tempat, sebab kedai tu mmg ramai org. So, kali ni tak makan dkt kedai no.6. Tapi family Along saya tak ikut la sebab Piqah (flowergirl majlis) demam la pulak.

Agaknye sebab tengah bulan mcm gini, mmg takde org kot, kedai dkt Medan Ikan Bakar semuanya kosong, takyah susah nak rebut parking kereta bagai. Disebabkan semuanya tengah kelaparan, saya tak sempat nak snap all food pics, sebab semua org dah mcm piranha.

Brain-brain yang lazat! Tapi still tak leh challenge brain-brain Gelang Patah. Brain-brain dkt sini adalah 70sen sekeping, mahal ke murah ke?

Siput buluh/Ambal/Sepahat masak sambal. Sepinggan ni saja RM12. Memang sorang dapat satu aje la, padahal ahli rombongan ada 7 adults aje.

Buttered Prawns 600gram -RM45, erk!

Kami tgh gerak gempur, tu pasal gambo ikan siakap bakar ni pun bergegar, hehe. Ikan Siakap bakar 950gram-RM28.50, wuwuwuwu!

Menu yg tak sempat disnap sebab semua ahli rombongan dah mengganas:
 Ikan jenahak masak sweet sour 850gram : RM39.10.
Ikan cencaru bakar sumbat 350gram : RM7.00
Ketam masak cili 700gram : RM28.00
Sotong goreng tepung 750gram RM27.00


Saya mcm rasa kedai ni agak mahal la, lagi murah kedai no 6 tu. Tapi in terms of rasa, sedap lagi kot, itu kata T-Bag. Tapi saya rasa sama aje. Adakah next time saya akan makan sini lagi? Ntahla.
Photobucket

8 comments:

bujal X said...

ble tahan jugak regenya~~kak~emel saya adress~~

kucingorengemok said...

'entahla' adalah kurang meyakinkan, hehe...

deris pilih sini sebab sambal dia sedap. lom pernah try no6. sebab dia suka berpegang pada prinsip- kita dah datang jauh² kalau yang nak di-try² tu tak sedap macam mana?

cahya indah said...

lagi suka makan kat Ikan Bakar Anjung Batu..Parameswara tu selalu memang penuh.

saudah said...

Otak-otak 70sen adalah mahal..

DeLancrettLurpak said...

@bujal X
kan kan, mahallll!

DeLancrettLurpak said...

@kucingorengemok
kedai no 6 tu ada akak yg boleh kenyit2 mata, terus harga murah, heheheh

DeLancrettLurpak said...

@cahya indah
tak penah pegi Ikan Bakar Anjung Batu, area mana eh? tak dpt imagine dalam peta Melaka, hehehe

DeLancrettLurpak said...

@saudah
kannnn? mahal, tapi sebab jarang jumpe, belasah aje laaa..

Related Posts with Thumbnails