Tuesday, 20 September 2011

The Last Reception - Apis+Norm

Ye, salah satu tujuan kami balik raya ke Malaysia tahun ni adalah sebab adik saya yg no-3 nak kawin. Dengan ini maknanya, semua anak pak Ujir dan mak Ana dah kawin. Majlis nikah di Jengka adalah pada 10 Sept hari tu, tapi saya tak join la sebab saya still di Kuching. Tapi confirm lah saya ada masa majlis dirumah parents saya, apakah kau gila nak escape?!

Masa majlis Along saya dan saya, parents saya pakai khidmat org kampung utk merewang, dlm erti kata lain, lauk adalah masak sendiri. Masa tu buat majlis dkt rumah aruah nenek saya, so haruslah feeling tradisional gitu. Adik-adik saya punya majlis dibuat dkt rumah parents saya, so kami hanya pakai catering. Dalam pada catering, khidmat sedara mara still kena pakai. Sebab kami buat tapai 13 gantang, pastu masak berkat jugak. Kalau tak silap, hari khamis 15th tu hari buat tapai pastu pelamin siap dipasang. Hari jumaat 16th tu pulak, telur asin direbus, parents saya pakai telur asin sebab katanya org akan ambik kalau buat telur asin, kalu telur ayam biasa tu akan dibuang saja. Activity buat bunga telur pun ada serta siapkan goody bags utk tetamu sebelah dan juga tetamu yg jauh. Dari dulu kami tak bagi goody bag kepada semua tetamu, cukup sekadar bunga telur sahaja. Dalam goody bag pun benda yg sama sejak dulu; potpouri, telur dalam pasu/kotak dan tapai. Berkat pulak adalah nasi minyak, daging masak err, ntah taktau apa tajuk nya lepas tu acar darat.

Lauk catering 1: Ayam goreng berempah

Lauk Catering 2 & 3: Korma Daging dan Dalca (both lauks adalah terbaekkkk!)

Lauk Catering 4-6: Acar malas, sambal belacan dan ikan masin.

Lauk catering 7-8 yg tak sempat disnap:  Acar buah dan bubur 1Malaysia. Kenapa nama nya bubur 1Malaysia? Sebab acik Ruby caterer tu letak semua benda, jagung ada, barli ada, bubur kacang ada, semua lah ada, tapi sedaps! Ada pilihan nasi minyak dan nasi putih and of course nasi putih la yg abis dulu.

Yang ni lauk yg dimasak secara rewang : Pisang muda masak lemak.

Pukul 12.30pm, pengantin berarak. Normah kena pakai sanggul lintang tu sebab Abah yg request, hehe. Pelamin yg simple, takda la grand sampai harganya beribu-ribu lemon.


Yang ni flower girl kami comey. Dari kiri: Aisyah Humaira (anak adik bongsu saya, Ibal), Hana Afiqah (anak Along saya) dan Najihah (anak sepupu saya).

Dah abis dah majlis kawin dirumah mak abah saya. Makanya mak abah saya pun senang hati, tapi dah tak best, sebab takda dah majlis besor-besor, isk!

Photobucket

15 comments:

blu4sky said...

samalah..skrg ni klu tekak nak rasa makan nasi minyak kena tunggu jemputan dari kekawan.. adik beradik sendiri semua dah kawin..nak tunggu anak sendiri kawin..emm lambat lagi kot :p

Daddy Ziyyad said...

ayam goreng berempah pun ialah menu semasa majlis kahwin saya.

ps: Saya sudah send alamat istana saya di FB awak..hahaha

makdara TERdiva said...

comeyyy jer flower girl yg belah kiri tuh :)

nak makan nasi minyak, meh dtg kg MDT next year

Kazaztan Team said...

tunggu yaya-yayen aje la...

kucingorengemok said...

pisang muda masak lemak... drool, drool, lawan sambal belacan, drool, dengan ayam goreng rempah, drool...

fika79 said...

mimah, gambar fokus pegantin please...haha

wahida said...

comelnya last pic tu....geram semuanya...


salam kenal, terus follow sini...

DeLancrettLurpak said...

@blu4sky
kan? kalau kenduri rumah sendiri, boleh la repeat 2-3 kali nasik minyak, kalau rumah org, sekali jek la..

DeLancrettLurpak said...

@Daddy Ziyyad
thanks, dah dpt. nanti kita post ye

DeLancrettLurpak said...

@makdara TERdiva
bulan bila tu MDT? sila roger yee

DeLancrettLurpak said...

@Kazaztan Team
lagi 20 tahun lagi la gamaknye weyyy

DeLancrettLurpak said...

@kucingorengemok
mmg droool!!! sedap gilaaaa!!!

DeLancrettLurpak said...

@fika79
nanti aku tepek gambo kat sini, kasik besau besauuuu

DeLancrettLurpak said...

@wahida
alaaa, taknak geram tgk owner blog ni ke? hahahahaha

Mamma Olyn ♥ said...

selamat pengantin baru utk adik DLL.. wahh best2, ble mkn nasi minyak 4-5 kali trip pon xpa..hahha sdpa2 menu, haiii bla la adik i nak kawen, nak balik gak..iskk

Related Posts with Thumbnails