Sunday, 21 August 2011

Update : Burger Malaysia

Ni jenis kuih yg senang dibuat and kalau buat jual mmg untung gile. Dgn 400gram tepung, boleh dpt 25bijik. Dah 2nd time buat kuih ni sebab saya suka, hehe. Dah terlebih sambal ikan bilis, kalau simpan takde gunanya, sbb sekarang tgh misi clearkan fridge. Sebab tu saya letak je dlm croissant, hehe, teringat pulak roti gardenia yg bersambal tu, yummehh! Nanti saya update recipe burger ni kat sini je, kthxbai.

Burger Malaysia (Sumber: Yani)
Bahan-Bahan
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun

Cara-cara
1 Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar.
2. Biarkan kembang 2 kali ganda.
3. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
4. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
5. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

10 comments:

Ann Huda (Ate) said...

Sekali pandang macam pau bersambal rupa nya pakai croissant.

Menanti 'tepekan' resepi burger itew.

Kazaztan Team said...

emppppp...adunan burger tu cam buat roti kah...saya pun mau buat letak sambal bbyk...mesti mantop..sila update resepi burger tu...terima kasih...

Lya Colours said...

yummeh jugakkkk !!

Lady of Leisure said...

kenangan ahh.. dulu kat kantin skolah suka beli berger ni hehe

mrs. rahman said...

kalau beger msia ni letak inti daging beger yang dgoreng & dipotong kecik2, pahtu letak sos ngn timun.. pun sodap~ alamak, teringin laa pulak..

DeLancrettLurpak said...

@Ann Huda (Ate)
sudah ditepek recipenya, kamu cuba la buat ye...

DeLancrettLurpak said...

@Kazaztan Team
lebih kurang mcm nak buat roti la gamaknye.. heheh..

eh eh, mcm nak beli breadmaker la pulak, hahaha

DeLancrettLurpak said...

@Lya Colours
kalau kena dgn teh o panas, perhhh!

DeLancrettLurpak said...

@Lady of Leisure
dkt kantin sekolah saya, diorg letak telur dadar kecik2 and sos aje.. tapi sedap aje

DeLancrettLurpak said...

@mrs. rahman
hishhhh, terliur la pulak saya.. kenapa la tak bgtau awal, dlm freezer ada daging burger..

Related Posts with Thumbnails