Monday, 11 July 2011

BBQ Weekends : My Place

Ye, kalau dah ada BBQ set tu, apa la salahnye ber-BBQ kann?  Bolehlah kite feeling-feeling summer, walhal hujan turun mencurah-curah pagi itu. Malam sebelum tu, Ayu+Ali and Fazira, yakni orang kuat BBQ ni dtg berkampung di rumah saya. Kalau diorg ni takda, tak jadik BBQ ni. So, malam tu kami dinner mee hailam sajo and lepas tu terus cucuk satay, buat sambal ikan bilis, goreng ikan bilis, kacang and ikan masin, cuci and marinate ayam, sotong dan ikan pari. Before orang-orang kuat ni sampai, saya dah siap buat 3 biji kek: New York Cheesecake, Oreo Cheesecake and Black Magic Cake. Malam tu saya tdo pukul 1am kot.

So, pagi tu mmg hujan, so T-Bag terpaksa pasang khemah menyambut menantu, sebab takkan nak bakar-bakar dalam hujan pulak. Antara menunye: Nasi lemak dengan sambal ikan bilis serta kacang, ikan bilis goreng dan ikan masin goreng, chicken wing + ikan pari + sotong panggang,  satay dan kuah kacang, tiga biji kek, ulam-ulaman dan buah tembikai. Since jemputan adalah mmg pemurah belaka, so macam-macamlah tambahan side dishes. Ada sambal belacan, sambal udang, air berkotak-kotak, summer trifle, lychee trifle, sushi, keropok, apam kelapa dan nachos. Dan Kak Odah pulak bawak tambahan 2 periuks nasi lemak, mmg mantaps! Makanla sampai penuh perut.

254 cucuk satay ayam terkorban

sushi, ikan pari dan chicken wing panggang, bekas satay yg tidak direfill, sambal ikan bilis dan air asam Farah yg sedapss!

New York yg nampak sipi-sipi, Black Magic cake yg agak bantat dan tembikai.

Ye puan-puan, kalau nak buat cake dengan banyak. kena make sure dah siap masuk dalam cake pan, terus masuk dalam oven. Jgn biar kena angin. Saya buat cheesecake dulu, saya lupa yg cheesecake takes at least satu jam lebih nak siap. Lepas tu, kena naikkan suhu sebab cheesecake ni guna gas mark 1 aje, so kena naikkan ke gas mark 4 utk buat black magic cake. So, kena biarkan oven at least the oven temperature reach 175(gas mark 4). So black magic cake saya telah berada di luar oven menunggu utk masuk ke dalam oven selama 15 minutes. Ambik kau, kek kau tak berapa naik, ciss!!

Orang yg bertanggungjawab memanggang.

Summer and lychee trifle yg nyums, air tangan Farah ni.



Jemputan saya, thanks for coming. Tak semua ada dalam gambar ni, Kak Keen, Mileen, Ayu, Fazira and Phin takde dalam ni.

Farah and me holding Phin's Apam kelapa dan kami diapit oleh orang kuat BBQ ini, Fazira and Ayu.

Mmg penat la sikit buat aktiviti BBQ ni, tapi berbaloi-baloi tengok orang tersenyum gembira sambil makan and borak  :). Thanks to all for coming and million thanks to orang kuat saya, Ayu+Ali, Fazira and Mileen :). Rasanya tahun depan takdak dah BBQ kot, hehehe.

All pictures adalah ihsan Farah+Imran, taken from their FB. :)
Photobucket

8 comments:

aliaaroslan said...

wah, siap kira berapa cucuk satay. adui, rindu nak masak2 ni..

gedek! said...

254 cucok tu kamu sorang ke?

Kazaztan Team said...

melampau....melampau...siap ada sate tu...

Noraishikin Mohd Salleh said...

ahdoi...org duk obersi ni mmg pandai sungguh la masak...akak, kagum giler ngan akak pndi sgt wat kek...pandai dan rajin..itu yg penting (:

DeLancrettLurpak said...

@aliaaroslan
hehehe.. tapi kalau dah balik Malaysia, buat apa lah buat satay..beli saja.. kann?

DeLancrettLurpak said...

@gedek!
cis Uncle, kot ye pun nak kata saya makan banyak, takkan la 254 cucuk.. terbarai perut tauuu.. hhehhee

DeLancrettLurpak said...

@Kazaztan Team
BBQ tanpa satay adalah umpama nasi lemak tanpa sambal.. ewaahhh!

DeLancrettLurpak said...

@Noraishikin Mohd Salleh
Ikin, akak kan ikut je recipe tauu.. ikut sebijik sejebon.. jadik je.. ikin cubalah

Related Posts with Thumbnails