Monday, 16 May 2011

Teacher's Day and Favourism

Saya tak ingat lah saya pernah bagi tak hadiah pada cikgu sekolah saya. Rasanya kalau sumbang duit utk beli hadiah bagi pihak kelas ada lah kot. Kalau personal gift, I don't think I had.


Dalam hati saya, saya adalah 50% berat hati utk ckp Happy Teacher's Day kepada cikgu-cikgi. Kenapa? Sebab saya ada bad experiences yg saya ingat dan saya masih geram! Pertama, saya mmg nak sangat wakil sekolah utk main hoki. Tapi cikgu itu taknak pilih saya sebab dia lagi prefer budak-budak yg dia favour. Padahal saya rasa, saya pun boleh main hoki mcm budak-budak tu. Ye, saya tahu bunyinya sangat pathetic, tapi that's the way I saw it. One more thing, budak-budak main nama bapak kira standard org tak mature lagi, ni apa kes cikgu main nama bapak, grrr!!!. Kedua, ada cikgu yg mengamalkan favourism atau bahasa kejamnya, biased. Budak lain dia layan melampau sgt eloknya tapi taktau apahal, dia tak berapa sgt suka certain students dan itu termasuk saya, maybe sebab saya kurang cool. Dan dia pernah dia kata saya adalah irritating masa dalam bilik cikgu. Masa tu saya adalah bongok, irittating pun taktau maksudnya, saya hanya senyum masa dia ckp begitu. Balik kelas, saya bukak kamus, baru saya tahu apa maksudnya. Ketiga, ada cikgu gatal mengada nak kena panggil masuk kelas, baru dia nak masuk, wtf? Satu hari saya terlupa nak panggil, lepas tu dia merajuk. Masa sebesar itu, saya sendiri boleh pikir "kau kenapa gatal nak merajuk?! Bukan ke dalam timetable ko kena ajar kelas kami, apasal nak gedik suruh aku panggil kauuu!!!". Itu bad experiences saya di sekolah menengah. Part bad experiences di primary school, saya dah cerita sebelum ni.


Lagi 50%, mmg saya nak sgt wish Happy Teacher's Day kepada cikgu-cikgi saya. Mereka ajar saya bersungguh-sungguh dan tiada favourism, walaupun saya suka mainkan cikgu dengan tanya soalan pelik-pelik. Kepada Cikgu Abdullah, cikgu biologi saya, saya mintak maaf suka tanya  banyak-banyak especially bab pembiakan tetapi saya hanya dpt C3 sahaja dalam Biology, kahkahkah. Cikgu Muzahid, Cikgu Wan dan Cikgu Rokiah, orang yg menyebabkan saya jatuh hati dalam Matematik. Add math is fun, just use your head! Cikgu English saya, Miss Shahriza dan Miss Deep, learning English was fun fun fun with both of you. Miss Deep, saya paling suka part Miss Deep bawak radio dalam kelas, pasang lagu and tulis lyric lagu tu balik and tengok movies (Mighty Duck was one of it), cool!!! Sebab masa tu jiwa remaja, dgr lagu lah best kan dalam kelas. Kalau dalam kelas fizik pasang lagu best gak kan? Tapi malangnya, saya adalah tido bawah meja dalam kelas fizik, kahkahkah. Cikgu Zamri, cikgu kimia yg dtg menyelamatkan kelas saya yg diambang fail, you rock!!! Cikgu BM saya yg baru saya jumpa masa balik Malaysia hari tu, Cikgu Zariah, i lap u! Cikgu BM di KK, Cikgu Rahman, you're the best! Cikgu Sains, Cikgu Noorlida, cikgu yg sgt lembut, saya sukaaa!!!


Ye kawan-kawan pendidik, tak kire la cikgu ke lecturer ke, favourism is a bad bad thing. Whatever we do, we have to make sure we are not biased. Jangan hang out dengan students sampai boleh mengakibatkan anda dituduh biased. Pesanan ini utk diri sendiri juga.



Happy Teacher's Day.
Photobucket

8 comments:

Ms.Lilies said...

aku mcm kenal cikgu2 ko weih hahaha...tp ada gak yg xkenal...cikgu add maths aku cikgu zul...suka btl aku dgn dia...dr memanjang f9 hujung2 spm aku dpt c3 kemain suko dia huhu

nuriL said...

kuwang2...
mcm2 hal ko mimah..
bile nk dpt hari lecturer dgn insentif tu ek? ;)

gedek! said...

Dari Januari cikgu panggil uncle 'kau'

Sampai december pon cikgu panggil uncle 'kau'

Dia tak tau pon nama uncle....

Uncle memang tak popular masa sekolah....

:(

DeLancrettLurpak said...

@Ms.Lilies
cikgu zul ajar budak kelas lain, hehehe.. saya sukaaaaaaa add maths!!! tapi saya tak suka fizikkkk!!!

DeLancrettLurpak said...

@nuriL
aku taknak hadiah dari students kalau ada lecturer's day.. aku nak bonus 2 bulan aje dari gomen, kihkihkih

DeLancrettLurpak said...

@gedek!
tak pe uncle, tak kemana pun yg popular kat sekolah, serious, itu yg saya nampak, hehehehe...

The Lace Tale said...

hi mim..ade blog rupenya..1st time masuk..lawak + santai..i like! ;)keep it up !

DeLancrettLurpak said...

@The Lace Tale
erk! siapakah anda? lovely lace kah? hehehehehe

Related Posts with Thumbnails