Saturday, 28 May 2011

Sakit Kepala 2 dan Tuna Basket

Kepalaku masih lagi berdenyutan, hoih, asal tengok komputer, mula lah sakit kan, ngadas! Bangun pagi matahari dah bukan takat tinggi dah, menggunung dah pun. Terus buat breakfast, simple saja, sausages makan dgn roti and cheese. Lepas tu telan ibuprofen 2 ketol. Naik atas, blog-jogging kejap, terus zzzzzz balik. Pastu bangun tdo, Yaya-Yayen dah keriau nak makan. Buat tuna basket, sebab malas nak masak kan.  Baik saya tampal recipe ni kat sini, kang senang nak carik. Recipe ni saya dpt dari Zarin, thanks Zarin :-)



TUNA BASKET 
Ingredients

1 can Tuna Chunks in Water or in oil
ground black pepper (ikut suka nk banyak mana)
5-6  tbsp Mayonnaise
1 biji bawang besar - potong dadu
1/2 biji tomato dipotong dadu
1/2 biji capsicum dipotong dadu
1-2 tbsp perahan lemon or limau nipis pun ok jugak
roti – (suka hati nak banyak mana) di buang bahagian tepi
butter
cheddar cheese slice

Method
1. Pre heat oven pada suhu 180 C
2. Keluarkan tuna chunks and cuci kejap, then toskan tuna chunks tadi
3. Masukkan bawang merah, pepper, tomato, capsicum, perahan jus lemon dan tuna chunks tadi ke dalam bowl dan gaul rata dengan mayonnaise.
4. Sapukan butter pada dua dua belah roti dan masukkan roti ke dalam muffin case. tekan sikit roti tu agar melekat ke bahagian tepi muffin case so nanti ada bentuk macam basket gitu ;-)
5. Bakar dalam pre heated oven selama 10 minit
6. Keluarkan roti dari oven dan masukkan tuna tadi serta letakkan cheese slices di atas tuna tadi dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga cheese tadi telah melt, siap ;-)

Hanya dapat 6 ketol sahaja.

Makan dengan sos cili pun sodap! Sorang makan satu je lepas dah siap. Pastu rasa mcm kenyang.

Lepas tu, kami anak beranak kemas rumah, sebab esok ada orang nak dtg. Buang apa yg patut, pastu baju2 Yaya-Yayen yg elok2 letak dalam kotak, and letak dkt attic. Pastu perut pun nyanyi lagi tapi kepala dah tak berapa sakit sgt. Tapi tetaplah malas nak ke dapur ye dek non. Turun bawah and terus ambik baki 3 tuna basket tu. Yaya-Yayen nampak saya makan, apa lagi terus dia kata dia nak. 2 OK dia makan, boleh tahan!. Terus saya kata dkt T-Bag, nak makan briyani. Hari tu Unic+Khairy ada kata satu kedai briyani yg boleh tahan sedap rasanya di Cheltenham Road, tak ingat apa pulak namanya. Tapi google saja, terus jumpa, namanya Asian Spicy

Lepas solat asar, terus la kami berangkat ke kedai. Kalau ikutkan takyah tengok menu, saya akan terus order je, mmg niat nak makan lamb briyani. Tapi gatal nak order gak papodum dengan condiments. Condiments dkt sini tak berapa kena dgn tekak saya, sebab takde yg pedas mcm dkt Shere Khan. Anyway, the first time saya masukkan briyani ke mulut and rasa, terus saya kata kat T-Bag, " eh eh, ni mcm briyani masa kenduri kawin dkt Malaysia kan?". Maknanya, sedaplah, ehehehe. Malas nak ambik gambau elok-elok.

Dia letak briyani with lamb chunks dalam caserole dish, lepas tu tengah2 dia letak fried hard boiled egg. Lepas tu makan dgn briyani gravy yg ada sayur mayur termasuk broccoli. Gravy letak atas food warmer yg dipanaskan guna lilin. Mana lagi sedap, briyani Shere Khan or Asian Spicy? Dua-dua rasanya lain. Tapi kalau tak suka pedas mcm nak mati, tak payah la makan dkt Shere Khan. Dkt Shere Khan, briyani tu ada macam-macam penyumbang pedas, blackpepper, cili padi, cili besor, semua ada tau!

Sedap tapi portion adalah besar. Next time, boleh order satu saja, dan share, ok? T-Bag kan gigih orangnye, so dia berjaya abiskan the whole big portion itu. Saya tak. Saya ni adalah jenis pemakan-sikit-sikit-lama-lama-jadik-bukit. Memang perut saya banyak compartments, tapi setiap compartments sangat kecik, hehehe. Apa ke jadahnye aku terangkan compartments perut dkt korang, ingat lembu kah? 

Begitulah ye, kalau sakit kepala, kedailah dapur kita. Macam tu la jugak kalau mak saya sakit kepala, confirm  lunch and dinner samada nasi ayam atau briyani, hehehe. 


Tapi kalau kat Malaysia, sokmo je kedai makan jadik dapur kami setiap hari, hehehehe. Ok bye, nak tido, kepala dah nyut nyut nyut.



Photobucket

4 comments:

Madam Sooyaree said...

Pening kepala, tapi kambing jua jadi pojaan tu! I laik!

Nashays said...

dalam sakit kepala..menjadik gak tuna neh..nak try lah..tuna chunk ade lagi kat umah..

DeLancrettLurpak said...

@Madam Sooyaree
aku nye pesen, sakit kepala tiada kena mengena dgn kambing, sebab tu aku belasah aje, hehehehe

DeLancrettLurpak said...

@Nashays
sile try, kenyang gak wey, tapi kalau nak hidang kat orang, tekan betol2 roti tu eh

Related Posts with Thumbnails