Saturday, 21 May 2011

Italian laaaaagi...

Sebenarnya saya dah nak tido ni, tapi godek henpon, jumpa gambo makanan pulak. Saya skang asal waktu malam je lapo, lapo je dah pukul 11mlm, hoih!
Last saturday, labmate T-Bag called ajak kami keluar lunch. Masa tu pukul 11 lebih pagi kot dia call and saya dah siap masak lunch, sup ekor je pun. Since jarang diorg ajak call pi makan-makan, kami pun ikut kan saja. So, kami ke Zizzi Restaurant pukul 1.30pm. Zizzi ni Italian restaurant. So, sumpah-tak-laknat yg saya buat lepas balik Italy hari tu,  iaitu tak nak makan Italian food for one whole year adalah tipu besauuu!

Macam biasa, Yaya-Yayen makan Margherita Pizza. Kang order yg lain, dia taknak makan pulak kang.

T-Bag makan Ravioli di Capra and he said sedap. Saya pernah makan la benda ni, dan saya suka. Tapi saya prefer dgn four cheese sauce lagi kot.
Egg ravioli with tangy goats’ cheese and spinach, served with a rich tomato sauce and finished with pesto and toasted pine nuts.

Saya pulak makan something yg mmg nak makan dkt Rome hari tu, tapi tak dapat.
Ianya adalah Risotto di Pesce.
A creamy risotto packed with flavours from the south of Italy. Juicy tiger prawns, oak-roasted salmon and calamari together with courgettes, spinach, fresh lemon and a touch of chilli.

Yg saya bold kan itu mmg benarlah, ada 4-5 je hiris cili. Kalau saya lah, aku longgokkan cili padi, baru puas hati. Sedaplah, tapi kena makan sementara panas, kang muak la pulak. Kalau tanya saya, apa rasanya risotto ni, saya akan ckp, mcm bubur tapi banyak isi, begitulah dia.


Dekat restaurant tu banyak guna ada satu cheese ni, namanya Grana Padano cheese. Saya tanya labmate T-Bag, Sudeep, apakah benda tu. Takut la ada wine ke ape ke, dia kata it some sort of cheese that comes with meat. Hah, apakah? So, mcm malas nak tanya lebih, so takyah la order. Sekali balik rumah and google, Grana Padano cheese ni yg boleh je dimakan, ciss!!!


Si Sudeep tu ajak makan taktau pasal apa. Tapi dalam 7 orang gak masa tu, so borak-borak aje la. Nak balik tu, baru dgr ada sorang tu kata "Happy Birthday".Tapi tak berapa dgr pada sapa, rasanya pada Sudeep. Kami tak wish pun, sebab taktau, nak tanya, malulah pulak, kihkihkih.


Agak-agak korang tak berapa suka Italian food, yg mana satu daripada yg di atas korang akan makan kalau dah terdesak?

Photobucket

22 comments:

norh said...

teringin nak makan yg no 2 tu..macam sedap ja..

tasekM said...

nampak sgt sedap beb.


.

Noraishikin Mohd Salleh said...

sudah semestinya risotto yang perlu dimakan ketika panas itu :) sedap!

Daddy Ziyyad said...

kulit ravioli tu macam kulit karipap daaaa..hahaha..

berbelit lidah den nak menyebut makanan itali nih..

lupa la nak tanya..u makan kat Italy tuhari, sama aja ke rasanya atau lagi best dgn italian food diluar Italy?

somuffins said...

DLL
Kalau boleh nak rasa semua tapi untuk menjawab soklan puan prof.; jawapannya mestilah no. 1.

MY HEART said...

Saya pernah cuba makan pizza magerita tu kat sini tapi erk.. bagi saya pizza hut mesia lagi sedap dan terbaik...

setakat ni, masakan malaysia tetap dihati...



uwaaaa.. nak balik mesiaaa..

fika79 said...

pizza dia mmg look yummy kan..aku lately asik italianish jer..sbb utama malas nak masak masakan melayu..hahhaha...

gedek! said...

Ini makanan ruji Mafia...!

DeLancrettLurpak said...

@norh
Ravioli mmg sedapp tau!! nanti dah balik malaysia, mana la saya nak carik eh

DeLancrettLurpak said...

@tasekM
sedap dan banyakkkk!!!!

DeLancrettLurpak said...

@Noraishikin Mohd Salleh
huih, melecur lidah ku tauuu!!

Mak Piah said...

Erkkkk kenak kah risotto rupa nya kedak muntah pusak??

DeLancrettLurpak said...

@Daddy Ziyyad
mengikut lidah saya ini, makanan italy di UK lagi sedap dari di Italy. Maybe kat sini, dia dah tune ikut rasa international.. kat sana tu rasa mcm masam terlebih la pulak, heheh

DeLancrettLurpak said...

@somuffins
CikSom, apakah no 1 yg mau dicoba? yg tu tak berapa nak mencabar lidah la ciksom, hehehehe

DeLancrettLurpak said...

@MY HEART
wahai adik, makanan malaysia mmg the best! tapi akak suka lagi pizza yg thin crust kot.. yg Pizza Hut punya tu kenyang makan roti aje, isi nye kureng..

kamu dok mana eh?

DeLancrettLurpak said...

@fika79
sama mcm aku la, kekonon going italian la menu rumahku, tapi sebenonye pemalash! hehehe

DeLancrettLurpak said...

@gedek!
cool kan mafia italian.. sebab tu dkt airport italy, polis pun bawak pistol gabak2...

DeLancrettLurpak said...

@Mak Piah
ciss MP!!! Nyaman ada jak risotto ya aihhh!!

tapi ibuhla diletak didapur yg sama, confirm ku siktauk beza, hehehehe

Mamma Olyn ♥ said...

i nak dok sebelah yaya, nak geng gan yaya mamam pizza margariittttaaaaa!! hehehee

MY HEART said...

Kak,

Now saya dok rome.. tapi pizza hut tu roti dia lembut.. tak keras cam pizza kat rome ni haaa...


akak dok london ek??

DeLancrettLurpak said...

@Mamma Olyn ♥
pizza yg besar gabak! makan 4 orang baru abis,hehehe

DeLancrettLurpak said...

@MY HEART
Kami dok Bristol. Hari tu kami pi Rome, kami suka makan roti dia, but tak berapa nak suka topping dia, sebab mcm tomato nye masam lain mcm. Anyway, ramai ke Malaysian dkt Rome? Hari tu jumpa org Malaysia atas bas dari Ciampino ke Rome, naik bas, nampak dah biasa sgt dgn Rome, ntah2 korang, hehehehe

Related Posts with Thumbnails