Wednesday, 11 May 2011

Gangster Wannabe

Umur dah 30tahun. Rumah sendiri dah ada, bangga mmg takyah nak katalah. Tapi tengok kiri kanan, kawan-kawan, sedara mara yang seumur sebaya semuanya sibuk mengumpul harta, terutamanya hartanah. Oh dia pun kalut jugaklah, taknak tertinggal. Lalu dia pun carik  jugak rumah utk dibeli, kekonon investment. Tak kesahlah kalau mmg ada seribu dua setiap bulan berbaki dalam paycheck nya. Maksudnya dah tolak kereta, makan pakai, daycare anak, terlebih pulak seribu dua. Tapi in his case, takkk, semuanya cukup-cukup, ngam-ngam. Sebab orang lain buat, dia nak buat gak hatta biarlah pinjaman yg mencekik darah. Tak kisahlah, financial kau, kau punye masalahlah.


Tujuan rumah kedua dibeli adalah investment (investment apakah sampai kau tersekat-sekat nak makan, takde pulak duit rotate?). So, sudah dapat rumah, mari sewakan rumah. Oh, dah dapat penyewa, pulak, cantek!  Sewakan rumah RM800. Deposit dua bulan, RM1600 plus deposit api air RM400. Total RM2000. Dapat duit deposit, kita enjoyyyy!! 2 tahun pertama, urusan sewa semua berjalan lancar. Takda masalah rumah. Tapi bila si penyewa nak keluar rumah, dan mintak deposit rumah, dia buat taktau. Sampailah penyewa malas nak kejar. Kenapa tak pulangkan deposit? Eh tadi kan dah enjoy duit deposit, so duit mmg dah takde. Nak taknak, buat taktau aje lah kannn? Dapat pulak tenant jenis malas nak kerja benda remeh temeh mcm gini, yahuuuu, landlord pun terlepas!


Sebelum buat iklan utk disewakan, baru lah landlord perasan yg bilik air di master bedroom dah nak rosak. Alah , takpe, tenant baru confirm tak perasan punye. Tenant baru pun masuk. Again, dpt deposit landlord pun enjoy!! Bulan pertama, tenant dah complaint pasal bilik air. Landlord asik la mengelak. Tetiap bulan duit sewa nak, tapi repair bilik air taknak. Tenant kali ni, pun malas nak call banyak kali complaint pasal bilik air yg rosak. Cukup 2-3 call, tenant dah naik malas. Bukan tu aje, shower pun dah tak berfungsi. Dah cukup setahun duduk rumah tu, tenant pun nak keluar rumah. Sebab agreement sewa kata minimum a year and after that, tenant can give a month notification utk keluar rumah and that was exactly what he did. So, landlord pulak dalam agreement mesti pulang all the deposits termasuk deposit api air dengan syarat tenant dah bayar all the bills. No, he didn't. He ignored. Tapi kali ni tenant ada bijak sikit. Dia report pada tribunal pengguna. Bagi si tenant, biar susah sikit, janji landlord mcm gini dapat diajar.

Image Source

Ye tuan-puan, situasi mcm gini selalu berlaku. Landlord ingat dia buleh lepas. Nak ada rumah for investement, tapi takdak modal utk maintenance. Kalau jadik kat orang banyak duit, takde masalah la kot sebab deposit RM2000 tak dpt balik on time. Tapi bayangkan students yg tak dapat dok asrama, kena dok rumah sewa. Masalah ok benda ni semua. Ingat senang ke nak dpt duit buat deposit utk rumah yg baru.

Saya rasa landlord mcm gini adalah gangster wannabe. Kena pulak yg bila kita call banyak kali tanya deposit, dia sergah pulak kita, berdolak dalih, maki siap segala. Tak ke gangster.

Marilah kita generasi baru, jgn buat begitu. Nak jadik landlord, jadik landlord yg ada civic sikit. Tenant pun mesti la ada civic. Nak keluar rumah, kemas lah rumah. Bersihkan dinding yg anak dah conteng. Bayar bil. Kalau ada kerosakan yg tenant buat, mengaku dan bersedia utk byr. Begitulah kehidupan. Janganlah nak ambik kesempatan. What goes around, comes around you know!

Saya angin bila baca adik saya punya entry, grrr!!!
Photobucket

25 comments:

bujal X said...

ala~~lain kalai 2 bulan sebelum pindah tak payah bayar sewa~~time tu kira langsai la hutang~haha~~

- GC - said...

landlord masa kat penang, dh brp kali call, sinki tu tersumbat. tak penah dtg repair. last aku dh blah dr situ, ex-housemate ckp baru repair. bengong!

NenekPenne said...

itu pasallah bila ada kawan nak sewa rumah i, i tak nak kasi... i takut menda2 mcm ni terjadi...


oohh scarry marry okay..

norh said...

saya kalau lebihan duit 3k tetiap bulan, baru nak beli rumah kedua.. :P

Daddy Ziyyad said...

1st time dengar ni..

Tak pulangkan deposit.

Kan ke ada tenancy agreement ...so bawak lah ke tribunal..report police..

DeLancrettLurpak said...

@bujal X
Bujal ada landlord yg kita buleh buat mcm tu, ada yg taknak.. kebiasannya mmg taknak laa...

DeLancrettLurpak said...

@- GC -
kannn? tak ke hangin!

DeLancrettLurpak said...

@NenekPenne
tu lahh, I dah tgk pulak mak I sewakan rumah pada students.. sliding door tercabut ok! mmg terok la..

DeLancrettLurpak said...

@norh
Kan Norh kan? which is bagi saya, bila la tu kann? ehehehhe

DeLancrettLurpak said...

@Daddy Ziyyad
huh, dah banyak kali kes ni DaddyZiyyad. Especially dgn landlord melayu, selamba badak aje!!!

gedek! said...

uncle Jon Lord wannabe...

Mak Piah said...

ayoooo ...repot pulis jek.

nurhanzs co said...

tenant akak dah 6 bulan tak bayo sewa.. masuk bulan ke-7... hmmm...

makcikkantin said...

sekarang zaman semua org nak jadi gangster. landlord hal landlord, tennant pulak dgn cara sendiri.
respect dah kurang sgt la ni, tu jd camtu kan?

mamaHaqq said...

Pernah jadi kt saya..tuan rumah tak bagi deposit balik...kitorg dah bagi 1 month notis lagi..memula dia cakap nak pulang balik lepas dia check tengok rumah clear and ok.lepas dah tengok semua ok tapi last2 tak nak bayar..boleh pulak lepas tu kata deposit hangus..OMG! memang kitorg rasa nk bakar je rumah dia time tu or simbah cat..

memang tak boleh buat apa2 la masa tu sebab tak ada agreement...pasrahh...

DeLancrettLurpak said...

@Mak Piah
police layan ke kes mcm ni MP, mcm tak je..

DeLancrettLurpak said...

@gedek!
eh jap, Jon Lord tu main guitar kan?

DeLancrettLurpak said...

@nurhanzs co
wahhh!! ini sudah melampu niii!! Apakah tindakan anda?

DeLancrettLurpak said...

@makcikkantin
respect takda, pastu masing-masing selfish, kan McKantin kan?

DeLancrettLurpak said...

@mamaHaqq
uisshhh!! mentang-mentang takdak agreement, suka suki je dia nak buat mcm tu! sanggupkan diorg mkn duit mcm tu.. hishh!

Madam Sooyaree said...

Wehhh... kalau terbalik??? Penyewa rumah aku penyewa from hell. Bini nak ada 2, duit takde. Baru first month dah buat hal. Nak mintak sewa macam mintak derma. Pastu banyak alasan lak tu. Sampai kena pakai agent nak mintak sewa, boleh?

DeLancrettLurpak said...

@gedek!
mamat tu main gitar kan Uncle kann? meh la sini, gi melawat mamat tuhh..

DeLancrettLurpak said...

@Mak Piah
MP, polis pun malas nak layan tau kes ntah hapa hapa mcm ni...

DeLancrettLurpak said...

@Madam Sooyaree
Ni penyewa kat Malaysia ke? uihh, dasat.. ko pakai agent kaki pukul ke? wakakaka.. eh seriously, ko pakai agent apa?

Madam Sooyaree said...

Kat Malaysia la babe. Ni agent yang carik tenant, dia rasa bersalah kot. Mamat ni memang auta power siot.

Related Posts with Thumbnails