Thursday, 5 May 2011

Boarding School Roll Call

Tetiba teringat pasal kisah masa sekolah MARA Kuantan. Masa tu saya form 5. Blok G iaitu  blok yg saya jaga adalah hostel utk senior and junior. Saya jaga maksudnya saya ketua blok. Tugas ketua blok adalah banyak, termasuklah buat roll call utk junior. Ketua blok dan AJK blog adalah terdiri daripada ahli Lembaga Disiplin Pelajar (LDP), kire ni stock prefect berani mati la, hahahaha.

Saya hapal lagu ni, kalau hapal lagu MARA ni nanti dpt conversion pinjaman ke hanya 1% sahaja, ok tipu!

Saya mmg menyampah tugas roll-call ni, sebab saya sendiri masa form 4, mmg bengang gile dengan senior yg suka buat roll call. Ape ke heynye dah waktu lights off nak panggil junior marah-marah, maki-maki. Kacau my beauty sleep tau! Bukan kejap, kadang-kadang 2-3 jam. Kalau lama, kena duduk atas rumput. Agenda utama roll call adalah pegi ungkit kesalahan junior. Yang mana junior tak bagi salam pada senior, yang lambat clear block masa prep atau sekolah, yang mana potong queue dkt DS, yang mana eyes battling dgn senior lelaki, hoih! Semua kena cerca masa roll call. By the way, masa kami junior, corridor dari hostel ke kelas tak leh guna tau, sebab itu laluan senior. Junior kena lalu tepi court yg takde corridor, hujan lebat je baru leh lalu bawah corridor, tak ke bengang. And kalau bagi salam dekat kakak senior, mesti bagi salam utk setiap yg lalu. Kalau kakak-kakak tu jalan dalam group, katalah five in a group, ko kena bagi salam 5 kali. Kalau takkkkk, siap la kauuuu!

Anyway, ada few roll calls yg saya kena buat utk kesejahteraan blok, echeh! Tapi masa kami junior, rasanya tetiap minggu ada roll call yg saya rasa tak perlu pun, agaknye kakak-kakak senior LDP tension tak dpt jawab soalan fizik, dia nak somebody yg boleh dicerca, kahkahkah. Roll call yg antaranya wajib adalah roll call yg bertemakan "jgn kurang ajar!".  What we did was, masa the first week dalam minggu orientation, panggil semua junior dalam blok  tu dan berkumpul dkt tengah blok. Masa tu diaorg tak berapa kenal sgt kawan-kawan seblok diorg. So, kami letak sorang budak batch kami yg datang dari blok lain. Makna kata budak-budak junior mmg haram tak kenal kawan kami tu, yg saya panggil si pelakon tambahan.

So, the drama pun bermula. Saya akan bagi taklimat bla bla pada junior. Pastu tetiba ada kawan saya dtg, bisik-bisik dkt saya. Saya pun tukar mode bengang. Saya tanya sapa yg ada kurang ajar dengan senior hari ni, baik mengaku. Memula ckp baik saja, lepas tu saya guna high pitch dgn suara kurang ajar. Mind you, setiap blok kami 2 tingkat. So, semua kawan-kawan sebatch saya duduk kat atas, bersidai tgk saya dgn all the juniors. Lepas tu, kawan -kawan saya akan jerit "Haa tu budak tu Mimah, budak tu". Saya akan suruh budak yg ditunjuk tu bangun, sebenonye budak tu adalah si pelakon tambahan. So, saya akan tanya what had happened. Dia akan jawab dgn kurang ajar dan asik la "menjawab". So, kawan-kawan dkt tingkat atas akan marah-marah. Memang  situasi yg sgt tensi la, siap maki-maki. Pastu akan ada sorang yg emosi terlebey dan akan ckp "hantar budak tu kat atas, biar aku belasah dia". So, diorg turun ramai-ramai, tarik pelakon tambahan itu dan bawak ke salah satu bilik senior.

Lepas tu bermulalah adegan belasah. Siap ada lari-lari, bunyi gedebang gedebung, bunyi pelakon tambahan menjerit nangis lah, siap ada bunyi kerusi hempok dkt almari. Dalam 15minutes la adegan belasah ni. Memang kecoh abis la. Lepas tu sorang kawan saya akan lari kepada saya, dan jerit, mintak First Aid Kit, sebab dah berdarah. Saya akan lari ambik First Aid Kit dalam sick bay and pi buat "emergency treatment" dalam bilik senior, kahkahkah. Pastu penolong ketua blok akan ambil alih tugas saya utk membebel-bebel bagi moral value pada juniors. Lepas saya buat treatment palsu dalam bilik tu,( padahal kami dalam bilik, sakit perut tahan gelak, hahahah), saya akan keluar bilik dan buat muka serius abis. Dan kami nampak la ada juniors yg menangis sebab takut. Lepas tu, roll call pun abis, barulah kami dpt gelak secara berjemaah, wakakakakaka!

Rasanya roll call yg ni mmg semua batch buat. Kami pun terkena gak masa jadik junior. Dah ujung tahun, masa seniors tgh get ready utk SPM, baru la juniors akan tahu yg diorg kena tipu, hehehe.
Amacam korang berani hanto anak korang masok boarding school?



psst: korang ingat senang ke berlakon tukar mode-mode, hoh!
Photobucket

28 comments:

gedek! said...

Sepatotnya sekarang ni kamu jadi pelakon!

kucingorengemok said...

aiih? sampai setahun pun tak kenal jugak budak yang kena pukul tu sebenarnya senior? sungguh kurang peka...

Kazaztan Team said...

ahahahhahhaha...mengundang nostalgia la...ehehhehehehe...

lemongrass said...

wehehehe...nasib baik masa I kat Kuantan dulu, you belum lagi menjelma at the same school. Kalau tak, mau lah I pun nangis2 agaknya tengok lakonan drama melayu itu, hahahah....

fika79 said...

Gilak a...ni kira oriented a nih..aku benci beb such of this activity..sib baik kena time form1 je tp pun tu aku ada kkk angkat cover aku baeekk punya..so aku mmg xsuka buat org a..klu kurang ajar aku sound direct jer..bila kat uni,sib aku baik sbb xkena benda ni.aku pernah sound batch aku yg gatal buat benda ni..aku siap ckp dr ko buat menatang tak paedah ni baekk a ko study..ada manfaat gakk....haha!tp seriously aku benci org over nk buat benda yg xperlu buat..awal2 masuk sek blh a,sbb kunun nk kenal2 tpklu sepjg tahun nk buat,mmg shit a...senior aku yg jht ngan aku kn,spi lani aku benci!!siap pk dulu,klu aku jd cikgu kt ank diorang aku toture selalu...:D

Anggerik Berduri said...

benci ni..mase I skolah dulu roll call mase dinner nk make sure xde student fly or what..tp activity menengking, memaki, memarah n seangkatan dengan nya tu dipanggil meeting.nyampah bila ade senior yang bangun mase supper n cakap "dorm A, malam ni meeting.pkul 11 sharp..klau lambat, WATCH OUT"..hahhaha bila dia sebut "watchout"je my friend n I trus akan pandang luar...ade sekali tu kene senior ckp kat we all "BEWARE"..hahahah lagi dia marah lagi ktorg bwat.wakakaka

Madam Sooyaree said...

Nasib baik I tak sekolah asrama tau... Hidup SMK (P) Sri Aman, yeay!!!

Daddy Ziyyad said...

Oh..kamu ex kuantan rupa rupanya.
Saya ex Tepeng.

LDP di maktab saya dulu ialah kaum yg dibenci pelajar..ahahah

makdara TERdiva said...

pergh! seram! tapi kalo semua tu keluar jd pengarah ke CEO..salute ah!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salm.satu geng sekolah mara kita

DeLancrettLurpak said...

@gedek!
i takde rupa youuuu!


pathetic gile bunyi nye kan?

DeLancrettLurpak said...

@kucingorengemok
KOG satu batch ada 200++ budak pompuan.. so mmg susah nak kenal la.. tambah pulak lain kelas lain homeroom lain blok hostel.. tu pasal dah ujung tahun baru kenal..

DeLancrettLurpak said...

@Kazaztan Team
mmg nostalgic abis! hehehehe

DeLancrettLurpak said...

@lemongrass
i guess you senior i kan? i batch 97-98..

DeLancrettLurpak said...

@fika79
tu pasal masa aku jadik ketua blok, aku jarang nak buat roll call, membazir masa aku je, baik la aku spend masa usha mamat-mamat hensem batch aku, kannnn?

DeLancrettLurpak said...

@Anggerik Berduri
aku penah melawan senior, tapi silap besar laa, aku lagi bergeliga dari dia, wakakakaka!

DeLancrettLurpak said...

@Madam Sooyaree
wahhh ni org Shah Alam ni, kannn?

DeLancrettLurpak said...

@Daddy Ziyyad
saya adalah hasil dari MRSM Jelebu + MRSM Kuantan.. straight dari form 1 sampai form 5...

saya pun tak suke pegang jawatan mcm gini, tapi apa nak buat, cikgu homeroom saya penasihat LDP, dia yg calonkan, haih laa...

DeLancrettLurpak said...

@makdara TERdiva
setakat ni tak dgr lagi yg jadik CEO, maybe in 5-6years ada kot... lagi 10 tahun, maybe ada yg jadik Assoc Prof, doa-doakan lah ye, hehehehehe

DeLancrettLurpak said...

@b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
makna kata kita satu batch!!!
hooorrayyyy!!

maafkan saya, saya tak berapa kenal golongan adam di sekolah saya.. hehehehe..

ayam said...

apa kellas setakat roll call jer? senior2 lelaki mrsm i pegi ganggu secara seksual junior boys form one.

somuffins said...

DLL
Nasib baik I tak berapa pandai untuk melayakkan ke MRSM Kuantan.. tapi takat intai2 STF, hhmmm... masih bijak jugakkah?? (very3 irrelevant statement nih).

Niway, you jaaaahhhhhaaaatlaaaa...

Madam Sooyaree said...

Dak aih, wa olang PJ. Sekolah Sri Aman kat Section 14, PJ :P

Noraishikin Mohd Salleh said...

hahahah....terbaikla acikmimah :) masa time kin dulu ada gak mcm ni.setiap hari ahad sblm diorang kasi tugas nak cuci block.

semua benda nak ungkit. kalau ada senior yg suka kat junior tuh, mmg setahun la junior tu kena jeling...tensi nak mampus! hahahahah

DeLancrettLurpak said...

@ayam
ewahh berani nampak!

DeLancrettLurpak said...

@somuffins
sekolah tidak menentukan kebijakan seseorang wahai ciksom, sebab ada org masuk dgn cara pull the string.. bagi saya, sekolah yg best bagi peluang in future pada students, tu je, hehehe

hehehe, I hanya menjalankan tanggungjawab wahai ciksom, hehehehe

DeLancrettLurpak said...

@Madam Sooyaree
lah ye ke, kawan-kawan aku yg dok shah alam kebanyakan sekolah ko la.. aku ingat sekolah tu dkt shah alam..

DeLancrettLurpak said...

@Noraishikin Mohd Salleh
masa zaman pemerintahan kita, echeh, kite mmg jarang buat roll call sebab membazir masa.. tapi masa jadik junior, hidup adalah tensiiii!! kann?

Related Posts with Thumbnails