Tuesday, 10 May 2011

Boarding School: Bully Time

Sebelum nim saya ada cerita pasa roll call and food memories saya di boarding school. Ada satu lagi tradisi yang saya belajar masa tinggal di Blok G di Sekolah MARA Kuantan.

Masa saya form 4, saya tinggal sebilik dengan 4 kawan yg lain. Dalam satu compound paling sikit ada 2 bilik. Total satu compound paling sikit adalah 10 orang.  Dalam pertengahan tahun, parlimen dibubarkan, echeh! Senior-senior semua dah lepaskan jawatan diorg, so semua jawatan diberikan kepada junior. Dalam bilik saya ada 2 orang Badan Wakil Pelajar (BWP), sorang Setiausaha Lembaga Disiplin Pelajar (LDP), sorang prebet LDP (saya la tu) dan sorang ahli ELC (English Languange Society).

Masa senior dah dkt trial SPM, ada satu group ni tetiba dtg bilik kami. Diorg kata mlm ni ada event dalam bilik kami, so diaorg suruh kami semua dalam satu compound berkumpul di dalam bilik saya. Rasanya ada gak budak lain jugak disuruh dtg. Masa tu dah lights off.  Kami pun berkumpul.  Dan sekumpulan akak senior pun dtg bilik kami. Diorg dtg bawak pisau dengan limau, kalau tak silap siap ada kemenyan.Tetiba ada satu akak tu bukak citer hantu. Dia cerita pasal blok yg kami duduk tu berhantu. So, mmg bahaya. Tapi tetiap tahun ada certain budak dipanggil utk buat pendinding. Selaku budak skema tahap gaban kami semua angguk-angguk aje. Apakah kau gila nak geleng-geleng, tu kan senior tu!!!

Akak tu kata gak kami yg dipanggil ni akan disuruh buat pendinding. Huiihh, rasa nak terkencet patik! Gilo apo! Saya ni dah la penakut, dinding sendiri pun tak kukuhhh, ada hati nak dinding blok. Tapi disebabkan skema tak buleh blah, diam aje lah. So, kami disuruh duduk dalam bulatan. Lutut bertemu lutut. Tutup mata. Dan kami dipesan jgn sesekali bukak mata. Kalau bukak mata, ternampak apa yg tak patut, tanggung sendiri.  Lepas tu akak-akak tu suruh kami berwirid. Bertambah pahala weyyy, ada la dkt 20minit wirid. Bergegar-gegar suara, takut punya pasal. Tetiba rasa ada angin menyapu pipi. Takutttt!! Pejam mata kuat-kuat. Ada akak sorang tu ckp, "ni sapa bukak mata ni, dah berdarah limau ni haaa". Gila kauuu, serammm!! Apa ke jadah la pulak limau buleh berdarah, pffftttt! Pejam lagi kuatt!! Tetiba ada bau bunga ros, lagi bertambah seram.  Lepas tu terasa sejuk je kulit muka, dalam hati, Tuhan saja lah yg tahu!!!

Lepas after few minutes, tetiba senyap. Takde dah suara akak-akak tu. Alamak! Apa dah jadi! Semua pun takut nak bukak mata. Lepas tu sapa ntah kata "kita bukak mata sama-sama". Bukak mata, dalam gelap dan dibantu sinar lampu corridor, kami nampak muka kami semua kena conteng dengan buncho.  Kami keluar ke corridor, akak-akak senior tgh gelak mcm cipan! Apa lagi kami carik buncho yg diorg tinggal dkt tempat ambik wudhu depan bilik kami, pegi kejar senior and conteng muka diorg, binawe!

Buncho tu dibancuh dengan air ros, so kami tak suspect rancangan diorg conteng muka kami. Rasa sejuk kat muka tu adalah sebab diorg conteng muka kami la, hergghhh!!! Diorg kata sengaja pilih bilik kami sebab katanya semua pegang jawatan, kekonon ganas laa. Diorg jemput gak bebudak yg katanya selalu buat hal dengan senior, and katanya kasik even.

Kami yg terkena pun buat la balik dkt junior. Hek eleh, junior kami tak paham itu adalah lawak. Sorang pun tak kejar kami, cheh!! Mungkin kami tak cukup hebat mcm senior kami. Sebab kami terlebey nervous nak trial SPM kot. Masa tu harapan tinggi nak pi oversea kannn? Segalanya hampeh belaka, hehehehhe.


Kamu nak dgr cerita saya tangkap budak dating?
Kalah JAIS!
Lenkali la eh, heheheh.
Photobucket

20 comments:

gedek! said...

memang dah agak dah... tengok muka pon tahu...

NAKAL!

somuffins said...

DLL
Agaknya I pun cam junior semua tu, takdenya nak kejar senior *sbb takot lagi blur*

Kazaztan Team said...

ehhehehhe... sila up citer JAIS tu...mau baca

Ms.Lilies said...

kahkahkah....aku bleh imejin muka ko...



weih...aku pun dok blok tu gak dulu...gamaknya aku kuar kome masuk kot hihihi

DrSinga said...

kau LDP ??!!

saya tak suka LDP..
cam bagusssss je...
tangkap-tangkap orang...
( suara hari seseorang yang selalu ditangkap..)

Daddy Ziyyad said...

hahahaha..u LDP rupa rupanya...

I have to agree with DrSinga..ekekekekkeke

norh said...

senior sy baik2... ha ha ha

- GC - said...

eh, sy penah kena macam ni.. tp version lain sikit.. hahaha

Madam Sooyaree said...

Buncho? Hahaha.. lama tak dengar nama tu :P

Melissa Imran said...

Eehhh LDP :P

Saya sangat menyampah dengan LDP, sangat berlagak, giler kuasa, kaki report segala bagai hehehe (Walaupun x-bf saya 2nd presiden LDP muahahahaha)

DeLancrettLurpak said...

@gedek!
Nakal tapi nerd, mcmana tu? hehehhe

DeLancrettLurpak said...

@somuffins
hahahah, malas kan sebenonye nak layan lawak bodo ni kan, dah la lepas lights off, hehehhe

DeLancrettLurpak said...

@Kazaztan Team
saya dah makan examo, saya taip..

dah tua dah saya ni, tak berapa nak ingat, hehehe

DeLancrettLurpak said...

@Ms.Lilies
Blok G tu kan blok Mahsuri..

teringat pulak kerja saya setiap hari masa dah jadik ketua block, jerit "mahsuriiiii, clear blockkk!!!"
"mahsuri, lights offff"

hehehhe

DeLancrettLurpak said...

@DrSinga
Selalu ponteng semayang di surau atau ponteng prep kahh?

DeLancrettLurpak said...

@Daddy Ziyyad
korang ni!!!

kome apa lah? PRS? hehehhee

DeLancrettLurpak said...

@norh
sebenonya awak yang baik lahhh, diorg tak sampai hati nak buat awak, hehehe

DeLancrettLurpak said...

@- GC -
korang kena mcmana? lagi ganas ke? ce citer

DeLancrettLurpak said...

@Madam Sooyaree
aku benci tau buncho tu, selalu kering!!!

DeLancrettLurpak said...

@Melissa Imran
Akak LDP cool! Once akak letak jawatan and pass pada junior, akak fly tengok wayang ok! hehehehhe

Related Posts with Thumbnails