Saturday, 30 April 2011

Roma Irama 5: Riepilogo

Apa yang saya dapat/belajar dari holiday in Roma?

1 : Foot blister yg sgt teruk. Tak pernah acik kena mcm ni! Saya ni pelik, kalau kasut baru pakai 2-3 minggu, mmg begitu la jadinya. Kang kasut dah lunyai, baru sedap pakai. Agaknye, kena beli kasut second hand kan?

2. Sun rashes (solar dermatitis). Saya adalah hidup dalam kegatalan di Roma. Semenjak last summer, kulit saya sangat sensitive. Tak leh panas-panas, lepas tu confirm gatal-gatal. Gedikkan kulit saya? Kulit je la gedik, saya taaaakkkkk.

3. Fakta menarik. Restoran di hotel yg saya duduk, makanannye lagi murah dari makanan di restoran di luar, hatta daripada cafe cikai di tourist attractions. Drink and food dari mini bar dalam bilik hotel pun murah, tak macam hotel-hotel di Malaysia. Hotel 3 star di Malaysia, air tin pun nak di charge melampau!

4. Snack or drink yg asalnya dari Italy adalah murah gila compared dengan yg imported ones. Seingat saya, kalau dekat Malaysia, goods buatan Malaysia dan imported goods sama naik aje mahalnye. So, ia selalu bikin saya berbelah bagi.

5. Samada taxi driver Rome tu tak tau jalan dekat Rome and jalan sekitarnya, atau diorg sengaja pekena kami, wallahualam. Ataupun driver lelaki mmg mcm tu, tak suke bertanya, korang rasa?

6. Harapan saya pergi ke Rome sgt mengunung nak try different food. Tapi saya lupa, anak saya tak makan pasta lain except in tomato sauce and carbonara type. Carbonara mmg tak leh makan sebab diorg letak panchetta. Hanya dpt try arancini, margherita pizza and pistachio gelato sahaja.

7. Saya hanya berjumpa sorang sahaja Italian yg kurang asam dengan saya iaitu waiter di restoran hotel itu. Italian yg lain, mereka baik aja dong.

8. Saya berjaya khatamkan satu buku cerita sepanjang holiday ini, saya gembira! T-Bag belikan buku ini sebab saya suka sangat movienya.
Image Source

Bercuti sambil mengabiskan sebuah buku adalah nikmat!

9. Sepanjang kami di Rome, kami berjumpa dengan lima kumpulan melayu Malaysia. Tapi saya tak tegur la, dengar aje diorg ckp, I malu u! Orang Malaysia mmg hebat, pi mana-mana, mesti jumpa...

10. Holiday itu penat, hahahaha.


Photobucket

8 comments:

norh said...

bestnya jalan2 tempat orang..

Mamma Olyn ♥ said...

hehe... pepun mmg enjoy holiday sambil menikmati mknan jenama baru, berserta pgalaman baru, kan:)

gedek! said...

Melayu memang hebat.

Bak lata datok hang tuah... 'Takkan melayu hilang di dunia"

Masalah nya... Dato hang tuah sendiri dikatakan 'hilang'...

Lalala

somuffins said...

DLL
I ada kawan nama Raja Rom.

Item no. 4 tu .. I pun rasa grrrr...

DeLancrettLurpak said...

@norh
banyak berjalan, poket pun nipis, hehehe

DeLancrettLurpak said...

@Mamma Olyn ♥
best berjalan, hehhehehe.. tapi penat dia mmg tak buleh blahh..

DeLancrettLurpak said...

@gedek!
tu la, heran tau, pegi mana-mana mesti ada org ckp melayu... hehehe

DeLancrettLurpak said...

@somuffins
kan ciksom kan? kalau kerepek pisang sama harga dgn pringles, apa ke heynye kann ?

Related Posts with Thumbnails