Friday, 29 April 2011

Roma Irama 4: Roma Addio!

Bangun pagi dan siap-siap. Anak beranak yg dua orang tu masih lagi dok lepak atas katil. Mereka taknak breakfast. Saya kena breakfast, kang angin dalam juga duduk, terus moody kann?  Dengan gigihnya, jalan terjengkut-jengkut pegi breakfast. Ini breakfast setiap hari saya di sini. Tapi last day ni takde pulak scrambled egg. Sebenonya ada, tapi sebelum saya nak amik tu, ada budak teenagers 4 orang. Banyak gile makan bebudak tu, jenis makan sampai petang, terus licin dalam server tu.

Croissants itu adalah sgt sedapppp!! Orange juice tu datang dari blood oranges, saya suka!

Orang pun dah tak ramai dalam restaurant itu.

Pukul 10.45 kami dah check out, check out time adalah 11am. So, melepak sambil baca buku dan Yaya-Yayen berlari-lari, grr!!


Dekat luar hotel, hujan la pulak!

Saya suruh driver cab yg saya dah booked dtg pukul 11.30am. 11.05 dia dah terpacul depan pintu. Terus naik cab dan pukul 12 dah sampai dekat Fiumicino Airport. Lepak dekat McDonald sambil baca buku lagi. Pukul 1.45pm, beratur nak drop bag dkt check-in counter.

Oh ye, menjawab pertanyaan KOG, train station Rome dah tak berbau hancing dah. Diorg dah upgrade, tak main la train station hancing. Diorg upgrade airport jadik hancing, kihkihkih. Seriously, hancing!

Lepas tu, masuk ke dalam. Sapa yg nak kena depart dari airport ni, make sure dtg 3-4 jam before boarding ye. Sebab panjang nye mak datuk queue utk security check, ish ish ish. Lepas tu carik cheese utk jiran sebelah.

Pastu pi makan, sebab saya tak makan fillet of fish dkt McD tu, perut kenyang makan breakfast. So saya lunch yang ini, a slice of pizza dan arancini. Rasanya dalam entry yg lepas-lepas, saya dah ckp kot arancini tu apa. Anyway, kalau taktau, arancini ni fried rice ball. Yang saya beli isinya cheese and tomato. Alah, nasi kepal la weyyy, tapi dia salut dengan breadcrumbs, hehehe

Lepas tu, terus naik train ke gate kami. Sempat la berjalan-jalan menengok di Duty Free di situ and damage was done, sigh. Kali ni tak sakit kepala la pulak naik flight. Sampai London, naik Heathrow Express ke Heathrow Central. And from there, ambik Heathrow Connect ke Paddington. Lepas tu, padan muka aku sebab kebanyakan line tube tak jalan. So, akibatnya tukar 4 kali tube and baru sampai Bow Common  Lane. Pastu chef Rozie hidang sambal sardine, telur mata dan sayur campur dan hati pun riang gembira, hehehehe.
Photobucket

14 comments:

bujal X said...

kat malaysia baru sekali jumpa blood prange juice dalam botol~~mahal plak tu~~rm12~~seb baik sedap~~

- GC - said...

yaya yayen sgt comel bersandar kat kerusi macam org besaq. hehe

gedek! said...

Yaya-Yayen dan mr hasben ke tu...?

Daddy Ziyyad said...

-oren juice tu nampak pure giler color nya..

-epot hancing? yurrkkkkkkhhhhh....:P

Ms.Lilies said...

aku geram tgk makanan ko

DeLancrettLurpak said...

@bujal X
humaaaaaang ai!! mahal bona!mcm tu sebulan sekali je la saya beli kalau balik malaysia nanti..

kat Rome, asik2 jumpa air tu je.. sedapppp!!

DeLancrettLurpak said...

@- GC -
mamat tu over tauuu!!

tapi tu pun mak dia dah jeling2, tinggi sora suruh dia duduk diam.. ehehehhe

DeLancrettLurpak said...

@gedek!
a'ah, dua hero saya :-)

DeLancrettLurpak said...

@Daddy Ziyyad
merah kann? ingatkan air sirap limau ke ape kan..

airport bahagian check in tu yg hancing.. dah masuk departure hall, ok aje..

DeLancrettLurpak said...

@Ms.Lilies
hehehhe.. tu baru tgk, lom rasa.. hehehe

Mamma Olyn ♥ said...

huiisshh meleleh tgk pizza tebal gan melting cheeseeeeee!!!.. hehe

DeLancrettLurpak said...

@Mamma Olyn ♥
kannnn? mantap betol pizza itu!

Kazaztan Team said...

waaahhhh..kamu juga berjln sakan...joget2....

DeLancrettLurpak said...

@Kazaztan Team
tak cukup sakan.. kalau nak sakan, kena berjln Milan, baru puas ati, heheheh.. kamu dah balik ke?

Related Posts with Thumbnails