Thursday, 28 April 2011

Roma Irama 3: Kekonon Adventure

Hari ketiga, kami bangun agak lambat, sebab penat semalam wey. Pi breakfast dulu. Then, terus naik shuttle bus ke Ciampino Airport. Dalam shuttle bus tu ada gak org lain masa tu, atuk ngan nenek British yg baru sampai hari sebelumnya. So, kami tanya mcmana diorg pi Ciampino-Rome-Ciampino. Pastu atuk tu bagi la tahu, yg dia tanya dkt receptionist hotel, and he was told to take the Metro (train) from Termini Station to Anagnina Station. Then from Anagnina Station, take a bus to Velletri or Albano Laziale. Get off at Frattocchie and go on in the same direction for about 250m. So, kami plan nak ikut mcm atuk tu ckp and me being so clever, just amik nama stop bus itu. Itu pun yg saya ingat Fettucini, bukannya Frattocchie, kah kah kah. So, we only bought single ticket from Ciampino Airport to Termini Station, Rome.

Lepas tu pi amik duit sikit, sebab nak beli souvenir barang seketul dua. Amat kagum jumpa ATM mcm gini. Dkt ATM pun buleh main taip-taip, hehehehe.

Lepas tu terus naik hop-on-hop-off bus. Sebelum bus gerak, posing sikit dengan Yaya-Yayen. Yaya-Yayen kata pose mcm ni adalah pose best friends.

Bus bawak pusing-pusing. Harapan nak masuk Vatican Museum adalah tinggal harapan. Cuba korang tengok, berduyun-duyun manusia dkt San Peitro. Diorg siap tutup jalan besar masuk area situ, phew! If I'm not mistaken, last Sunday every month, semua museum adalah free entry di Rome. Dapat pulak Easter holiday, perhhhh, kepadatan manusia adalah maximum!

Kiteorg turun dkt stop terhampir dengan Trevi. Sebab stop Trevi yg sepatutnya diorg skip pada hari ahad. Kena jalan dalan 5-7 minutes la. Itupun kena tanya orang jugak, tapi dah macam itik cakap dengan ayam la.  Sampai gak la di Trevi Fountain. Memang cantek gilos! Dan tempat sangat sesuai untuk feeling romantika. Tapi, manusia disitu adalah ramai gile. And kami jumpe gak a group of Malaysian officer yg siap pakai blazer berjalan-jalan di situ, lawatan sambil belajar agaknye.

Kalau panjang umur, pastu duit dah tak muat dalam bank (as if!), buleh la pegi lagi sekali, tapi pergi berdua dengan T-Bag. Leh duduk-duduk depan Trevi, feeling-feeling Kate Middleton and William uols!

Semalam kami dah rasa ristorante yg a bit posh, so kami try kedai di tepi Trevi itu yg biasa-biasa aje. Mind you, kalau korang beli takeaway, then tetiba nampak ada meja kosong and korang nak duduk, korang mesti bayar table service. Kedai yang kami makan rega table service adalah 6euro. Tapi kami dine in, so takyah bayar table service. And harga makanan adalah a bit mahal dari harga makanan di hotel tapi lagi murah dari ristorante semalam. And portion pasta nye adalah sedikit.

Yaya-Yayen makan Spaghetti al Pomodoro (again!) and we had a Margherita Pizza. Tell you, the pasta was so sedap compared dengan yesterday's. Pizza dia mmg terbaik la. Kalau dapat makan yg ada chicken ke, mesti lagi umph!

Lepas makan, kami pegi membeli barang cenderahati sedikit. Kalau buleh, telek la betol-betol barang yg dibeli, sebab kite dtg Italy, mesti nak beli barang Italy kan? Harapan utk shopping benda lain selain dari cenderahati adalah kabur kerana kedai semua tutup kerana Easter sunday, padan muka kau! Kalau setakat nak beli bag imitation, berlambak ok! Sepanjang jalan tu ada je yg berjual. Kami baca from internet, berjual tak salah, tapi membelinya salah. Kalau kena tangkap beli barang imitation, kena denda 1000euro, sanggup kah? Lagipun, kalau masuk UK, bawak barang imitation, ada harapan kena denda dengan custom kalau kantoi. Kalau nak beli yg imitation, sila panjangkan langkah ke Serikin, rambang mata uols!

Alang-alang dah sampai di Trevi Fountain, kami cari jalan ke Piazza Spagna. Tapi gambar tidak diambil, kerana kaki saya sudah bad mood (blister yg sgt terok!). Dekat Piazza Spagna ni banyak designer shops, harapan asal adalah nak masuk dan tengok, tapi itu semuanya harapan sahaja! Sempat la berdiri depan kedai Bottega Veneta dan LV, berdiri aje! Selepas itu, kami pun berjalan carik the nearest stop of bus hop-on-hop off kami tu. Sempat la belikan Yaya-Yayen vaniglia gelato sebab dia jadik budak baik hari tu, berjalan aje, tak merengek-rengek.

Dah sampai Termini Station, kami lepak di dalam cafe disitu dulu, sebab Yaya-Yayen tido. Lepas tu sambung cuci mata di Termini Station sebab kedai dekat situ bukak. Sempat gak saya nengok pakcik Italian tu gaduh dengan mamat tukang jaga toilet di situ. Diorg gaduh sangat bising dan penuh perasaan, takde la adegan tumbuk menumbuk. Oh ye, toilet fee yang paling murah di situ adalah 70sen (in Euro la), tercekik acik! So, kena buang air puas-puas kalau dah masuk, selagi tak kering pundi kencing, jangan keluar, hehehehe.

So kami decide nak naik Metro sampai Anagnina Station. Ticket adalah 1euro sahaja and ticket itu valid 75minutes je. So, terus naik train. Lama gak la nak sampai our destination, lebih kurang 11 stops kot. Sampai Anagnina Station, kami keluar dan carik bas. Sebab kepala otak aku asik ingat Fettucini, so bila nak tanya driver bas, saya dok tunjuk address hotel. Itupun mintak tlg ada sorang pakcik tolong cakapkan. Dia paham apa saya ckp walaupun masing2 cakap bahasa lain. Macamana aku paham, sebab pakcik tu mmg berckp dgn penuh perasaan. Memula driver bas kata " no, no". Pastu pakcik tu ckp lagi, tetiba je driver bas kata "yes, yes". Tak ke nervous patik, kang tetiba sampai ke Hungary, sapa nak jawab? Terus turun, buat-buat nak beli tiket sebab diorg tak jual tiket atas bas. Tapi terus straight ke taxi kat sebelah, hehehe. Sebelum naik taxi, tunjuk address, pakcik taxi kata "sì, sì". Makna kata "yes. yes" la. Sekali, dah naik and kereta dah gerak, dia tanya "this hotel in Ciampino, sì". Apa ke hei nye pakcik! Sapa yg jadik driver taxi ni, grrr!! Haruslah pakcik tu carik mcm nak mati, dan bila dah cecah 30euro metre tu, barulah dia tergedik-gedik (sila imagine saya cerita sambil bahu goyang-goyang masa ckp "tergedik-gedik") mintak no phone hotel, bengong! Dah sampai hotel, dia ckp "this hotel no Ciampino, è in Albano". Whatever la pakcik, kopak acik tauuuu!!!

Kekonon adventure la jalan-jalan kan, sampai blister.
Kekonon terer ah carik bas dkt Italy, hambik kauuuu!!
Photobucket

21 comments:

bujal X said...

gambar kedua kiut amat~~

*permintaan serius :

belikan fridge magnet bole? nanti saya bayar~

Ms.Lilies said...

aku tau kenapa ko xbleh igt nama tmpt tp fettucini je akakakakaka

gedek! said...

Kenapa gambar T-bag tak keluar-keluar?

Lama tunggu nih...

tasekM said...

best la yu dapat jln2.

aku ni...
hmmm...


.

Daddy Ziyyad said...

- ATM machine tu mmg pelik,mcm keyboard! haha

-saya pun ada permintaan yg sama macam Bujal. Saya bayar.

aliaaroslan said...

sungguh adventures!

Madam Sooyaree said...

Kasut apa yang dipakai sampai blister babe? Ayat bongkak: den dah masuk dah Vatican Museum, hehehe :P

Hikbal Ujir said...

thumbs up! Malu bertanye sesat jalan, tp kalo dh tanye xpaham2 jgk, still sesat ok!

DeLancrettLurpak said...

@bujal X
Yaya-Yayen mmg kiut.. maknya apatah lagi, ewaahhhh!! heheheheh..

saya dah sampai bumi Hengland la.. tapi kalau ada rezeki, mmg ada utk kamu :-)

DeLancrettLurpak said...

@Ms.Lilies
dah nama org gile makan kan k.mimi, hehehehe

DeLancrettLurpak said...

@gedek!
Husband saya mmg low profile.. dia suka jadik photog je.. hehehehe

DeLancrettLurpak said...

@tasekM
aku kalau dah balik Malaysia, holiday aku adalah ke rumah mak aku.. heheheheh.. itupun dah bahagia yg amat!

DeLancrettLurpak said...

@Daddy Ziyyad
Nasib baik saya tak buat entry blog thru ATM tu, wakakakaka..

kamu juga, kalau ada rezeki, ada la bahagian kamu ya.. hehehe

DeLancrettLurpak said...

@aliaaroslan
adventures, pastu memekak sakit kaki, heheheheh

DeLancrettLurpak said...

@Madam Sooyaree
Aku pakai Clark's flex.. mmg selesa la.. tapi kaki aku ni tak beradap.. semua kasut aku pakai, semua sakit tang tumit tu.. agaknye aku kena upgrade pakai christian louboutin kot, hehehehe

DeLancrettLurpak said...

@Hikbal Ujir
nasib pandai baca map tau! tak sia-sia masuk PBSM, erk apa kaitan pun angah taktau, wakakakak!

DrSam said...

percutian yang hebat! Trevi Fountain tu tempat kapel-kapel baling coin tu ke?

DeLancrettLurpak said...

@DrSam
a'ah, tu fountain yg baling-baling coin.. sgt cantek tapi malangnya sgt ramai orang.. tak sempat nak feeling lovey dovey tau!

Mamma Olyn ♥ said...

best2, woohooo, byk tempat yg u gtau i xle imagine la, da la na sebut tergeliat lidah.. huhu, pepun mmg best la tempat2 tu exp pizzaaaaa..nyumm2

DeLancrettLurpak said...

@Mamma Olyn ♥
hehehe.. pizza sgt sedap! kalau ada ayam lagi sedap, huwaaa!

petersam said...

Phentermine.....

A nice post thanks for sharing.....

http://www.PhentermineHome.com/

Related Posts with Thumbnails