Monday, 18 April 2011

Oil Rice

Dah lama tak masak nasik yg ada color. Saya punya cite-cite tinggi masa nak memasak tu, rasa macam nak masak nasik beriani pun ye.. eh pastu rasa mcm nak masak nasik ayam.. eh pastu rasa mcm nak makan nasik hujan panas, tapi tengok dkt luar, tak hujan pun, panas 13 degree je.. ahhhh mengarut la semua ni, kata saya kepada diri sendiri. And tetiba je, terjadik nasi minyak, hehehehe.

Nasi Minyak and Kambing masak hitam with cashew nuts and garden peas.

Jangan ditanya mana sayurnya. Kerana yg ada dalam fridge hanyalah sayur kobis dan carrot. Org rumah ni tak makan kobis, saya sorang je makan, so malas nak bikin apa-apa sayur. Lagipun mmg sengaja kosongkan peti ais, tanda mogok sebab cheque tak sampai2 lagi, bengang! Kalau kau mogok pun, mcm la diorg tahu kann?

Biasanya yg hitam tu tak pedas, yg merah itu pedas kan kalau lauk-lauk ni. Hari ni, tidak. Kambing masak hitam tu tidak boleh dimakan oleh sesapa yg berlidah omputihs. Yg color merah ni buleh.

Nasi minyak and Chicken Sweet Sour. Yaya-Yayen punya. Nasi minyak tu saya letak kismis. So, saya sorok letak dalam nasik dia, masa tengah suap. Yaya-Yayen mmg dah ckp " I don't like raisins, you eat it!"

Zaman sekarang ni ada lagi ke orang hidang nasi minyak masa kenduri kawin? Saya suke pegi kenduri kawin sebab nak makan nasik minyak la. Rasanya nasik minyak kalau dekat Sarawak, diorg panggil nasik samin, correct me if I'm wrong eh. Majlis kawin orang sekarang ( wahhhh macam kan kau kawin 20 tahun lepas kannn?), dah jarang hidang nasik minyak. Kebanyakannya hidang set nasik beriani takpun nasik putih with lauk2 tradisional and ulam-ulaman.  Ke sebab orang dah takut makan nasik minyak because kolesterol tinggi?  Ontahlah.

Tapi the best nasi minyak yg saya makan adalah masa ikut kawan kiteorg, namanya Apak pi kenduri kawin kawan dia dkt taman apa ntah dkt JB. Dia sorang jek la yg berkawan dgn mamat tu, tapi yg tukang makannye adalah 2 orang lelaki tambahan dan saya sorang perempuan. Belasah jek la labu. Masa tu jadik RA dkt UTM. Gile ke ape tak kenal pun tuan rumah, main belasah. Dah agak-agak nak balik tu, salam aje la makcik-makcik kat situ buat membahasakan diri, hehehe.

Agak-agak in the future, apa la orang hidangkan masa kenduri kawin ek? Nasi mandhi kah? Nasi kabsa kah? or Mee huun goreng je dek non? Huii, tak kesahla apa pun dihidang, janji ikhlas utk tetamu, btol tak?




Photobucket

32 comments:

Madam Sooyaree said...

Sedap weh nasik minyak. Tambahan lagi dengan ayam masak merah. Memang gua suka. Lagi suka kalau boleh tapau balik dari kenduri.

bujal X said...

tempat saya kenduri kawin hidang ayam kentaki je~~baru la western kata tuan rumah~

Ayu said...

Skang dh ramai pilih nasi briani & nasi putih. Takde kurang mana pun kalori nasik briani banding nasik minyak, sbb dua2 sama je tumis pakai ghee kan? ;p

kucingorengemok said...

nasi minyak ngan nasi beriani tak sama ke?

Ribbon Clown said...

mim,

aku pun sma..gi umah org kawin kalau nak makan Ayam masak merah or nasik minyak.. kalau gi time musim kawen, mmg boleh compare AMM mana yg paling sedap..;D

somuffins said...

DLL
I suka gaya masak 'come what may' nih. Memang selalu terjadi, apa yg dirancang tak menjadi.. kadang2 suka kadang2 menciii..

- GC - said...

saya tak suka nasik berwarna nih. nasik ayam je ok. yang lain, hmmmm... kurengggg...

DeLancrettLurpak said...

@Madam Sooyaree
aku kalau tapau setakat seulas ayam aje, baik takyah.. aku nak seperiuk, tamak haloba! hehehhe

DeLancrettLurpak said...

@bujal X
cisss...
kami nak makan pizza masa kenduri kawin.. baru la cool.. kalau buleh sebijik mcm dalam pizza hut siap ada soup and salad, kihkihkih

DeLancrettLurpak said...

@Ayu
aku ckp nasi putih la yang oi, masa kenduri aku takdak nasi beriani, nasi putih, ikan masak asam pedas and apa ntah lagi, aku tak ingat.. hehehe

DeLancrettLurpak said...

@kucingorengemok
tak sama la yang oi :P

DeLancrettLurpak said...

@Ribbon Clown
aku kalau kat sarawak, suka compare daging masak hitam mana paling sedap.. dkt semenanjung, of course AMM.. hehehe

DeLancrettLurpak said...

@somuffins
janji org dalam rumah ni main telan je apa yg saya hidang, hehehhe, kan cik som kan?

DeLancrettLurpak said...

@- GC -
confirm kolesterol hang terbela.. hehehehe

Cik Ina minat Do do Cheng said...

sedapnya.bila nampak je tulisan kambing tu, perasaan tak tentu arah.memang teruja ngan kambing.rumah makcik memang tak masak daging lembu, kambing memang forever.amboi berapa banyak yang ko pikirkan pasal nasi je tu.

DeLancrettLurpak said...

@Cik Ina minat Do do Cheng
saya mmg suka buat karangan panjang2, hehehehhe.. kadang2 mengarut je apa yg saya tulis, hehehhe

Daddy Ziyyad said...

kenapa sikit sangat nasik minyak dalam pinggan tu? cukup ke? ekekeke...

DeLancrettLurpak said...

@Daddy Ziyyad
tu namanya teknik mengambik gambo.. heheheheh.. lagipun saya jenis, makan sikit dulu, kalau sedap tambah lagi, so sebab sedap, tambah lagi 2-3 sudu nasik, heheheheh

Nashays said...

pon ske g kenduri kawin semata2 nak makan lauk kenduri..p x perasan laa plak nasik minyak ke nasik tomato bla bla bla..tau makan ajer yg penting lauk kenduri mg besttt

nurhanzs co said...

ooo org s'wak panggil nasi samin yer? awat sama ngan org jawa yer? ker fakta dah bercampur aduk ni.. heheh

Hazrey said...

i really dun like this entry. serious, i hate it. im trying to control my ketak ketak kat dada ok.

laparrrrrrrrrrr

DeLancrettLurpak said...

@Nashays
makan kenduri kawin, bawah khemah, ketiak basah, mmg la terbaek beb! hehehehehe

DeLancrettLurpak said...

@nurhanzs co
sebenarnya org jawa dgn org melayu sarawak adalah sedara rapatt...


sile jgn percaya mitos ini, hehehe

DeLancrettLurpak said...

@Hazrey
are you sure you have ketak2 on your body? ketak2 tu berbentuk tayar kahh? hehehehehe..


kalau you really have ketak2, ambik la gambo, put as your blog header, confirm lepas ni traffic blog you menggila.. hehehehhee

Ayu said...

Ohh, ye ye. Kalau nasik putih mmg tak dinafikan lebih sihat. Kenduri nikah cek pun nasik putih + lauk2 kampung. Wah tiba2 terkenang kan. :D

nuriL said...

beras sekampit skrg naik harga wes.
so nak cut cost mmg tak masak nasik minyak.
beras basmati tu mahal wes :P

DeLancrettLurpak said...

@Ayu
nasib aku tak emosi masa kawin, aku ingatkan makan nasi minyak, tapi rupanya tidak, hehehe

DeLancrettLurpak said...

@nuriL
silap haribulan, nanti org hidang bubur aje masa kawin.. hehehehe

Mamma Olyn ♥ said...

sdapppnyee, lama xmamam nasi minyak, sukaaa sgt klu matching gan ayam merah.. mmm mcm nak tapau balik je..ahaks

gedek! said...

Untok menu kenduri kawin, nasik minyak lagi bes dari nasik biryani....

Ada unsor2 klasik

DeLancrettLurpak said...

@Mamma Olyn ♥
bagi I kan, kalau nasik minyak mesti ada 3 partner. ye, mmg i melampau, hehehe. mesti ada ayam masak merah, kambing masak hitam dan acar buah.

oh sedappp!!!

DeLancrettLurpak said...

@gedek!
kannn? sebab tu org dolu2 selalu tanya "hang ni bila nak makan nasik minyak kau ni?".. begitu.. mane der org tanya "bila nak makan nasik beriani kau ni".. kan uncle kann?

Related Posts with Thumbnails