Thursday, 7 April 2011

Kalau Hari Panas, Kite Buat Apa?

Hari ni cuaca panas mmg tak buleh blah punye, 21degrees. Best gile! Keluarkan sunglass, ambik jacket semua, humban dalam washing machine. Bye-bye jacket, I hate you sebab kau berat!

So, disebabkan dah lama tak "menebas", takut skill yang baru nak diasah dan baru je naik ke 0.2% turun jadik -5%, terus la kami pi "menebas". Eh panas-panas ni mana lah best main dkt driving range, kita masuk "litar" la kannn, kasik "rempit" sikit.


Pi main dkt Woodspring. 9 courses aje. Saya first time main dkt green ni, T-Bag dah selalu ikut golongan lelaki pi main. Saya ni budget mcm hevat la nak jalan, exercise pun jarang - jarang kannn. Eksyen tak nak naik buggy. Hambik kauuu, sampai last tee, saya dah tak dapek nak pukul, dah abis energy. Tapi emergency energy ada lagi la, sebab nampak ada satu kumpulan itik besar, kalau dia kejar saya, saya rasa saya boleh sprint lagi kot.


Kiteorg abiskan 9 courses tu dalam masa 3 jam kot. Lama gile rupanya! Patut la laki aku kalau main dkt green bukan main laaaaamaaaaaaa.

Bukak glove, bukak jam, nampak berbelang dah tangan. Sunscreen lotion mmg tak pakai, padan muko! Sapa suruh duduk atas padang pukul 12tghari!!! Erghhh!!!  Kalau selalu main ditgh panas mcm ni, confirm saya akan kembali ke zaman kulit-bontot-kuali macam zaman di Sekolah MARA. Jolobu tu tempat terpanas di Malaysia, padang pulak atas bukit, kami pulak pi main hoki pukul 11 tghari, sile imagine after effect selepas itu, berkilat mak noks!


Setelah penat berjalan berbatu-batu di atas padang "tebasan", rasanya berbaloi saya makan something bersantan yng power punya, heheheh. Saya masak kari kambing dengan kangkung goreng jer. Spaghetti chicken carbonara tu utk Yaya-Yayen, sebab dia mana lah makan curry bagai kan.


Perhhh, kalau kena dengan roti tissue ni pun masyuk gak ni!
Dalam mimpi boleh laaaaa....


Obviously, di padang golf hanya boleh main golf and discuss pasal research dgn T-Bag. So esok kena habiskan coding yang diplan ye. Sebab tu main di green hanya buleh 2 minggu sekali sahaja, kalau tak, sapo nak buek kojo den!
Photobucket

24 comments:

gedek! said...

uncle main golf dalam psp je....

Ms.Lilies said...

pandai ko msk kamben..
aku xmakan kamben...so xreti msk huhu...blh alasan gitu?

bujal X said...

21 tu kira da panas kah?

kucingorengemok said...

balik sini nanti lawan deris yeh

tasekM said...

21 panas...?
karate nak...?

:p

aku pernah dok perlis time tu suhu dekat2 40 degree c beb.
betul punya cerita niih...






.

Daddy Ziyyad said...

Kalau temperature kat sini 21 pun dah mahsyuk..~haha

Ribbon Clown said...

haha berkilat..aku de gambar2 kita time berkilats..tp kena scan aaa hihi

aliaaroslan said...

saya tengok orang main golf kat tengah panas pon saya dah terasa panas.

ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ said...

kita pegang kayu mop jer.. :P

- GC - said...

dulu penah main hoki je

Ribbon Clown said...

hoki, mop... hahaha klakar pengomen2 skalian..;p

DeLancrettLurpak said...

@gedek!
saya sebelum ni tak paham tau mcmana main golf ni, lepas main betol2 baru saya paham, so sekarang boleh la saya beli PSP, hehehehhe

DeLancrettLurpak said...

@Ms.Lilies
itu namanya alasan suci murni.. kang kalau masak tak kena dgn tekak si tukang makan, kesian pulak kannn.. so ayuhla ke mamak kalu cenggitu, kannnn?

DeLancrettLurpak said...

@bujal X
ini namanya panas-panas manja.. kihkihkih

DeLancrettLurpak said...

@kucingorengemok
KOG, saya tak leh la, kalau KOG sebut je "deris", saya confirm nak bersilat...

lawan silat dgn deris taknak laaa.. lawan makan ayam masak merah, nak laaa...

DeLancrettLurpak said...

@tasekM
kat 28 degree, omputih dah mengelupur kepanasan..

40!!! tak sanggup akuuuuu!!!

DeLancrettLurpak said...

@Daddy Ziyyad
kalau 21 degree kat Malaysia, harus semua org nak jalan kaki pi mana2, kannn?

DeLancrettLurpak said...

@Ribbon Clown
uii jgnnn, masa tu gigi aku tgh berterabur, belum cute lagi aku masa tu, skang budget cute laa.. hehehehhe

DeLancrettLurpak said...

@aliaaroslan
senang betol Aliaa menghayati watak eh, heheheheh

DeLancrettLurpak said...

@ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ
eh mop tu kira practice ler tu, betolkan posisi sikit, lepas2 ni kalau ada chance pi main golf, confirm hevat!!!

DeLancrettLurpak said...

@- GC -
aku main golf, sebab masa aku sekolah dulu, aku ingin nak wakil sekolah main hoki, tapi sebab cikgu aku pilih geng dia je, so aku kena letak tepi, aku bengang!

DeLancrettLurpak said...

@Ribbon Clown
aku kadang2 ketawa mengekek-mengekek gelakkan komen korang ni tauuu..

Mamma Olyn ♥ said...

di perlis klu musim tengkujuh, mmg sampe 40C.. siang2 pakai singlet + buka kipas laju2 + buka semua tingkap umah.. plus abis2 xtahan buka peti ais letak muka dlm frezzer! huh.. mm lama xmakan gulai kambing, terliur tgk, i nampak ada ubi dlm gulai tu, nyumm i like:)

DeLancrettLurpak said...

@Mamma Olyn ♥
i pun suka kentang dalam kari, kalau takda, rasa pelik.. hehehe.. i pernah pi perlis sekali ja.. itupun pi makan...hehehe

Related Posts with Thumbnails