Saturday, 16 April 2011

Borneo Kebaya

ENTRY MELEKAT CHEWING GUM CAP  HARROD'S (tak agak-agak koooo!!!)

Dah beli kain raya ke cik kak - cik kak sekalian?
Saya belum. (Sapa tanya kauu, grrr!!!)
Nak pakai kebaya?
Eh abang - abang takkan la nak pakai kebaya gak kan?
Oh ok, nak beli utk hantaran eh?


Yang macam gini, cantek kan?
Ini personal favourite saya.
Hitam + Hijau pucuk pisang = Wuwuwuwuwuwu (bunyi siren bile nampak akak cantek bergaya)


Sapa nak feeling - feeling anak dara sunti boleh pakai color merah ini.
I tak berani nak pakai u!


Laaah, tak cukup terang?
Nak satu kampung nampak kamu dari jauh?
Boleh pakai kebaya biru ni, tapi dengan syarat sile bawak payung kuning, kihkihkih.



Ada datang dengan manik - manik.
Ada yang datang dengan bunga-bunga.
Ni contoh yg ada manik - manik.



Rasa rugi pulak tak beli masa pegi Serikin, Sarawak hari tu eh?
Eh, tak payah susah - susah booking flight + hotel bagai semata - mata nak gi beli kebaya.
Order saja dkt Borneo Kebaya.


Semua kain adalah 2 meter + 2 meter.
Ada yg dari kain chiffon, ada jugak yg silk.
Dan semuanya datang dari negera seberang, Indonesia.
Harganya?
Dari serendah RM70 SAHAJA!!!
Psssst, yg favourite saya tu RM85 aje youuuu!!!
Dah tak payah nak gedik - gedik kira duit postage.
Sebab harga itu adalah termasuk harga postage.
Tak ke untung mcm tu, ish ish ish.
Tapi yg paling best, yg paling tak menahan gelodak-nafsu-shopping adalah kamu akan dapat less 10% kalau kamu quote discount code yg akan saya bagi.


Laaa.. terlupa pulak nak beli tikar Sarawak hari tu ke?
Mesti banyak melantak laksa Sarawak ni kannn, sampai lupa nak beli tikar buat penghias di waktu raya.
Takda masalah.

Ni contoh Tikar Rotan Segak Mas.
Kalau letak kat anjung rumah,
anak beranak semua duduk atas tikar ni waktu petang,
lepas tu angin tiup sepoi-sepoi,
pastu makan buah pauh dengan colek!
Perhhh!!!
Jejes ok air liur.
Tikar tak dijual bersama buah pauh, harap maklum.


Dah tak payah nak pikir mcmana la nak angkut benda ni dr Senai Airport/LCCT/KLIA nak ke rumah kann?
Order dkt Borneo Kebaya, alih - alih dah sampai depan rumah, tak ke bahagia namanya tu.
Kalau nak cover line, takut nampak sgt beli kain aje kerja ko, beli tikor ni sekali, kang laki tanya, jawab la nak hias rumah mak mertua, kihkihkih. Padahal dia taktau yg dalam gulungan tikar terselit kain kebaya, wakakaka!!!


Dah ready nak dpt 10% discount?
Dah ready nak mewindow shopping?
Kalau korang pakai MAC, boleh la cuba meMAC-OS shoppingkan diri itu sekarang di Borneo Kebaya.
Not funny? Fine!

Pilih - pilih, pastu email (bkebaya@gmail.com) dengan maklumat seperti berikut:
1. List order
2. Nama pembeli
3. No handphone
4. Delivery Address
Once tokey kedai dah dpt all the infos needed, beliau akan email jumlah semuanya lengkap bersama no akaun beliau. Sile contact beliau apabila kamu dah membuat pembayaran, jangan lupo!
Pastu tunggu je la posmen ketuk pintu kannn?


DISCOUNT CODE : MYSINFULOBSESSION
Selamat bershopping ya rakan taulan...
Photobucket

32 comments:

Daddy Ziyyad said...

nasib baik saya lelaki. Sebab kalau saya pompuan, jenuh nak rampingkan pinggang. Kalau tak ramping, nanti kebaya jadik kebabommmmmmm..~ekekeke

bujal X said...

oi baru bangun tidur kah?

norh said...

kebaya hitam :)) ..

gedek! said...

AMARAN KEPADA SEMUA POMPUAN : Jangan pakai kebaya depan uncle... uncle terlalu suka pompuan pakai kebaya. Uncle tak akan bertanggong jawab atas apa-apa perubahan tingkah laku uncle...

Amaran telah dikeluarkan, OK?

ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ said...

menarik! tertarik! terrrbeli.. :P

puasa pun tak berganti lagi ni..grrrrr

Fazira said...

nie yg tiba2 rasa macam nak balik Msia raya nie...huhuhu...serius hijau tu cantik u... I boleh pakaikan? anak dara sunti lagi nie...mana tau ada2 kot yg terbekenan nanti kat saya..hihihihi

somuffins said...

DLL
Bagus cara nih wpun *uhuk2* I kenot wear kebaya. Kita dapat 10% diskaun, you dapat komisyen tak?

Mamma Olyn ♥ said...

i sukeeee yg biru tu & yg manik tu nampak unik la.. huuuhuu, tp i da bw baju raya i satu kotak pos dr Mesia, nampak gayanye bos xkan luluskan bajet utk shopping bj raya da kot.. hrmmm pepun nak intai2 gak la kedai tu.. eh sampe uk dia bole pos?

DeLancrettLurpak said...

@Daddy Ziyyad
hehehe, kalau tak ramping, dari satu tayar, nampak la ada tayar spare.. senang sikit kalau pancit, hehehehe

DeLancrettLurpak said...

@bujal X
auto published la.. masa tu saya tgh syok membuto! heheheh

DeLancrettLurpak said...

@norh
kan norh? cantek kan kebaya hitam.. saya tak pernah ada satu, nak beli la nanti..

DeLancrettLurpak said...

@gedek!
uncle tak buleh dibawak ke majlis ratu kebaya!!! nanti uncle meroyan, kami takutttt!!!

DeLancrettLurpak said...

@ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ
pergi ganti dulu cepaaaatttt!! lepas tu beli eh.. baru la feeling lebih sikit masa raya, hehehe

DeLancrettLurpak said...

@Fazira
kannnn? cantek kann? dah kurang 3kilo tu Fazira, laaaaaagi la cantek pakai kebaya... balik jom!!!

DeLancrettLurpak said...

@somuffins
apsal you cannot wear kebaya ciksom? takut I kata "wuwuwuwuwuwuwu" kepada anda ke? I ckp slow ajee..

I tak dpt komisyen, I tlg kawan aje mehh... :-)

DeLancrettLurpak said...

@Mamma Olyn ♥
sampai UK tak la kot.. hehehe.. kebaya ni buleh simpan lama2, so kalau beli sekarang pun buleh pakai nanti-nanti.. kann?

Ayu said...

Cantekk!!Tp badan i yang macam gloria madagascar nih tak layak pakai kebaya, u'olls. Nanges. ;p

DeLancrettLurpak said...

@Ayu
kalau u jadik gorila madagascar, i adalah hippo u know!!! lagi tampak keji pakai kebaya! huwaaaa!!!

✿....rossa alina....✿ said...

cantik kebaya merah tu.. :)

DeLancrettLurpak said...

@✿....rossa alina....✿
cantek kan? beli dik jgn tak beli, hehehhe

makcikkantin said...

Cantik....insyallah kalau rasa confident pakai kebaya, makcik bagitau....jenuh nak kena ikat pinggang

DeLancrettLurpak said...

@makcikkantin
saya tgk makcik masih ramping lagi... heheheh...

kella said...

salam kenal.. salam singgah sini.. tikar itu sangat mengiurkan lah! :)

BonekadalamChermin said...

SY SUKA KEBAYA!


oh..


tikar itu juga menggiurkan
hmmmm


*kalau dh name pempuan kan
konfemla teruja dgn suma ni!!


:D

DeLancrettLurpak said...

@kella
beli letak dalam bilik tidur pun aci gak weyy.. hehehe :-)

DeLancrettLurpak said...

@BonekadalamChermin
ko cuba imigine...

pakai baju kebaya.. sambil lepak diatas tikar itu...

terserlah la ayu muuu!!! tapi jangan duduk mengangkang sudehhh!!! heheheh

geraugebang said...

tengok-tengok gambar...sangat suka yang warna biru tu...cantik...tengok lagi gambar...ingatkan kain samarinda...rupanya tikar rotan...ki ki ki...konpius

DeLancrettLurpak said...

@geraugebang
beli kak gerau, buat pakai masa anak kak gerau kawin.. hehehe

bile nak update blog kak gerau, tak sabau nak gelak ni haaa...

Noraishikin Mohd Salleh said...

salam kak mimah, tikar tu brpa RM? berminat pulak nak beli..

DeLancrettLurpak said...

@Noraishikin Mohd Salleh
ikut size..
paling murah rasanya RM250.. itu termasuk postage.. so consider murah la.. sebab kalau pi sini, satu hal la pulak nak pi bayar poslaju bagai kann.. beli jgn tak beli :)

chekgu azam aziz said...

wow!!!!

DeLancrettLurpak said...

@chekgu azam aziz
wow wee junior juice...

Related Posts with Thumbnails