Saturday, 5 March 2011

Success

Bangun pagi-pagi, T-Bag ajak pi breakfast makan nasi lemak dan roti kawin dekat kedai.
.
.
.
.
Apakah kau bermimpi, inikan di bumi Hengland, mana nak carik itu semua. Taklah, dia ajak sarap dkt Costa. Lepas hantar Yaya-Yayen pi school, terus berdesup kami pi Tesco Home dkt Hengrove Park. Dalam Tesco Home tu ada Costa. Ramai gak manusia dekat situ, especially org tua-tua la, eh tak, kami ni berumur 18tahun jer. Biasa saya order cappuccino dkt sini, tapi hari ini tukar selera, amik mocha medio size and a slice of lemon cake. T-Bag pulak order medio hot chocolate and mozarella tomato panini.


Sementara nak mengabihkan makanan di atas, kami borak-borak. Tajuk borakan adalah lompat-lompat dari isu agama sampai la ke society. Pastu tetiba masuk hal success. Sayalah tukang buka cerita. Sebab kawan-kawan sekolah saya dan saya hari tu borak-borak thru FB, pastu citer pasal satu mamat ni, diorg pun ckp "eh dah berjaya dah dia tu kann". Lepas tu, saya mcm terpikir, apakah berjaya di mata orang lain.

Adakah berjaya sebab
(1) ada kerjaya yg mengkagumkan? Doctor Pakar? Senior Engineer? Pilot (ehem ehem, i likeee!!!)
(2) ada pangkat antara yang tertinggi dalam office? i.e Dekan Faculty?
(3) gaji besar. i.e. 20k sebulan?
(4) ada macam-macam sijil dia kumpul, daripada sijil matriks sampai sijil post doc?
(5) dia dah capai cita-cita dia sendiri? i.e. semua org tahu mmg dari dulu dia nak jadik Pegawai MOSTI yg tukang bagi lulus grant research (sapa punya cita-cita la ni,ehem ehem), dpt sehhhh, bangga siot!
(6) dari segi materialnya dia sgt hebat?  i.e: umah more than half million, pakai kereta besor?

Saya tanya T-Bag. T-Bag kata org laki punya cita-cita biasanya masa sekolah adalah kalau dpt keje O&G kirenye mmg berjaya abis la. Gagah abis la keje atas pelantar minyak kan, peluh-peluh, pakai rayban, pakai topi putih tu, pakai jumpsuit kuning tu,  awwww!!!

Tapi saya lagi suka abg pilot turun dr plane mcm Tom Cruise dalam Top Gun. Tapi minus Tom Cruise and the uniform la, ganti dgn abg Brad pakai baju pilot, walaweiii!!!



Berjaya itu sgt subjective. Korang rasa?


Tu pasal saya takut nak gi reunion. Bukan taknak pegi, tapi seriously takut. Takut kerana perbandingan ini merosakkan friendship yg ada. Tak gitu Yanot, Pe'jah?


Photobucket

29 comments:

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Kenapa ko sama ngan makcik.Setiap kali reunion mesti makcik tak ikut.

Sama apa yang ko cakap takut diperbandingkan.

Mulalah isu ko dah berjaya ke belum akan timbul?

Masa zaman persekolahan, memang semuanya kita berkawan, tak de timbul perbandingan, masing-masing belum berkerjaya, tapi sekarang masing -masing dah berkerjaya, mesti nak membanding-banding sesama sendiri.

AiTotYati said...

berjaya tu subjektif.

Ai fobia dgn reunion sbb takut pertanyaan tentang anak. lps tu karang ade org compare tempah masa kwen.

so sblm bernanah telinga dan hati, adalah lebih baik takyah gi terus.

hehehhe

AiTotYati said...

*tempoh bukan tempah

Ribbon Clown said...

hmm.. aku rasa klu gi reunion tp tinggalkan title kat luar pintu reunion hall, sure friendship tak ruin.. kita kawan bukan sbb harta, pangkat darjat cerdik pandai and rupa paras..

tp klu sape nak judge ppl camtu, biarlah.. tak kemana cakap orang nih.. 2,3 hari dah tukar cerita lain dah hehe

klu nak wat reunion, aku nak gi je..nak tgk muka masing2 dah tua..tu je.. dpt hidup sapai 3 series ni pun dah success dah hehehe

ko try tgk org kat bawah ko instead tgk kat atas.. sure tak rasa comparison tu nanti.. :)

Daddy Ziyyad said...

Seriously, sometimes I hate going into FB.

Why?

Its become a medium for some of my old friends bukak cerita 'how successful' they are (padahal biasa2 aja).

I hargai friendship yg terjalin atas dasar kawan yg tulen. Penting dan bagus ada kawan yg variety dlm pelbagai bidang as a contact, but not to use it utk riak/downgrade others.

Afterall, the true success is not here. We'll left behind all those tittles, money, real estate..pakai kain kapan aja..

~sorry terpanjang membebel~

noir said...

saya setuju ngan ribbon clown. anyways bagi saya sukses is knowing apa yang nak dicapai n bersyukur atas any outcome (i yg tak ambitious ni cakap). soal subjective tu tak yah cakaplah, 100% benar.

Yat Maria said...

Absolutely rite..pasal reunion, takut arrr nak pegi..akak tunggu dude jadi pilot..so ai can say ai 'assist the pilot'..err kat umah laaa... :)

Mak Piah said...

pergi jek reunion.
nngintai-ngintai sikit. kalau tgk line clear jek..masuk... pastu kalau tak best...excuse urself then pi makan kedai mamak..kalau di tanah air la...makan roti kawin. Patu main kawin kawin.


ooohhhh nak pilot...* sambil urut dagu*

ayam said...

berjaya bagi saya is boleh pukul bola golf lurus je 150+ yards

somuffins said...

DLL
Bayangkan pilot terjun dari jet pejuang pastu terus tanggalkan raybannya pelan2 (I from old school harus bagi contoh rayban, har3), pastu buat2 silau kena mentari pagi sambil tersenyum riang.. Conclusionnya surely 'auwwwww' kaaanz?

Alhamdulillah dgn rezeki dan 'wisdom' yg dipinjamkan olehNya.

ayam said...

saje nak kacau,
yg abg tom pakai tu is aviator (memang pilots sejak dolukala suke pakai ni ... thats why digelar aviator, as in aviation), rayban yg macam ray charles pakai.

Tijah said...

saya pun tak suka pegi reunion. sbb saya takde biemdabelyu.

DeLancrettLurpak said...

Cik Ina: Ada kadang manusia tak paham bahasa, selamba badak je tanya "gaji ko berapa ribu ek"..

orang yg ditanya pun serba salah nak jawab sebab ada org lain memandang..

tak ade sensitivity langsung...

DeLancrettLurpak said...

Aitotyati: Dengan sedara sendiri leh senyum simpul kan kalau ditanya soalan sensitive mcm gitu, kalau kawan yg tanya, rasa nak ku hempuk kannnn?

DeLancrettLurpak said...

Pe'jah: Betol ckp ko. Kite leh lupa all the pangkat and harta masa reunion. But then again, yg paling tak buleh blah, mmg ada org dtg reunion just for the sake of bragging.. huihhhh, elok2 mood baik punya, sekali dgr dia ckp, perhhh, rasa terbalik dunia ni...

DeLancrettLurpak said...

DaddyZiyyad: You ckp masa husband I ckp.. penat-penat kumpul reta, pangkat and what not, tetiba meninggal.. no use meh! baik kumpul amal :-)

DeLancrettLurpak said...

Noir: Success is in the eye of the beholder, kannn?

DeLancrettLurpak said...

Kak Yat: Kalau dude dah jadi pilot, Kak Yat jgn lupa pegi reunion, boleh tersengih-sengih mcm kerang, hehehehe.. i like!

DeLancrettLurpak said...

Mak Piah: Kannn? Perkataan pilot tu pun dah sungguh mengiurkan, awwww!!!

DeLancrettLurpak said...

CikSom: kalau tgk live scene yg CikSom describe itu, harus saya terkinja-kinja sambil tepuk2 tangan... hehehehhe..

DeLancrettLurpak said...

Ayam: Selagi tak dpt 150+ yards and lurus, tak leh main dkt green tauuu!

gedek! said...

Kamu suka men in uniform?

Saya suka woman in uniform...

lingerie

Hehe...

DeLancrettLurpak said...

Gedek: Nurse! Org laki suka uniform nurse.. tak paham betol patik!!!

Lady of Leisure said...

susah jugak nak definasikan berjaya ni sebab setiap kita punya angan can cita yang berbeza kan.. pergh ayat i menyampah betul bunyinya kihkihkih..
i bercecita nak jadi housewife sejak di bangku unibesiti lagi, now dah tercapai, adakah i sudah berjaya...? kihkihkih

Melissa Imran said...

Akak,
Utk org pompuan lg critical ok. Nnt orang tanya, laki ko kerja apa? Bila ckp kerani, siap gelak2 cakap kita tipu. Dah tu tanya lg, berapa koleksi handbag n kasut channel n Gucci. Kadang2 ada yg siap tunjuk BMW ikut tepon mahal dia.

nuriL said...

aku speechless jap.

entry ni wat aku terfikir...

kalau aku pergi reU, mampukah feeling zaman hingusan menghilangkan 'rasa membandingkan diri' sesame kita?

aku ok jer kut.
bukak citer dulu2 mmg tak pernah boring..
tapi tatau ar org lain.
bagi aku setiap manusia sudah success dalam konteks yg pelbagai ;)

ape aku bebel ni?
n yet.. im still hvg a long thought with tis :P

DeLancrettLurpak said...

LL: Syabas! You sudah berjaya.. tapi housewife tu satu cabaran besar tuu wehhhh.. dan pulangan nye sgt besar bila husband asik tersenyum aje bile balik, kannn?

DeLancrettLurpak said...

Farrah: Betol Farrah.. Yg tanya pakai kereta apa, rumah berapa ratus ribu.. lengkap lahhh.. mcm taxman la pulakkk..

kalau ditanya and kite ckp the truth (i mean ckp berapa longgokan harta yg kita ada), kang kata show off!!

DeLancrettLurpak said...

Yanot: Aku part bukak citer yg lepas2 tu ok.. part nak membanding sapa kerja best tu yg tak tahan telinga wehhh...kadang2 terasa hina diri ini, echehhhh!!!

Related Posts with Thumbnails