Sunday, 13 March 2011

Baru Saya Tahu

Hari tu Mileen bagi ini...

Baru saya tahu, ia sedap! Orang kampung yg rasa rajin nak kirim barang dkt saya tu, kirim yg ni jugak.
Saya guna oxtail. Cili hijau tu saya campak dengan mangkuk saya aje. Kalau ketuk siap-siap and campak dlm periuk, kesian pulak Yaya-Yayen.


Dua minggu lepas, Unic+Khairi = Hawa datang rumah. Dia bawak ini.
Sebenonye Unic buat banyak dan yang kat atas tu hanya balancenye. Sgt sedap. Saya mmg suka buah melaka. Baru saya tahu guna desiccated coconut yg dkt Sainsbury/Asda pun elok sedap aje buah melaka. Tahun lepas saya pernah buat guna desiccated coconut yg dkt Sainsbury/Asda tu lah, tapi guna palm sugar yg dkt Asda, rasanya palm sugar itu adalah culprit ketidaksedapan buah melaka air tangan saya, cis!


Ini adalah bubur ayam. Kalau takde idea sgt nak masak, saya akan masak bubur ayam. Selama ni, sedap aje saya makan. Tapi hari tu tak berapa nak lalu. Baru saya tahu, kalau saya makan bubur dan soto mesti nak ada kacang. Kalau tak ada kacang goreng, hilang satu nikmat bubur atau soto itu. Korang pulak?

Nampak senang aje bab makan-makan ni kan? Tapi sebenarnya kalau kite pergi sesuatu bidang yg dengan lebih detail, ada banyak benda baru yg kita explore. Sama jugak la dalam bidang makan-makan, bukan bidang chef yg kerjanya masak memasak, yg saya ckp ni, bidang tatacara makan, hehehe.



Photobucket

21 comments:

AiTotYati said...

Ai mn bubur nasi dgn susu pekat.
dari kecik mak ajar camtu.

bila dah bsr, bljr mkn bubur nasi dgn benda2 lain tak berapa pandai.

maseh belajar lagi

:D

AiTotYati said...

sorry bukan *mn tapi makan

Daddy Ziyyad said...

Perencah Adabi ada tak kat groceries store di UK?
Kalau sos cili Lingam tu saya tau ada..even masa saya di OZ pun glamer sos Lingam ni

Nashays said...

beb, kengkawan kat sini siap buat kuih talam ngn dessicated coconut...punya pandai nak idup..klu kat mesia, tyme nak ghaye aje aku pandang dessicated cocunut tuh...

Ms.Lilies said...

aku terkejut mula2 masuk famili hsbd aku...

makan nasi berkuahkan milo atau teh..milo/teh itu dijirus atas nasi sampai banjir...kemain sedap depa mkn....aku lom try2 lg smpi hr ni..

DeLancrettLurpak said...

AiTotYati: So ko tak penah makan bubur+kangkung belacan+kacang+ikan bilis+ telur masin lahh?

sedap oi!

aku sampai hari ni tak dpt terima roticanai+ susu pekat.. hehehhe

DeLancrettLurpak said...

@Nashays
aku baru perasan orang kat sini guna dessicated coconut dkt supermarket.. aku guna frozen punya.. heheheh..

DeLancrettLurpak said...

@Ms.Lilies
masa saya belajar dkt UTM, ada akak tu, dia makan nasik berkuahkan air sirap,dia kata dia takleh makan nasik kering.. pelik gile ok!


air teh dgn air milo lagi pelik laa... hehehhe

DeLancrettLurpak said...

@Daddy Ziyyad Ada certain product Adabi je yg masuk UK.. banyak dah barang Malaysia leh jumpa kat sini, tapi biasalah, mahal gilos!

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Makcik lapar tengok sup ekor tu. dah lah kat sini tengah hujan lebat. mintak sikit buah melaka tu.peberet makcik,gula akan cair kat dalam mulut.sedapnya.

DeLancrettLurpak said...

@Cik Ina minat Do do Cheng
hehehe.. sedap cik ina.. jom tukau menu, saya nak sup ikan dgn ikan masak halia.. hehehhe

Cik Ina minat Do do Cheng said...

makcik pernah nampak perencah sup siam tu kat kedai , tapi makcik pandang sebelah mata je. cam ni, kalau sedap, harus cuba ni. kita jauh dik , kalau dekat makcik bagi je.

Chik Att said...

CA pernah try sup ni ...sedap. Tapi bebudak dalam umah ni tak suka...diakan ada masam2 sikit.
Depa suka sup plain tu jaaa..... tu yang spoil sikit...

Mak Piah said...

mek makan roti canai hanya dgn susu pekat...:P

nyaman kali jak upa aik sop ya..

DeLancrettLurpak said...

@Cik Ina minat Do do Cheng
kalau saya dok sebelah rumah CikIna, saya order sup ikan setiap hari rabu, heheheheh

DeLancrettLurpak said...

@Chik Att
A'ahh, sedappp.. tapi tak le masam sgt mcm rasa tomyam kann..


terliur pulak saya ni haa.. hehehe

DeLancrettLurpak said...

@Mak Piah
Roti canai ni dimakan ktk? Roti canai PJ Satok kah? hehehehe...

nyaman aihhhh sop ya!!!

somuffins said...

DLL
Kita tak suka kacang dlm makanan except kacang digoreng sangat garing bila makan bubur dan sangat suka kuah kacang.

DeLancrettLurpak said...

@somuffins
i pun maksudkan kacang yg digoreng, kacang yg mentah mcm tak lalu la pulak nak telan, hehehe

suhana azlin said...

ey? boleh eh buat buah melaka pakai dessicated coconut asda? i like! ni nak kena buat nih... =)

DeLancrettLurpak said...

@suhana azlin
silekan mencuba, puasa tak lama lagi, kena bersedia utk buat kuih bukak puasa hehehe

Related Posts with Thumbnails