Wednesday, 9 March 2011

Ayu+Ali's Housewarming Party

Mangsa banjir, Ayu dan Ali telah berpindah ke rumah yang baru. Pipe rumah lama diorg burst, pastu tuan rumah mcm sengal berdolak dalih, kata nak repair, tapi mcm haram sebab 2 bulan ok mangsa banjir tunggu! Kami sgt marah sebab dia taknak pulang duit mangsa banjir. Tapi mangsa banjir adalah bijak, mereka telah ambik legal action, siap la kauuu tuan rumah. Kalau nak kena pegi court, saya nak ikut, nanti saya beli blazer baru, eh. Tapi rumah baru mangsa banjir adalah cantek. Saya suka! Daripada menjadi mangsa banjir, mereka telah bertukar menjadi penyewa-rumah-cantek. Sewa sgt affordable, ada garden best, mmg sesuai la buat BBQ selalu. Ehem ehem, spring and summer tak lama lagi, wahai penyewa-rumah-cantek, sila jemput kami kalau nak buat BBQ.

So, hari Isnin baru ni T-Bag ada hal dengan polis Birmingham dan kebetulan Penyewa-rumah-cantek nak buat housewarming. So, kami pun berkampung di rumah Penyewa-rumah-cantek selama 2 malam. Bertolak hari sabtu tghari, kami ke Boundary Mills dulu. Kami ingin mengintai dari tirai kamar, kot la Noritake ada sale. Tapi sekali lagi, frust. Bukan ada sale, dinaikkan reganya lagi ada lahhh, hampeh! Sampai di rumah mereka, Penyewa-rumah-cantek sedang memasak laksa penang.

Hasilnya, taraaaa....

Sangat sedap dan sangat kenyang ok!
Mileen bawak pizza. Walaupun, waist saya bersaiz 29inches, ia tak mampu lagi nak menerima menampung pizza itu, so mmg la saya tak pandang pizza itu. Lepas tu, activity bagi kaum perempuan adalah membuat kek American Chocolate Cake sebanyak  2 buku. Orang laki pulak tolong cucuk satay . Budak-budak pulak main-main lepas tu melalak. Orang laki terlampau syok mencucuk, agaknya sedap mengumpat kot, terus jadik satay haji samurai, besar gile gabak! So, sementara tunggu cake masak, warga perempuan kena edit balik satay-satay itu, ish ish ish. Kau ingat ini photoshop nak edit-edit?

Ini adalah cake pujaan semua orang. Period.

Suhu di luar lebih kurang 7 degree kot. Tapi agak sejuk juge. Satay adalah sgt sedap. Penyewa-rumah-cantek kata kena perap at least 3 hari 3 malam, baru lah satay menjadi mantap, kalah tapai ok!

Menu adalah:
1) Satay ayam + timun + bawang
2) Nasi impit
3) Kuah Kacang
4) Lontong
5) Popia Sayur
6) Sausage bakar
7) Ayam tandori
8) Kek coklat
9) Buah tembikai


Petang hari kejadian, Mileen paksa tuan tanah blog ni buat red velvet cake. Tuan tanah ini akur, tapi sebab kan tuan tanah terlampau confident, sepatutnya masuk bicarb soda utk cake itu jadik fluffy, sekali masukkan baking powder. Cake itu tidak bantat, tapi tak kembang cantek. Maafkan penunggu gua!! Pastu mcm biasa liquid coloring ASDA tu sengal, masuk 4 titik pun taknak merah, ciss!!! Lenkali aku tuang sirap aje lahh!
Tapi rupa cake adalah hebat!


Dan chocolate-velvet ini sebenonya dilayerkan dengan ganache chocolate juga. Alaa, balance ganache chocolate cake itu la, tak suke membazir uols!


Dan lain kali mari kita buat activity panggang memanggang seafood.
Cecah air asam.
Cecah sambal kicap.
Fuhhhh.
Makan dengan nasi lemak.
Feeling -  feeling umbai ok!





****air liur meleleh****
Photobucket

20 comments:

Kazaztan Team said...

iye leleh air liur..tgk kek smpi 3-4 jenis....

DrSinga said...

kita nak nengok kek red velvet yang dah dipotong!!!!!!!
.
.
kalah santapan raya menu korang!!!

Chik Att said...

uhuhuhhhh .... nangesss ..shedapppp

kucingorengemok said...

yang 'lain kali' tu nanti takyah buat kek tau, orang umbai tak makan ikan bakor dengan choc cake, heh

- GC - said...

laksa.. nyam3x..
sate.. nyam3x..
kek.. nyam3x..

semua makanan nyam3x..

Ms.Lilies said...

aku tertekan tgk kek itu...
uwaaaaaaaaaaa buatkan aku sebijik!

Cik Ina minat Do do Cheng said...

kalau pergi blog ko mesti rasa lapar.banyak makanan, dah lama tak makan satay.

Daddy Ziyyad said...

terasa macam masuk blog makanan tau...

serious..laparrrrrrr..

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan: Kena try buat kek coklat tu, sedapp tauuuu!!!

DeLancrettLurpak said...

Ibusinga: Setiap kali buat gathering, makanan kiteorg mesti kalah food masa raya, hehehhe..

DeLancrettLurpak said...

Chik Att: Sedapppp!! Nak rasa tak?

DeLancrettLurpak said...

KOG: Org Umbai makan dodol kah utk dessert? hehehehe

DeLancrettLurpak said...

GC: Semua nyam nyam, yg tak nyam nyam adalah berat badan, heheheh

DeLancrettLurpak said...

K.Mimi: Bukan sebijik saya buatkan, berbijik2, tapi meh la dtg sini dulu, hehehhe

DeLancrettLurpak said...

Cik Ina: Saya selalu aje tau menitis air liur nengok sup ikan Cik Ina, saya suka sup ikan tauuuu!!!

DeLancrettLurpak said...

DaddyZiyyad: Mmg blog ni blog makanan laaaa.. hehehhehe

~ Mamma Olyn ~ said...

Nyummm...nyummm, byk nyerrrr makanan depan mata!!! best la wat BBQ, hehe btw terliurrr sungguhh tgk american choc cake tu..mmmmm

DeLancrettLurpak said...

Mamma Olyn: You kena cuba cake ni, sedapppp sgt!!! nanti korang buat la BBQ masa summer, bestt!!!

aliaaroslan said...

air liur meleleh juga lalu pengsan seketika

DeLancrettLurpak said...

@aliaaroslan
hehehhe.. kalau posa, dah batal dah kan kalau pengsan.. hehehehe

Related Posts with Thumbnails