Sunday, 20 February 2011

Lopes dan Vadeh

Dah lama tak bertukar info shopping bersama-sama rakan taulan dekat Bristol. So, saya pun buzz Unic+Khairy kata nak datang rumahnya hari Sabtu. Mesti buat appointment dulu, takut la kot depa merayap tour mana-mana ka. Pastu dengan selamba badak suruh Unic ajak Kak Odah + Abg Jamal join sekali and pastu Unic ajak Farah+Imran and Nasir sekali. So cukuplah korum. Dah alang-alang berkumpul, saya pun pikio nak bawak potluck apa. Since saya rmengintai dari tirai kamar entry blog Lady of Leisure pasal lopes, saya mmg terkenang2 kuih lopes itu. And since saya punya gandaan kuasa malas adalah sgt besar (to the power of 20 kekdahnya!), so malas nak guna steamer. Guna microwave, sudehhh. Ini version lopes perantau yang Kak Umi_e letak dkt Myresipi, sile ambik resipinya di sini.

Ini adalah hasil gulungan pulut itu.

Dan inilah hasil selepas dicoat dengan kelapa. Yaya-Yayen tanya "what's this?". Saya taktau mcmana nak explain. So saya kata green sweet rice, aci dak?

Rasa adalah mantap, ok! Dah ada kuih manis mesti nak ada kuih yg masin+pedas. Tak kuasa nak memurtabakkan diri atau mengkaripapkan diri ini, oleh itu jadiklah vadeh.

Nak resipi ke? Kuih ni senang nak buat, tapi kena rendam dhal tu lama sikit la, saya rendam overnight.

VADEH
Ingredients:
500g kacang dhal yang direndam dengan air overnight.
1 bawang besar *blend
2 bawang putih *blend
2-3 sudu chilli powder atau kalau nak pedas, guna cili hidup diblend.
3-4 sudu tepung segera ayam goreng/pisang goreng.
Daun kari segar terbaik dari ladang
Garam

Method:
1. Tos kacang dhal dan blend, jangan letak air, blend terus. Akan ada kacang yg tidak hancur, takpe.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, tepung segera ayam goreng, chilli powder/chilli blend, garam dan daun kari ke dalam kacang dhal tadi. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak.
4. Spoon the batter and goreng sampai jadik warna perang. Siap!


Unic+Khairy masak laksa penang and jello. Gambar yg saya amik tak berapa nak clear. Huih, lama tak makan laksa penang, 2 mangkok ok saya belasah! Heheheheh. Pastu Farah+Imran bawak nasi impit+kuah kacang. Kuah kacang mereka sangat sedap, saya ratah macam gitu aje. Kak Odah+Abg Jamal bawak coklat and mandarin cheesecake. Yaya-Yayen adalah hero makan coklat, benda lain tok se makan, cisss!!!

Bak kata Farah, dah makan laksa penang, kalau ada air kelapa, lagi syiok kannn?
Malam ni mimpi sajalah makan-makan dekat Penang.
Bila la leh pegi Penang lagi kann, I like Penang!

Photobucket

18 comments:

Yat Maria said...

akak oso like Penang..bila nak pi lagi tak taw lah..jgn kata ko yg dok perantauan,akak yg dok kat tanah sini pong lebih suka wat lopez perantauan, tak kosa akak nak bengkung tu lopez original, sbb konfirm terburai punya..

Lady Arween said...

kelass la awakk..boleh buat kuih lopes..kita kat sini duk beli..nampak sgt mls nak masak

somuffins said...

DLL
Beras pulut yg ada dlm my pantry menanti saat kemusnahan jer. Haishh.. whylah I nih banyak sangat bitamin 'mim'.

Ribbon Clown said...

wah..hebat2x.. kuih lopes tak penah masuk lam senarai aku lg hehe.. kurang korum nak makan..

Ms.Lilies said...

lopes adalah peveret haku...
balik perak kdg suh mak buatkan kalo dia larat...jahatkan aku?hahahaha.....

aku buat confirm xjadikla

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Rajinnya buat kuih lopez ngan vadeh. 2 kuih ni buat makcik sedeh. dulu arwah mak jual kuih ni. tapi dulu kan dibalut ngan daun pisang kemudian dikukus semula. apa-apa pun makcik respek ko, masih ingat nak buat kuih ni semua.

aliaaroslan said...

me likey penang too. tempat holiday wajid setiap tahun kami sekeluarga.

jap nak tanya mama, beliau nak makan lopez tak.

DeLancrettLurpak said...

Kak Yat,
Gigihkan orang lain bengkung lopes tu sampai dapat tiga segi. I sebenonye bab seni mcm gini, mmg fail.. Utk tidak frust, baik buat cara senang, heheheh

DeLancrettLurpak said...

LadyArween
Kita buat sebab ramai nak makan. Kalau sorang je makan, tak kuasa gak wehhh

DeLancrettLurpak said...

CikSom,
Tak sangka tau dgn 3 cawan beras pulut, boleh bagi 5 family bersaiz kecik makan kuih lopes.. meh pos ke sini beras pulut you, I buatkan heheheeh

DeLancrettLurpak said...

Pe'jah: Aku tunggu gath mcm ni je aku buat, laki aku tak makan pong.. heheheh

DeLancrettLurpak said...

K.Mimi: Kalau sendiri suka makan and sendiri suka buat, kang sendiri makan abis seperiuk.. baik suruh mak buat, at least orang lain leh rasa, hehehhe

DeLancrettLurpak said...

Cik Ina M.D.D.C: Saya suka makan kuih ni, first time buat tauuu, hehehehe.. psst, jgn ckp mak saya tau, nanti dia suruh saya buat bila ada kenduri, I malas you!

DeLancrettLurpak said...

Aliaa,
Mesti mama nak, sile buat sekaranggg!! heheheh

gedek! said...

Ya, saya juga cinta penang... terutama Nasik kandaq!

DeLancrettLurpak said...

Gedek!: Kannn? Last time I went to Penang, menu saya di Penang adalah;

Breakfast - dkt hotel makan biasa-biasa aja.
Lunch - Nasi kandaq
Minum Petang - Laksa Penang + Air kelapa, fuhh!!
Dinner - Char Kuay teow...
Supper - Nasi Kandaq, again!

Balik JB, terus naik 5kg! hahahahaha

FaRaHdEe said...

vadeh kamu sangat sedappp!!! akan saya copy and simpan baik2 itu resipi ;) xpe mimah lagi 6 bulan, nanti kite serbu penang ye, ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... (senyum lebar, kehappian)

DeLancrettLurpak said...

Farah, walaupun lagi 6 bulan, plan saya utk sebulan cuti tu dah siapp.. mmg tak sempat pegi Penang, huwaaaaa!!!!

Related Posts with Thumbnails