Monday, 14 February 2011

Kenapa (part 1)

Ye adik, akak, abang, aunty, uncle sekalian.
Saya ni kan jenis observant (matikla perasan observant kannn?), so tetiap hari kalau saya nengok itu ini, saya akan tanya kenapa. Agaknye saya minum susu Dumex terlebih gamaknye, tu yang asik bertanya. Eleh, korang pun sama, selalu tertanya pasal something dalam hati kannn? Kenkadang kite tanya orang lain, kenkadang kite malas nak carik jawapan and tunggu jawapan carik kita, wahhh, banyak cantek kauuu?


So dalam segmen kenapa ni, saya akan tulis questions yg bermain di benak saya, eh jap, benak tu otak eh? Kalau korang ada benda yg musykil yg korang nak tanya gak kepada orang ramai, boleh la gak email kat saya, nanti saya kasik share di sini.  Sekali lagi perahsantan, sebab bukannye ramai benor baca blog ni pun, eh suka suki saya la kann? Eh ni bukan segmen sri siantan, ni segmen ala - ala Nina The Neuron tapi version org yang "muda remaja" macam kita semua, echehhh.

Kenapa I

Kenapa orang naik train, pastu masuk pulak quiet zone coach, still gak nak pasang lagu dkt e-pod dia tu kuat gile?Kalau ye pun tak duduk quiet zone, ape tak pekak ke deme ni dengor lagu kuat mcm gitu? Nak nak pulak, kalau kite memang nak buat kerja dalam train or macam saya, saya suka membaca.

Ni pulak jenis dengar lagu heavymetal and hari tu mamat yg sorang tu pasang System of a Down: Chop Suey. Ye, saya mmg layan lagu tu. Daripada elok- elok saya tgh concentrate membaca, tetiba rasa nak head banging, apa ke jadah der? Saya paham dengar lagu macam gini, kena la dengar kuat2, baru la feel kann? Kalau macam gitu, sila beli earphone mahal. Earphone mahal kan dik non, orang dkt tepi korang tak dengar lagu yg korang pasang walaupun volume e-pod korang tu mcm nak pecah gegendang telinga.

Adakah sebab dia nak share music taste dia dgn saya?
Whatever it is, saya tak nak share music dgn ko laaa sebab sometime saya rasa nak layan Aunty Uji.



Leleh wehhhh.

Photobucket

10 comments:

Ms.Lilies said...

klasik jugak ko yek


:)

DeLancrettLurpak said...

K.Mimi: Mak saya suka beno pasang lagu ni masa kecik2 dulu.. skang pulak dia selalu bukak Klasik FM.. so mmg jadik halwa telinga dkt rumah...

Lady of Leisure said...

seriously, i suka uji rashid, dalam henpon memang ada lagu semakin hari semakin sayang hehe

somuffins said...

DLL
I plak suka KakPah versi B4-you know-what-happened-lately ... (terasa nak tanya mcm2 soklan yg sedang bermain dibenak saat nih)..

Apa pun, I suka lagu 'Mama'.

Cik Ina minat Do do Cheng said...

makcik pun nak cakap benda yang sama, selalu naik komuter, biasalah makcik memang suka membaca, dengar pulak orang bukak lagu kuat -kuat. Setahu makcik kalau nak buka kuat cam tu kat rumah.apa motip pun tak tahu.Dia nak suruh orang dengar ke lagu yang dia suka.ko cakap pasal ni, baru makcik teringat.

aliaaroslan said...

kalau masuk quiet coach dengan ipod, ok lagi kak. yang dengar kuat2 tu yang tak menahan. efek kat orang sebelah menyebelah.

saya suka jugak dengan ipod bila journey2 ke, naik bas ke. tapi kalau dengar kuat2, jadinya tak dengar lagu pon. dengar bzzzzzz aje. huhu..

DeLancrettLurpak said...

LL: kannn, i setiap kali dgr lagi Aunty Uji ni, I mesti teringat mak I :)

DeLancrettLurpak said...

CikSom: Lagu Mama tu sedeyyyyy sangatt.. tak suka tauu...


Kak Pah, i tak minat sgt, maybe sebab rambut dia kot.. heheheh

DeLancrettLurpak said...

Cik Ina M.D.D.C : kannnn? tak suka tauu nak share lagu, pastu siap angguk2 head banging.. ingat buat concert apa dalam train..

DeLancrettLurpak said...

Aliaa: Satu lagi kalau tgh jalan2 dgr lagu.. kalau kena langgor dgn bus? tak ke naya tuu??

Related Posts with Thumbnails