Thursday, 17 February 2011

Masyarakat Kita

Kawan sekolah saya, Rizuan, letak dalam Notes beliau di Facebook. I asked  permission from him to put his note here because I find it's all true . Yang merah itu komen saya. Eh macam nak marking jawapan exam student pulak, hikhikhik. Yg no 8 tu saya yg tambah sendiri, heheheh

***********************************************

Duk borak ngan bos tadi, baru perasan mentaliti masyarakat kita masih jauh ke belakang. Contoh:

1. Kat tangga ERL ada signage suh berdiri di kiri utk bagi laluan mereka yg nak cepat sebelah kanan.
-> So true meh! Tapi ada orang gigih gak nak berdiri sebelah kanan. Dengki gamaknya, he's having a slow day, so semua orang pun mesti sama gak, cisss!!!

2. Kat LRT ada tanda tapak kaki utk org beratur dan supaya org dlm train boleh keluar, tapi ada gak makhluk tak sabar nak masuk dan sesuka hati dia potong queue
--> Mmg!! Ni jenis manusia nak cop tempat duduk, kalau pregnant atau ada masalah kesihatan takpe gak, kita paham la jugak, ni sehat aje.

3. Bila nak keluar duit kat ATM, bagilah space kat org depan tu, ni tidak, org tu pusing terus terlanggar benda-benda yg x sepatutnya
.--> Kadang2  kite pun jadi takut pulak, ye la takut org nampak no pin kite. 

4. Kalau salah, mintak maaf lah. Kalau org berbudi,, berterima kasihlah. Dekat kedai mamak, dekat tol, janganlah lupa senyum.
--> Terima kasih takde, senyum jauh sekali. Saya pun kadang-kadang terlupa untuk senyum. Mari sama-sama senyum!

5. Kalau nak masuk jalan utama dari susur jalan, masuklah bergilir-gilir, ni tidak, org depan dah masuk, kau pun nak masuk gak, hangit lah org yang bagi masuk tu, org lain nak cepat gak.
--> Seriously, orang belakang bagi orang yg diberi way tu mcm jakun. Lepas tu kalau kena kat kau balik, kau marah pastu kau kata polis trafik tak buat keja.. Cuba la toleransi sikit!

6. Kalau makan kat mana-mana tu jagalah adab, dahlah kita makan org lain kena kemaskan, kita plak buat kecah macam org tak bertamadun makan
--> especially makan kat kenduri kannn? Eh senang kata, mana-mana yg makan free . Ada orang jenis, "eh ni bukan umah aku, lantak la kalau kotor pun".. wahhh banyak cantek kauuuu!! Rumah kau, pandai pulak ko complaint! Kalau makan dkt kedai pun, mesti nak kecah2. Dengan alasan, eh aku dah bayar food ni, suka aku la nak kecah-kecah, bukan korang ada hire tukang kemas ke? Tahukah kamu, cara kamu makan mencerminkan diri kamu sebenar?

7. Semua mula dengan family, satu family slack, ia akan tersebar dengan pantas dan akhirnya lahirnya masyarakat kita yang ada sekarang ni. Kalau renung-renungkan, do you think that you're happy with keadaan masyarakat Malaysia kita sekarang
-> Saya baru tgk video kebodohan beberapa budak sekolah yang memaksa budak bangsa lain mengata bangsa budak itu sendiri. Saya terasa sungguh malu dengan keadaan ini. Sedih!

8. Kalau pi post office/bank, atas urusan nak bayar bil, bukannya nak beratur sama, terus cari org yg dikenali kat depan, terus senyum-senyum nak tumpang bayar bil. Biar orang lain tunggu lama, dia tak buleh tunggu, sebab dia sorang je busy giler, cisss!!!


Amacam? Apa, korang rasa?
Jangan nak kata rasa masin, aku seligi kang!

Photobucket

20 comments:

Tijah said...

rasa pedas.

sikap aku buat takpe, orang lain buat takleh tu mmg tebal la kan...

Kazaztan Team said...

paling tak suka no 3...rasa nak pelakangkung aje..no 5 tu mmmg so true...berlumba2 die nak masuk...ikut logik la...

DrSinga said...

kalau kita tolong pegangkan pintu sebab kita nak masuk dan depa nak keluar... atau sebaliknya ...
EHHHHH... macam kita pulak kuli dia tukang pegang pintu tu..
selamba je berlalu dengan muka kerek !

Daddy Ziyyad said...

-itulah Malaysia....:)

-dari aspek2 sebegini, duduk oversea lagi best..

Ms.Lilies said...

bukan kat bank je yang...
selalu jadik kat kaunter nak bayar brg...tau2 je wahhhh terus ke depan pi tumpang member bayar sekali...kalo sikit boleh gak dipujuk2 hati....kalo banyak barang??nak kena lempang dengan laki aku??ehhhh emo lak ha

:p

DeLancrettLurpak said...

Kak Jah rasa pedas eh, saya rasa masam-masam manis...

orang ingat everything is about them.. selfish gile!

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan: macamana la nak educate org begini ek? adakah kena tampal banyak lagi poster?

fika79 said...

aku setuju semua diatas..yang no5 tu aku salu berasap, berapi, tak reti nak tolak ansur..kang tak bagi, maki2..bila dah bagi erh, makins edap pulak dia tanak bg kita jalan..

DeLancrettLurpak said...

Ibusinga: Dah la tak ckp terima kasih.. kalau lepas kan pintu, kena muka, kang kelahi pulak,kann?

DeLancrettLurpak said...

DaddyZiyyad: a'ahh, sebab tu saya rasa dari nursery lagi, tak payah ajar membaca dulu, ajar manners..

budak2 kat sini, kalau kita offer something tapi dia taknak, mesti dia ckp "No, thank you"..

DeLancrettLurpak said...

K.Mimi: kita kan pro arab, arab kan suka gasak-gasak, its their nature, tu pasal kite nak tiru, logic tak?

DeLancrettLurpak said...

Fika79: tu namo eh ambik kesempatan, tol dak?

khai said...

mimah, laaagi baanyak kat Mesia yg xda kat negara lain.diantaranya bab Halal..sapa2 pun leh buh..langsung x reti nak hormat sensiviti org.

DeLancrettLurpak said...

maksud Kak Yah dkt bumi Hengland takde halal eh? agaknye sebab pak arab mak arab kat sini pun main taram aje makan, dikatanya darurat,diorg main belasah aje makan ayam and lamb, asalkan bukan pork.

Pulak tu tesco kata lamb and chicken diorg halal, tapi tak nak letak sign halal sebab takut omputih taknak beli...

Kazaztan Team said...

tampal poster..menghabis kortas...kalulah leh turun keta gie lekuk sekejap...teringin nak buat...

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan: Jangan ada org gi lekuk kita balik sudehhh, haru gak tu! hehehehe

Lady of Leisure said...

pantang la kalau orang muka ketat ni, macam la putus urat pipi dia kalau senyum skit kan hehe.. :D

DeLancrettLurpak said...

LL: ada orang punya muscle dkt muka tak sekuat kita, tu pasal dia tak senyum, hehehehe.. takut putus muscle la tu, hehehhe

noir said...

from personal experience jepang lebih berbahasa sikit. i could be wrong. kengkadang geram juga bila kita tahankan pintu untuk ahli keluarga, orang lain lak buat kita macam porter. mungkin ini penyakit asia agaknya.

apa saya rasa? tak masin. suka baca penulisan sebegini.

DeLancrettLurpak said...

Noir: Kita kurang manners. Saya ingat lagi, saya pegi shopping, orang semua tgh sabar beratur nak bayar, panjang gile queue nya.. ada manusia dari negara mana ntah, main belasah aje potong queue, taktau samada dia perasan tak orang lain tgh beratur ke tidak, yg pastinya saya malu sebab ada minah depan saya talked to the cashier, she said "we're British, queue is what we do"..

malu sebab yg tak beratur ni adalah Asian!

Related Posts with Thumbnails