Tuesday, 15 February 2011

Hari Isnin Saya

Hajat dihati nak bangun lambat (org Sarawak panggil ngandor) sebab malam sebelumnya tidor lambat. Tapi terpaksa gak bangun awal, buat breakfast and siapkan Yaya-Yayen. Hari ni dia ada appointment dengan nurse. Ada jab yang patutnya diambik. So, saya masak roti canai segera tu and makan dengan kari ayam semalam.  Yaya-Yayen dah bangun awal sebab the night before tu dia tidor pukul 6.30pm, so pagi tadi dia bangun dalam pukul 7am. Daddy dia dah siap bagi dia breakfast biscuit and juice.


Sampai GP, kena tunggu dkt setengah jam juge, ramai org. Masuk dalam treatment room, nurse tu tanya "have you told him about what he's going to get today?" Saya katalah, tak. Memang dari dulu pun tak penah nak cerita kalau pegi klinik nak buat apa, takut budak tu seriau. Pastu nurse tu kata "Oh you need to tell him so that he's not struggling when you hold him". So, depan nurse tu, kena la saya explain dkt Yaya-Yayen. Budak tu diam aje. Rasanya dia tak paham la kot. Sekali nurse kata Yaya-Yayen kena ambik dua jabs, MMR second jab and pre-school booster. Budak tu tak nangis sebab saya dah kata boys don't cry. Dia sangat takut saya kata dia adalah girl. Semalam dia kata "Mommy, Yaya is not naughty girl. Yaya is naughty boy". Masa dia cakap tu dia tengah main simbah-simbah air, bertuah betol!


Balik tu, pegi Tesco. Jumpa kambing, I like!! Bukan kambing sekor, daging kambing lah. Balik rumah, for lunch, semua orang hanya makan donut krispy kreme sekeping sorang (saya rindu donut Big Apple yg Alien itu!!!) and makan kacang pistachio sampai perut kembung. Pastu tgk movie apa tah T-Bag pasang then tido. Serious, hari ni ngantuk gile. 2 hari tido lambat gile, eleh tu pukul 2am je pun, tu cara-cara baru nak masuk 3rd year. Kalau lagi 6 bulan nak hantar draft thesis, agaknya jadik zomba la kot.


Bangkit tido. Terus masak kambing masak hitam. Perhhhh, memang puas ati. Dah lama tak masak lauk ni u! Recipe nya disini.

Sebab ada balance cashew nuts, saya pun letak sikit. Saya malas nak masak nasik minyak. Perhh, kalau ada nasik minyak, mmg tangkap leleh la weh. Saya makan dengan french loaf dengan 2-3 sudu nasik. T-Bag makan dengan penuh perasaan. Kambing itu sudah selesai. Tinggal mangkok aje. Fuhh, berbaloi masak lauk ni!


Huih, macam dah tak lalu sangat nak makan air tangan sendiri lately ni. Tak sabau nye nak makan air tangan orang pasar malam, heheheheh.

Nasi kerabu.
Nasi ayam penyet.
Putu piring.
huh!!!
Photobucket

22 comments:

gedek! said...

Kambing masak hitam? Frist time dengar nih...?!

Mula-mula, ingatkan 'scapegoat'!

Hahaha!

zarin said...

kamben tkde...nak masak daging masak hitam la :D
errr i baru makan nasi kearbu best kat klantan itu hari..nyumm nyummm

DrSinga said...

apam balik bulat inti nenas
dangai
yong tau fuu.
.
.
pasar malam sri manja petang ni..
jommm..

Lady of Leisure said...

ihihih.. i suka giler kamben, esp kalau masak hitam gini, suka part daging berurat jernih tu..
so masa cucuk tu guane jadinya, nangis tak? hehe..

Ms.Lilies said...

aku xmakan kamben..
xtaula apsal...

adakah sbb aku lahir tahun kamben??

somuffins said...

DLL
Baca Lady of Leisure kata dia suka daging berurat jernih.. hehe.. I got a fren there.

Psst.. I baru jer makan ayam penyet *saja nak buat you cubit peha sendiwi*

Cik Ina minat Do do Cheng said...

kambing forever memang makcik suka. Tapi makcik tak kisah nak makan ngan nasi apa-apa.dapat jelatah sedap tu.

Tijah said...

err...cashewnut tu beli keditkad ke cash? hikhikhik

DeLancrettLurpak said...

Gedek: Seriously tak penah dgr? hhehe.. ni mesti tau makan aje kannnn?

DeLancrettLurpak said...

Zarin: Mesti lagi sedap kan makan nasik kerabu dkt kelantan.. I penah makan nasik kerabu air tangan orang Kelantan aje, dgn daging panggang, mmg sedapp!! pssst, I tak penah pi Kelantan lagi and Terengganu.. hehehe

DeLancrettLurpak said...

LL: I dulu tak penah try kambing masak hitam, biasa masak kari aje.. bile dah sampai sini, diorg masak hitam, baru tau sedap...hehehe

oh dia tak nangis, sebab katanya boys don't cry kan..

DeLancrettLurpak said...

Ibusinga: Perhhhh... bikin nangis la baca perkataan "yong tau fu" tuuu..

DeLancrettLurpak said...

K.Mimi: Huh, nasib baik tak lahir tahun ayam, jenuh gak kalau tak makan ayam kannn? hehehe

DeLancrettLurpak said...

CikSom: Nanti bgtau I tau, kedai ayam penyet yg paling sedap di KL.. heheheh.. balik nanti I nak serbu.. hehehhe

DeLancrettLurpak said...

Cik Ina M.D.D.C: Saya suka makan jelatah, tapi kalau org buat la.. saya tak buat, malas weh nak siang sayur banyak2, hehehehe

DeLancrettLurpak said...

Kak Jah: I pakai debit card, heheheh.. kalau dia tak terima card, I swipe je lalu kat mana boleh.. hheheheh

aliaaroslan said...

tengok pon dah meleleh!

DeLancrettLurpak said...

Aliaa: Ayuh, ke dapur kamu!! heheheh

~ Mamma Olyn ~ said...

sedapppp..nak try la masak hitam, suka la jenis2 masakan kaler hitam.hihi, btw nape kna inject 2 kali ek? bukan MMR da amik klu ikut jadual imunisasi msia?

DeLancrettLurpak said...

Mamma Olyn: Cube, jgn tak cube, sedappp!! Cicah dgn roti boleh, makan dgn nasik minyak pun boleh, hehehe

Kalau kat Malaysia, MMR ada dua kali, masa umur setahun and satu lagi masa 6 tahun kalau tak silap. Dkt sini dia bagi masa 12 tahun and 3 tahun..

refer sini utk tgk imunisasi chart kat malaysia:
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/IMUNISASIKANAK.pdf

yg ni pulak vaccination chart in UK.

Biasanya GP akan bagi reminder utk each vaccination. Kalau dia tak remind, kita yg kena pi GP and book. :)
http://www.nhs.uk/Planners/vaccinations/Pages/Vaccinationchecklist.aspx

makcikkantin said...

first time dengar kamben di hitamkan, selalunya buat braised lamb je....

DeLancrettLurpak said...

MakcikKantin: Braised lamb utk omputih, heheheh.. kalau tekak melayu, harus cuba ini, hehehehe

Related Posts with Thumbnails