Thursday, 10 February 2011

Begini Begitu kata Profesor Kangkung,

Kisah menarik, tertarik and kau mmg da-bomb utk para academician seantero dunia.

"Kisahnya bermula pada suatu majlis ilmu di sebuah dewan bertaraf balai raya kampung. Kebetulan para pesertanya boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik.


Muncul seorang sarjana yang kononnya berasa beliau seorang profesor hebat punya PhD dari luar negara berkhidmat pula di sebuah universiti ternama di Malaysia. Semasa beliau membentangkan celotehnya (kerana tidak ada kertas kerja rasmi yang sebenarnya bersifat ilmiah) berhubung tentang salah satu cabang seni; cara komunikasi di hadapan audien seolah-olah beliau beranggapan berhadapan dengan para peserta/pendengar yang 'kangkung' juga.


Beliau berlagak seolah-olah beliau serba tahu di hadapan peserta yang tidak pun sampai 35 orang yang berada dalam dewan tersebut.


Bayangkan sebuah IPTA terpaksa membayar segala macam elaun perjalanan, makan minum dan penginapan di luar kawasan selaku seorang penjawat awam dengan wang cukai rakyat semata-mata kepada seseorang yang berstatuskan profesor tetapi hampas belaka dan mengecewakan.


Ada pendengar, penonton merangkap peserta bidan terjun bertanya soalan-soalan spontan bersifat kreatif dan kritis.Tetapi profesor ini cuba mengelak dan memberi beberapa jawapan yang tidak munasabah, tidak akademik, kebudak-budakan dan 'self-fish'.

Beliau asyik mempamerkan biodatanya dengan power point yang kelam-kabut lantaran sudah puas diusungnya ke sana ke mari. 

Seperkara yang membosankan ialah sikapnya mempamerkan satu-satunya buku tulisan beliau yang penulis yakin hanya sebuah sahaja yang menyentuh tentang cabang seni itu yang diterbitkan sebuah penerbitan swasta ternama di Kuala Lumpur (yang mungkin hasil kajian ilmiahnya dahulu) yang entah di kedai mana ada dijual kini atau tersimpan di stor lelong kerana telah diterbitkan pada abad yang lalu.

Yang amat memeranjat ialah apabila ada 'peserta' bertanya tetapi dijawabnya:

“Anda dah baca buku saya? Tak payah saya jawab. Awak baca buku saya. Baca!” katanya sambil menempelak dengan berbagai-bagai cemuhan memalukan (tidak perlu penulis sebutkan) peserta yang bertanya.

Justeru, apakah ini sifat seorang cendekiawan dan akhlak seorang profesor? Sepatutnya dijawab dengan penuh santun, beradab dan berbudaya. "




Cerita asalnya dari Malaysiakini. Sila baca ye.


Pada pendapat saya, org macam ni, yg suka over begitu, adalah orang sebenarnya tidak tahu apa - apa. Dia cuba nak cover kelemahan dia. Saya adalah pegawai picisan yg hanya ada beberapa tahun pengalaman, tapi saya dpt agak staff yg mana tahu buat kerja, yang mana pulak suka nak cover line baikkkk punya tapi output adalah mengharapkan orang lain. Eleh, korang yg dah lama kerja, confirm tau kan staff mana yg hampas kelapa kannn?


Dah ada pangkat, dia fikir semua benda dia tau.Tapi sebenarnya dia taktau tinggi rendah dunia lagi. Cer letak dgn orang sama bidang, tak payah panggil professor oversea, yg dalam negara cukuplah, confirm dia tepuk dahi dan kata "ilmuku hanya 20%, naivenye diri ku". Itu kalau dia nak tepuk dahi la, kalau dia masih mendabik dada, taktau laa..



Saya takut, takut jadik begitu.
Mudahan kite dijauhkan dari sifat riak takbur macam begini.



Daripada jadik profesor kangkung, baik makan kangkung belacan.
Tapi saya takde kangkung.
Saya hanya ada pizza mozzarella and tomato, yum yum!!
Hehehehehe
\


Psst: Antara kangkung goreng belacan dengan pizza mozzarella, mana lagi sedap?
Apa punya comparison daaaaaa....
Photobucket

29 comments:

bujal X said...

uhhh~~~kalau pizza dengan cheese je panggil pizza apa ya?

DeLancrettLurpak said...

Bujal: Soklan kamu sungguh menduga perut saya (dah malam weh, lapauuu)




pizza cheese kot jawapannya, wakakakakkak

Ismail Fitry said...

Kangkung goreng belacan lagi sedap :)

Kazaztan Team said...

pizza...pizza..pizza.. & saya pernah duduk mendengar ceramah professor kangkung nie...hati saya sakit...

DeLancrettLurpak said...

Ismail: Huiii sedapppp!! Makan dgn nasik panas-panas, perhhhh!!!

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan: Kalau dgr ceramah, staff dpt makan free lepas tu, takpelah sakit ati sejam aje, hihihihih..tgh makan, leh sambung ngumpat, hehehehhe

Ms.Lilies said...

kangkung goreng belacan la...
pizza senang dapat ahahahaa

Daddy Ziyyad said...

Kalau kat Malaysia ni, jgn kan Prof, baru jadik assoc prof pun dah ramai yang bongkak...

Tu pasal saya respect prof2 saya kat luar negara tu...very humble, down to earth...

somuffins said...

DLL
Kalau tersangat lapar, nak yg instant. Pizzalah tu.

Apa pun, kangkung tetap dlm carta teratas dikalangan sayur2an.

P/S: Orang kuat Msiakini jadi jiran I. Tiap Diwali, I tumpang sekaki n semangkok cendol :-)

- GC - said...

sedapnyaaaaa... terus kelaparan, lambat lagi makan malam

Mak Piah said...

banyak sungguh org org perasan nih...* join sakit.
Mak Piah angguk angguk jek..kalau dgr yang macam ni walaupun nan ado kenal memana pofeso

~ Mamma Olyn ~ said...

ishh, berat sungguh soklan ni bg i yg makan byk benda ni, tp pizza mozzarella da best! i suka order pizza tomato & cheese plus extra cheese on top..erk, sampe org tu kata da ada cheese, xpe i nak add gak topping..suka ati arrrr

noir said...

light hearted post yang menusuk jantung dan kepala. i loike.

saya cuma kangkong tanpa profnya.

DeLancrettLurpak said...

K.Mimi: kangkung goreng belacan jugak menjadik pilihan, kalau org tua mesti kata tak elok makan, kangkung kan sejukkkkk

DeLancrettLurpak said...

DaddyZiyyad: Tak payah sampai ke Prof. pun. Ada yg dah ada PhD pun dah riak gile. Kalau kat sini, PhD tu takda apa pun...

DeLancrettLurpak said...

CikSom: Kalau la Malaysiakini tu paper based, pasti korang kena melanggan, maklumlah nak jaga relationship sesama jiran, hehehehhehe

DeLancrettLurpak said...

GC: By the time saya reply ni, korang mesti dah makan dan tido kannnn?

DeLancrettLurpak said...

MakPiah: Kalau tak kenal lagi bagus tauuu, tak le sakit hati sebab dah tau factnye yg dia takda apa pun... hehehhehehe

DeLancrettLurpak said...

Mamma Olyn: Kan kan, tunggu la trip ke Italy nanti, akan ku belasah pizza, pasta dan adik beradik dia.. hehehhe

DeLancrettLurpak said...

Noir: Kangkong tanpa profnya? Heheheh.. takpe asal ada kangkong, dari takde langsung, kannnn?

~ Mamma Olyn ~ said...

bestnye cik lurpak nak g italy, xsabar nak tunggu trip update..hehe, balun jgn xbalun..haha

Lady of Leisure said...

kangkung goreng belacan dengan pizza mozarella mana lagi sedap? kalau to me i ll choose kangkung belacan la, if u compare dengan telur dadar sekalipun i pilih telur dadar je ekeke.. hehe.. :D

Lady of Leisure said...

btw, yang shishamo tu kan in most japanese resto ada.. ikan tu ada telur disepanjang perut dia, bila gigit ada bunyi krit krit krit gitu.. hehe

melissa said...

kak mimah;

orang melayu mmg pandai (berperibahasa tp tak pandai berkelakuan sama hehehe).. ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.. gelaran, tak bawa ke mati, malah tak berguna kalau tak membawa manfaat pada manusia sejagat :D

DeLancrettLurpak said...

Mamma Olyn: Nantikan lepas easter holiday yek, hehehe

DeLancrettLurpak said...

LL: Nanti I nak pi tanya dkt kedai Japanese dkt sini. Eh jap, ikan tu raw ke dah masak?

DeLancrettLurpak said...

Farrah: Huiiii, ko tau tak, ada yg letak gelaran tersebut dkt kad nikah kawin..padahal dia hanya al-wakil aja.. Al-wakil tu maknanya sedara yg dilantik jadik wakil la, ada family dia cetak nama al-wakil dkt atas kad..

nuriL said...

elok2 aku semangat nk komen pasal prof kangkung..
sekali pizza mozarela kuar daaa..

DeLancrettLurpak said...

Yanot: Hehehe.. potong stim ek?

Related Posts with Thumbnails