Sunday, 23 January 2011

Roti John

Masa bulan puasa, ada empat kedai yg orang confirm beratur (eh beratur ke?) panjang dkt pasar Ramadhan.

1) Murtabak
2) Cendol/ABC
3) Ayam percik /ayam panggang
4) Roti john

Percaya atau tak, ketiga-tiga teratas saya dah penah buat kat sini. Kalau dah jauh dari Malaysia, tapi rasa nak makan gak, kena la gigih kan? Kalau tak gigih, ko telanlah air liur sampai sudah. So, masa bulan Ramadhan tahun lepas, saya ada makan roti john kat rumah Mileen. Tu yg tetiba teringat (padahal dah tak sabau nak jumpe orang Birmingham, bukan nak jumpa supervisor pun, hahahahaha!!!) nak makan. Kebetulan, CMG tampal recipe ni past few days, apa lagi, terus la buat.

Recipe Roti John ni saya amek dari blog CMG, thanks CMG :).

Bahan-bahannya.
Lurpak butter (ni saya tambah, hehehe)
1 keping daging burger (saya pakai 1 setengah keping, saya over ok!)
1 biji saiz sederhana bawang holland, cincang
1 camca besar rata rempah kari daging
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 pokok daun bawang, hiris halus
2 pelepah daun sup, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
1 biji telur, dipukul sedikit
4 keping roti sandwich (mat guna roti benggali)
Hirisan halus kobis
Hirisan timun
Hirisan tomato
Sos kegemaran

CARA MEMBUATNYA 
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. 
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata. 
3. Masukkan daging burger tadi, gaul hingga sebati. Tuang sedikit air jika perlu.
4. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau. Masak hingga kering. 
5. Matikan api dan masuk hirisan daun sup dan daun bawang, gaul rata. Biar sejuk. Masukkan telur dan gaul rata.
6. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. (saya guna butter, nyumss!!)
7. Tuang 1/2 bahagian no.5, ratakan sedikit. Bila kelihatan hampir masak, letakkan 2 keping roti menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
8. Berhati2 terbalikkan dan biar bahagian roti sedikit perang. Bila ok, boleh angkat. Hias dengan hirisan kobis, timun dan tomato, paipkan sos kegemaran sebelum dihidangkan...


Yaya-Yayen suka ok! 2 keping dia punya. So, next time, kalau taktau nak masak apa dah, masak roti john pun syiok juga. Tapi sebaiknye guna roti panjang yg selalu gerai roti john guna, barulah feel. And lepas makan baru ingat nak letak mayonaise atas roti-roti itu, cisss!! Bagus jugak la lupa, kalau tidak, ada yg naik "sheikh" makan tak pandang kiri kanan, hehehe.

Yippie yay, kalau dah bermaustatin di Sarawak full time nanti, bolehla saya buat sendiri roti john ikut selera saya kannn? Persoalannya, adakah saya akan terus memasak once dah settle down di Malaysia, atau melawat rumah MIL selalu atau makan saja di gerai2 yg ada? Yang itu end of 2012 baru tau, heheheh.

Photobucket

No comments:

Related Posts with Thumbnails