Saturday, 29 January 2011

Oreo Cheesecake

Dah laaaamaaaaaa tak buat cheesecake. Bukan apa, takde manusia nak makan. Dulu masa duduk Birmingham, saya selalu turun lab. Bila saya buat cake, saya mmg suka bagi kek kat orang-orang lab di tingkat 3 dan 5.  T-Bag bukannye suka kek-kek moden cenggini (cheesecake itu moden kah?). Dia nak makan kek pun kek orang lama, contohnya Kek Pilih Kasih la (gile kejam nama kek ni!) dan Kek Marble.

Saya ingat nak buat cheesecake bertoppingkan peanut butter. Since malas nak buat research dgn detail tentang cheesecake jenis yg itu, saya settle sahaja dengan Oreo Cheesecake yang ini. Recipe ini sangat mudah dan tak payah bake. Saya biasa biarkan cheesecake overnight dalam fridge.  Tapi, kalau ada tetamu lagi 5-6 jam nak sampai rumah, sile la godek benda ni sebab it takes 4 hours aje utk set, according to the recipe la. Kejap je siap. The thing is, saya baru buat tadi, so tak dpt la tgk hasil mahsul yg sebenar, nanti dah siap potong, saya tepek pic di sini lagi. 


Oreo Cheesecake from GroupRecipes

CRUST:
Ingredients:
1 1/4 c. Oreo cookie crumbs
3-4 tbsp. butter, melted

Method:
1. Combine cookie crumbs and butter.
2. Press into a 21cm loose bottom pie pan.
3. Place in freezer while preparing filling.

FILLING:
Ingredients:
1 cup whipping cream
3 (8oz package)Pheladelphia cream cheese, softened
3/4 cup caster sugar
24 Oreo cookies
12 mini Oreo cookies (tak letak pun, malas!)

Method:
1. Whip cream until stiff peaks form. Place in refrigerator.
2. Whip cream cheese until smooth.
3. Add sugar and blend.
4. Coarsely chop 24 Oreo cookies and fold into cream cheese mixture.
5. Fold in whipped cream.
6. Turn filling in crust and spread evenly.
7. Divide the 12 mini cookies over the top.
8. Cover and refrigerate at least 4 hours.
9. Loosen cheesecake by running knife around edges. Release sides of pan.

Kalau sedap gile, balik Malaysia tak yah la saya beli dkt Recipe Rahsia lagi sebab recipe dia tak rahsia dahhh, heheheh. Anyway, saya buat ni, sebab esok nak ke Birmingham, nak pegi bertukar-tukar gossip hangat dengan org taman Selly Oak. Ini kira pengerasnya lah ni. Lepas tu, ada org tu sambut birthday 2nd Feb, dia request Chocolate Cake, saya pun buat lah juga half batter, hehehhe.


American Chocolate Cake yg dah  siap masuk tupperware besar. Patutnya nak buat red velvet cuppies utk diorg, tapi banyakla pulak nak makan kek kannnn? Kalau nak makan red velvet, sila dtg ke Bristol, dan pengerasnya adalah ayam and kebab Big John, ok!!!

Update


Adalah SANGAT SEDAPPP!!!!!
Sapa teringin, sile godek sendiri.. hehehe
Photobucket

8 comments:

Kazaztan Team said...

kopi resepi..tp tah bila nak buat...

zarin said...

sudah diambil resepinya, nak cuba bila berat dah kurang sikit nanti harharhar

DrSam said...

Ada bakat terpendam dan boleh buka bisnes special delivery nih...

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan: Kalau ribut taufan RAJIN dtg melanda, sile segeralah buat kek ini, sungguh berbaloi2...

DeLancrettLurpak said...

Zarin: Takpe, buat nampak tak nampak aje la scale tu Zarin.. heheheh.. confirm Hasya kek ini tauuu

DeLancrettLurpak said...

Dr Sam: Takut balik Malaysia nanti, tetiba jadik bakat terpadam pulak, heheheh

somuffins said...

DLL
Teragak nak buat. Beli biskut untuk buat base dia tapi biskut kemana, niat kemana.

Lagipun kaaaan .. nak tunggu 4 jam biar kek set, tu yg jadi hindrance terus tak rajin *tahap kesabaran kurang menyerlah*

DeLancrettLurpak said...

CikSom: Huiihh rugi CikSom, sgt yum yum tauuu... tahan sikit CikSom, once dah masuk dalam fridge, dudukla depan fridge dan bertafaakur.. sgt berbaloi tauuu...

Related Posts with Thumbnails