Tuesday, 18 January 2011

Mee Kolok

Huiiii, dah laaaamaaaaa nak makan mee kolok ni wes. Tapi sebab tahap kemalasan yg melanda, so barulah hari ni saya gigihkan jiwa raga buat. Saya amik recipe Kak Dayang_Jack dr My Resipi. Kak Dayang, kmk ngkah sitok o the recipe, thanks K.Dyg. :)

Ingredients (For 2-3 persons)
3-4 gulung mee sanggul / non-fried noodles
1 sdm perencah sup
100 g daging lembu
air secukupnya
sedikit garam
5 ulas bawang putih (dicincang)
8 biji cili api (saya ganti dgn 1 biji cili merah aje sebab cili merah sini dah pedassss)
1 sdt serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sb kicap manis
1 sb kicap pekat
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
daun bawang dan daun sup (dihiris)
1 sdt sos ikan / sos soya
1 sdt cuka

Method

UNTUK SUP 
1. Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. 
2. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).


 UNTUK MEE DAN DAGING
1. Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan. 
2. Panaskan 2 sdm minyak masak dlm kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. 
3. Keluarkan. Masukkan pula mi yg tlh ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang td. 
4. Perasakan dgn cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
5. Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sdm minyak masak dan goreng daging yang tlh dihiris td. 
6. Masukkan kicap pekat, 1/2 sb kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.


 UNTUK SAMBAL 
1. Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. 
2. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.


 CARA MENGHIDANG 
1. Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. 
2. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. 
3. Sediakan jg semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sbg kuahnya jika suka.


Ini ialah contoh mee yg saya guna.


Ini mee kolok hasil kerastangan saya bersama begedil. Hehehe. Yaya-Yayen kata "It's tasty!!!"

Senang sebenonye buat mee kolok. Cuma kalau kat Kuching, saya rasa prefer makan dkt kedai, sebab lagi feel. Hehehehe. Cakap aje lah pemalas kannnn.

By the way, kalau pegi Kuching, janganlah cakap takde kedai melayu nak makan. Berlambak ok! Buat la research before pegi kannn. Orang kata mee kolok and mee sapi yg paling sedap di kawasan Satok adalah dekat Restoran Haji Salleh dkt area bawah jambatan. Saya ni biasa makan mee kolok kalau dah putus selera nak makan benda lain. Sebab dish ini sangat ringan (ringan lag sgt sampai badan naik mcm kena pam!!!). So, saya selalu makan dkt area Kota Samarahan sebab dekat dgn office, samada dkt Oten atau pun dkt Warung 2000. 

Tetiba teringat mee jawa marvellous dkt gerai area Jambatan Kota Samarahan.
.
.
.
.
.
.
Eh tetiba rasa nak makan cupcake red velvet.
.
.
.
.
.
.
.
Heh banyak benoooo nak makannye!!!
Photobucket

12 comments:

viruspadu said...

nak cuba lah nanti

:)

somuffins said...

DLL
You nih sejibik mcm my doter.. "banyak benor nak makannya" :-)

*berbisik* I pun apa kurangnya, heheh.

Ms.Lilies said...

aku blm pernah mkn lg ni..
tandanya kena try la kan??

Ribbon Clown said...

aaa..sedap..aku dah la ngidam mee kolok..aku dah amik resepi kak dayang nih, tapi tak wat lagi..brg tak cukup.. esoklah gi pasar carik.. sedap giler nampaknyer tu... trua rasa lappar skang, rasa nak gi dapur, makan je ape ade haha

DeLancrettLurpak said...

Kak Jemah: Sile la cuba wahai kak jemah. Senang pun ye.. Tapi tu la, sebagai chef amatur, sos ikan dan cuka benda yg paling pelik dkt dapur saya. Ye la, tetiap hari masak, tak guna pong dua ingredients itu kann?

DeLancrettLurpak said...

CikSom: Kalau kuah tak tumpah ke nasik, kemana lagi ye tak? heheheh..

psst, doter ciksom umur nye berapa?

DeLancrettLurpak said...

K.Mimi: Huh, mesti try!! Budak2 mesti suka.. tapi jgn gaul dgn kicap+cili tu laa...

DeLancrettLurpak said...

Pe'jah: I'm sure Adam suke menu ni Pe'jah.. lain sikit dr yg lain.. yaya tambah dua kali tauu!!!

aliaaroslan said...

kalau pakai daging kambing ok ke kak?

DeLancrettLurpak said...

Aliaa: Tak leh guna kambing rasanya.. Sebab nanti dia nye taste lari.. heheh..

~ Mamma Olyn ~ said...

eh sedap la cik lurpak, nak try la, baca resepi i da agak rasanya cam ne..ala2 chinese take away gitu yea, arrgghh laparr

DeLancrettLurpak said...

Mamma Olyn : A'ah rasanya macam chinese dish.. sebab garlic tu kot.. tapi mmg sedaplahhh!! heheheh

Related Posts with Thumbnails