Monday, 3 January 2011

LBS, bukan Pound tapi...

31st Dec tahun lepas, saya duk rumah saja. So, layan movie aje la kerjanya. Carik - carik dkt Utube, jumpe la LBS kan. Ramai org kata best gile ceritanya plus sedih pun ye. So, saya pun  nak la tgk. Kalau ajak T-Bag tengok, confirm dia juih-juih bibir.


Saya memang takde perasaan la masa nengok cerita ni. Ye lah, kejap - kejap Yaya-Yayen datang tanya "Mommy, bla bla bla, right?".  Pastu sambil suap Yaya-Yayen makan nasik lagi. So, tiada focus gitu. Tapi, nak buat apa focus, ni bukan exam IELTS part listening, kan? Banyak - banyak scene yg paling tak menahan adalah part beranak. Saya gelak berdekah - dekah, habis bergegar segala lelemak dibadan, baru la namanya exercise, 2-in -1 gitu. Part lain saya takde feeling. 





"Aa, teran lagii aa, macam tuu aa terann ! teran !", kata gynae tersebut.

Kalau dpt gynae mcm ni, confirm saya tak nak hantar bunga tanda terima kasih lepas beranak. Tapi saya mana lah tahu scene bersalin normal, anak saya keluar kot tingkap, hihihi. Tapi tetap la tak logic, sebab rakan teman seperjuangan masa project pregnant beramai-ramai, yg beranak normal tak pernah cerita mcm tu pun. 

T-Bag tanya apakah moral value daripada cerita itu. Adakah 

(1) kita perlu menegakkan pendapat kita pada ibu bapa dgn sopan (jgn jadi Tenggang!) sampai pendapat kita diterima? Sebab kadang-kadang ada orang tua tertelan garam kasar lalu judgement mereka lari, saya rasalah, korang rasa?

(2) Gynae dkt hospital yg si Ayu pergi tu tak berapa nak cekap. Takkan la tak leh predict what's wrong with the pregnancy, kan? 

(3) Naib canselor kolej tu mmg kerja dia kejar budak yg nakal macam setan. Dah lama jugak saya terlibat dalam urusan IPT, dari belajar sampai kerja, naib canselor amat sibuk, tak penah jumpe pun masa jadik student, uh sedih. Beruntung si Kasyah tu kan dpt jumpa naib canselor. Sekarang dah kerja, dptla jumpa naib canselor, dlm meeting aje. Tapi no henpon diorg takde dalam speed dial saya. 

(4) Kalau buat plastic surgery, mmg hebat la rupanya lepas tu, macam perfect gile. 

(5) Orang nerd macam Siti (Siti dalam cerita LBS tu) mmg dress up pelik - pelik. Dgn specs pelik - pelik. Kalau begitu, saya takde kawan nerd, kawan saya semua cantek bergaya.


Saya confuse mana satu moral valuenya. 
Yg pastinya pengarah nye malas buat homework. 
Period. 


psst: Ada org bragging, no phone bos-bos semua dlm speed dial dia, hebatkan? 


Photobucket

14 comments:

kucingorengemok said...

cerita tah apa²... tapi lepas tengok, lagu apa entah yang dok ulang² throughout the movie, dah lekat dalam kepala... tak suka tauuu! hehe :)

somuffins said...

CL
Bercanggah dgn pendapat KOG, wpun I tak tengok filim itew, ada sekali dua tiga empat kali I terfolo dramanya kat tivi. I suker lagu tu, hehe.

Siapa yg suruh teran2 tu? Ha'ah ek, my gynae cakap slow motion aje masa suruh I push.. (in fact dia tak sebut push pun, haha no wonder diorang guna forcep/vakum).

Ms.Lilies said...

sebut teran2 ye..?
ntah gynae manala tu yek..
time aku dulu xde le pulak...

Hanis MY said...

agree with all of it...minus part beranak sebab lum experience lg...

Ribbon Clown said...

cite ape LBS nih? confuse..

afendi ariff said...

sama mcm ribbon...
aku pun lost...
heh!

DrNotts said...

lagenda budak setan ler tu! memang tak cukup homework dia tu! buat movie cam pergi pasar je. langsung tak sungguh2. harapkan lagu je sedap. itu pun penyanyi indon yang nyanyikan! memanglah sedap! ceh


bab si lelaki masuk hutan tu, boleh ke guna kamera hingga setahun. mana nak charge bateri kamera kalau kat situ tak ada letrik?

fazura memang best berlakon! ada kelas!

DeLancrettLurpak said...

KOG:Suprisingly, lepas baca comment KOG, lagu tu terus muncul dlm otak saya, tak suka tauuuu!!!

DeLancrettLurpak said...

CikSom: I tgk cerita tu sebab org kata lisa surihani cantek, boleh? hahahahhaha!!!

kalau gynae mcm tu, confirm anak dah nak keluar baik-baik, terus masuk balik.. seriauuu!!!

DeLancrettLurpak said...

K.Mimi: Itu laa.. kot ya pun jaga la profesion gynae kan.. tak la gynae2 yg tgk cerita ni rasa hangin semacam... eh gynae ada masa nak tgk movie ke, heheheh...

DeLancrettLurpak said...

Hanis: Kan? sgt tak logic gitu.. ntahhapahapa...

DeLancrettLurpak said...

Pe'jah: Tu lah ko, selalu sgt tgk Suria channel aje.. hehehe..

DeLancrettLurpak said...

Afendi: Kesian ko bro, movie melayu femes kat Malaysia ko tak perasan.. takpe, bukannya masuk exam pun.. hahahah

DeLancrettLurpak said...

AuntyNotts: Dia guna kuasa solar charge battery.. boleh imagine tak dia susun battery-battery tu dkt tingkap rumah, wakakakkakak!!!

Saya mmg suka Fazura, especially dlm cerita Pisau Cukur, Oh My Gucci!!!

Related Posts with Thumbnails