Monday, 10 January 2011

Keys to Survival

Breakfast
In Malaysia (IM) : Could be anything, from roti canai to laksa sarawak or mee sapi, yum yum!!!
Here in Bristol (HiB) : Today's  breakfast was spicy tuna sandwiches (depends on tahap kerajinan chef amatur ini). Kalau gile malas, roti sapu lurpak/nuttela/ peanut butter. Orang rumah ni tak layan cereal. 

Image googled. 
I really miss you mee sapi!!!

Lunch/Dinner
IM : No cooking during weekdays. On weekends, if I were to cook, it's going to be fried chicken, biasanya sayur sawi goreng, sambal goreng ikan bilis with kentang. Itu kalau rajin and free. Pernah sekali je masak udang galah masak lemak cili api and et cetera, sebab ada member request nak makan lauk itu. Biasanya we all busy even if weekends (sebab ada je hal kann), so makan di kedai or MIL yg panggil suruh makan rumah dia  (menantu contoh ni!)
HiB : Today's lunch was nasi lemak with fried chicken.  Again, it is all depends on the chef. Makan diluar, sekali seminggu sahaja okay! 


Getting a haircut 
HiB : I'm the hairdresser. Sapa nak potong rambut, pakai nappy saja. Pastu dia garuk-garuk, pastu mengaruk! Eh rambut sendiri sapa potong? Tak potong, tunggu balik Malaysia aje la. Last year, wash and cut dkt one of the saloon in Selly Oak, kena 28gbp, itupun guna student promotion ok!
IM  : Mana - mana kedai ajo. 


Getting Jeans Cutting Service?
IM : Favourite tempat utk repair adalah di Ban Hock Tailor dkt Nenas Road. Uncle tu jahit kemas dan reganya RM7 sahaja. Berbaloi dgn hasil kerja dia.
HiB: Last year we sent our jeans to a tailor. It cost us GBP12 per pair of jeans! So, jawabnye tadi saya menjadi tailor yg tak lepas exam. Buruk gile jahitan jelujur saya. Takpe, tak nampak kat hujung kaki kan?


Going somewhere?
IM : Tekan minyak, drive saja.. 
HiB :  Saya takdak UK licence, T-Bag je ada. So apa-apa hal, kalau nak pegi shopping sorang2, setakat pegi tgh city Bristol, saya naik bas, sebab bus stop depan rumah. Kalau tempat yg jauh, kena kenyit mata lebih sikit, hihihi. Tapi biasanya T-Bag ok aje bab bawak saya berjalan. Kenapa tak amik UK licence, tak kuasa!


Spa/Massage or Facial Session?
IM : Oh favourite ni. Saloon at least once in two months. Spa/massage at least once in three months. Biasanya, saya mintak cuti, and pegi buat urusan itu semua dalam satu hari. Takpun, mintak time out dr T-Bag, heheheh. 
HiB: Dalam mimpi!!! Tapi rasanya nak pegi spa+facial dkt sini, sebab ada jumpa promo yg best dkt Groupon Deals.


Dessert, anyone?
IM : Jgn harap aku buat cake. Kecuali adik-adik saya request nak makan kek batik atau chocolate cake. Itu je la saya buat. Itupun sekali setahun payah nak dapat. Kuih - muih pujaan kalbu kan banyak dkt kedai, beli aje la.  
HiB: Kau nak makan, kau buatlahhhh!!!


Manja kan saya duk kat Malaysia. Dkt sini, semuanya sendiri la kan. Biasalah kan. Eleh bukan teruk nau pun, saja mengada kannnn? Tapi kalau nak makan dekat luar selalu, kopak acik!  Rasanya kalau dah balik Malaysia, kena amalkan selalu la masak dkt rumah ni. Sebab leh jimat banyak. Tambah-tambah pulak dah ada anak yg membesar ni kan, pastu ada hati nak menambah saiz keluarga, so haruslah rajin - rajinkan ke dapur.  Leh jimat duit itu, dan sumbangkan ke arah benda yg berfaedah, seperti tiket-flight-balik-Jasin selalu kannn? Hehehe.


psst: next next week punya project, mee kolok!!!  Tapi itu kalau rajin nak gi kedai beli daging. 
Photobucket

14 comments:

Ms.Lilies said...

pagi2 aku baca senarai menu ko bleh buat lapo giler hokeh hahahaha

somuffins said...

I ada kawan yg tak pernah tempuh dapur sbb ada maid yg superb (hinggakan disuruh belajar pandu kereta). Bila my friend n family gi UK, terpaksalah dia berhempas pulas dgn result yg membanggakan. Bila balik Msia, dia dah tersangatlah terel. Todate, dia isi masa lapangnya menjual kueh mueh Melayu kat dpn rumah taman herbanya. Am yet to visit her there...

kucingorengemok said...

IM: saya gunting rambut sendiri- pegang secekak dengan tangan kiri, tangan kanan snip-snip-snip... kalau turun naik tak sekata pun takde hal, rambut dalam tudung :)

afendi ariff said...

sian ko sis...
mujur aku kat malaysia....
heh!

DrNotts said...

lurpak, baru nak tanya pasal mee kolok tu. sila cepat buat, sebab auntie nak try jugak ni. nak cari mee tu kat mana pulak ek? egg noodles ke?

DeLancrettLurpak said...

K.Mimi: Alahh, k.mimi kalau angin malas dtg, leh order saja kan.. kami? huwaaaa!!!

DeLancrettLurpak said...

CikSom: Saya balik nanti jual apam balik versi mewah tak kedekut kacang dgn jagung, hehehehhe

DeLancrettLurpak said...

KOG: Deris tak complaint tak ape lahh.. kann? Kalau dia complaint, suruh dia potong dan basuh kannn, senang.. hihihih

DeLancrettLurpak said...

Afendi: Chehhhhh!!!

DeLancrettLurpak said...

Aunty Notts: Hari tu saya ada beli mee tu.. mee tu macam mee maggi.. tapi dia jual mee saja, takde perasa.. hari tu beli kat kedai cina..

aliaaroslan said...

akan ku nantikan resipi mee kolok tersebut. DrNotts sudah mengidam ni.

DeLancrettLurpak said...

Aliaa: baiklahhh.. hehehe

melissa said...

Kak mimah, dulu selalu nyampah kat student lelaki dok abroad nie sebab bela rambut panjang..mesti cakap dalam hati, baru duduk kejap dah tak sedar diri hahaha. bila kena tang laki sendiri, baru la faham. Nasib lakiku kerja, afford to p barber (kecek2 juga utk trim splitted end of my hair). Mahal rupanya service salon kat sini :(

DeLancrettLurpak said...

Farrah: Kalau wash and cut, wash and cut aje la dia buat. Takde nye dia nak blow dry rambut kita. Abis la rambut kejung basah balik rumah, serious bengongggg

Related Posts with Thumbnails