Tuesday, 25 January 2011

His New Toy

Memang kebiasannya barang mainan budak orang kat sini beli dkt carboot ataupun Ebay.
Ini bagi org yg tak kesah la pakai barang secondhand.
Eh ada apa hal, dah beli, basuh/bersihkan dulu, baru bagi anak main.


Kadang-kadang dkt Tesco/Asda/Toys 'r' US pun murah jugak.
Memang takde masalah la nak carik toys yg affordable dkt sini.
Tapi saya memang geram dgn barang Toys 'r' US, sgt berbaloi dibeli ok!


Kami selalu gak beli mainan Yaya-Yayen.
Rasanya dah lengkap kot.
Macam tak yah beli sampai dia besar la kan, hahahahah.
Dah kena start beli mainan for girls, ehem ehem (sedang berangan dpt macam k.mimi punya askars, berangan aje ok!)


Tapi, kenapa
kenapa dia nak main jugak dgn kotak huggies itu?

Tau dak dia main apa?
Dia sedang main postman macam Postman Pat.
Dia masuk kepala dalam kotak tu, pastu dia bagi surat thru lubang kotak tu pada saya.
Tu jek pun.

Mentang-mentang la nenek dia ex-Post Office staff, terus feeling company post tu dia punya,  chehhh!!! 
Photobucket

16 comments:

kucingorengemok said...

eh, surat keluar dari mail box? stail baru ni, hehehe... kreatif la! suka tengok budak main benda² kreatif gini :)

DrSam said...

mainan kat car boot tidak kurang cantik dan elok. Sampai sekarang saya masih ada 3 kotak mainan yang diborong di carboot-carboot seluruh UK dan masih menjadi kegemaran anak buah yang bertandang ke rumah.

Ms.Lilies said...

bebeh..
ada tau khemah pasang siap kanak2 jual kat toys r us..
khemah pos opis haha...ko jgn main2hihi..belila satu untuk si hensem tu...anak aku ada 1...siap dah main sapa pos surat sapa proses surat....
khemah balai polis pun ada jual gak..

tasekM said...

salam...

wey... ajar main khemah2 la sedap.... ha ha.



:)



.

Lady of Leisure said...

suka toys r us jugak, tengah aim nak beli tempat bela semut tu, antworks nama dia kalau tak silap, tapi mana nak cari semut jenis besar warna hitam tu pulak alahai...

Daddy Ziyyad said...

u memang dah migrate ke UK, atau temporary sahaja?

-permainan kanak2 ni, kadangkala tak perlu mahal..from as simple as a box pun, they can use their creativity...

DeLancrettLurpak said...

KOG: Kan dkt rumah sini, mail masuk dr celah pintu tu kan.. dia konon dari luar la, masukkan surat thru situ ke dalam rumah.. saya la org dalam rumah yg kena amik surat.. postman yg ini jenis tak pandai rehat, asikla nak hanto surat aje tauuu

DeLancrettLurpak said...

DrSam: A'ah, kalau pandai pilih, mmg bagus2 mainan dia.. Saya suka mainan kat sini, walaupun second hand, dia sgt tahan, kannn?

DeLancrettLurpak said...

K.Mimi: Ye ke? Eh nanti nak carik la satu.. heheheh.. hadiah birthday boleh la ek.. jawapnya ujung tahun ni la dia dpt.. hahahahah

DeLancrettLurpak said...

TasekM: Kalau saya ajar dia main something, penyudahnya saya yg kena main dgn dia all the time.. budak tu bukan pandai main sorang2.. haru btol!

DeLancrettLurpak said...

LL: Erk, nak buat apa tempat semut tu? Hiasan eh? Ke nak suruh anak2 bulu LL main?

DeLancrettLurpak said...

Daddy Ziyyad: Temporary, saya adalah student kekdahnye..

kite beli macam2, yg dia nak main adalah sudip kannn? hehehhe

aliaaroslan said...

kretip habis

nuriL said...

hahahah terbayeek
suh yaya susun kotak tu bg tinggi kaunter pos terus!
wohaa

DeLancrettLurpak said...

Aliaa: Kretip sambil buat semak, kannn?

DeLancrettLurpak said...

Yanot: Tu belom ko tgk dia main shopping-shopping lagi.. Haru ok!!!

Related Posts with Thumbnails