Wednesday, 5 January 2011

Going Thai's

Amarah la weh, kan. Eh tetiba amarah ni kenapa? Oh saya ni asik la bukak website travel agencies. Eh katanya nak balik raya, harus lah jenguk-jenguk harga ticket.  Ummannnnggg aiii!! Mahal gile, pengsan! So, sekarang teknik adalah, letak limit dalam otak, kalau jumpa kurang dr sekian-sekian harga, jgn rasa gundah gulana, terus sebat aje!

Kalau buleh saya nak balik raya jugak! Org kata, tahan aje la. Nanti 2012 ko dah nak balik, raya la sampai lebam. Apakah korang tahu yg kalau saya tak balik raya tahun ni, makanya sudah genap 5 tahun saya tak feeling syahdu di Jasin, Melaka pada pagi raya. Sedih kau!! Tapi biasanya saya buat macho depan T-Bag, padahal nangis masa tgh mandi sunat aidilfitri, hihihihihi. 2007, raya dkt Kuching pasal dah sarat nak beranak; 2008, raya dkt Kuching dan busy settle hal belajar; 2009, raya kat Newcastle dan 2010, raya kat Bristol. Nak balik raya!!!

Semalam belek2 gambar FB member yg duduk dkt JB. Dia pi tayang food dia makan dkt Seafood dkt Senibong. Dah la aku ni tak beli tiket, so takyah la nak berangan makan seafood dkt Senibong, oh sadis! Pastu tetiba teringat makan seafood dkt Stulang, JB. Selalu order, tom yam campur, siakap masak 3 rasa, sotong goreng tepung dan kailan ikan masin. So, anak tekak ni dah terasa nak makan tom yam. Apa lagi hari ni saya telah mengethaikan menu dirumah ini.

Menu kami : Tom yam udang, daging masak merah dan telur dadar.


Meh nak bocor rahsia. Sebenonye ada 10 ketul aje udang dalam tu, dah itu aje yg ada dalam freezer. Saya mmg tak heran udang tu sebab saya nak hirup kuah tom yam and makan sayur mayur yg ada. Kesian pulak nengok T-Bag kais -kais mangkuk carik udang, hihihihi. Tom yam ni tak pedas, huh! Saya dah letak 10 kot cili padi burung tu. Lain kali letak 30 biji cili padi, ambek kau! Pastu biasanya kalau makan dkt kedai, daging masak merah tu dia letak cili padi ketok dalam 2-3 ketol. Tapi sebab anakanda nak makan, saya tak letak la. Ni kalau ada kailan ikan masin ni, lagi ummmphh!!!

Ni saya tepek recipe tom yam-senang-gile-masak yg saya ambek dr Myresipi. Owner nye adalah Zara_klate. Thanks :).

Tom Yam
½ ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
2 batang serai (dititik)
1 sudu besar pes tom yam
4 helai daun limau purut
2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
3-4 cawan air
garam & perasa
sedikit minyak
sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato,carrot, button mushroom)

Cara-cara
1.Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.  

Yang ni pulak daging masak merah yg ku sangka susah, rupanya senang, hehehe. Thanks Dyna.

Daging Masak Merah
1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
1 bijik bawang besar dimayang
1 bijik cili capsicum hijau
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
garam secukup rase...

Cara-cara
1.Tumiskan bawang besau, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram. Kalau kering taruk air skit, kalau suka berkuah bleh taruk banyak skit tapi jangan banyak sangat.
3. Masukkan garam
4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
5. Masukkan cili capsicum hijau tadi


Walaupun dah makanan menu Thai, tak kira, nak balik jugak! Nak makan dkt Malaysia, tanah tumpah darahku. Eh apasal pulak, baik pergi makan dkt Thai, hihihihi.

Photobucket

2 comments:

Kazaztan Team said...

mengetai word sgt otai...ehehhehe

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan: Kalau rasa mcm tukang masak otai lagi kaw wehhh.. kalau laaa...

Related Posts with Thumbnails