Thursday, 13 January 2011

Cuba Teka, Apa yg Hilang?

Lepas amik budak ini 

balik dari school nursery dia, terus kelam kelibut masak. Eh jap, rasa macam cool pulak ada sweat shirt nursery ni, takde size 12 ke? Yaya-Yayen pakai size 24, lagi besar dari mak dia nye size, hehehe. 

Perut dah nyanyi lagu Meet Uncle Hussain sebab masa lunch hanya makan 2 ketol kecik Toblerone, sebijik setandan pisang dan satu bijik apple merah+kuning yg rangup. Pastu gogop air masak banyak-banyak sampai kembung. Taklah, saya tak gogop. Saya kunyah air, petua diet yg saya jumpa, kalau lapar, kunyah air. Heppp Aliaa, air nescafe tak aci kalau kunyah! Eh Aliaa, calorie nescafe tak banyak la, dah check tadi, secawan kalau yg rich punya tu baru 70 calorie, takde ade ape hal lah.

Lepas lebih kurang setengah jam berkecimpung (betol ke perkataan ni?) di dapur, terhasillah nasi goreng kampung dengan fried-egg-with-runny-yolk. Lupa nak snap adegan "pecah telur" (whoopss!) untuk membuktikan yolk itu berlari-lari.

Nasi goreng tu saya letak cili padi+cili merah hidup (ye, cili itu hidup sebab dia tak kering ok! cili kering tu cili mati). Biasanya tak letak cili merah hidup, sebab cili padi tinggal berapa ulas sajo. Pastu letak belacan sikit. Nasik itu hanyalah 3/4 cup. Hoi, sapa kata cukup? Mengigil ko tau, pakkalla dah abis nasik di kuali, kalau tidak confirm ada yg tambah nasik tadi. Teka apa yg hilang dalam hidangan nasik goreng kampung ku itu? 
.
.
.
.
1. Kangkung, biasa kat kedai kalau order nasi goreng kampung, mesti dia letak kangkung.
2. Sambal belacan. Eh tak kuasa la. Pakai je sambal tumis ikan bilis yg mmg dah ada dlm fridge tu.
3. Timun hiasan. Ni pun satu tak kuasa jugak. 


Eh korang punya version nasi goreng kampung macamana? Kalau letak broccoli, boleh aku tau kampung ko dkt mana? Share la weh. Ye, saya mintak share list of ingredients bukan mintak share sepinggan. 


Saya ni patut belajar seni menghias macam Pe'jah. Ni pakai pinggan besar, pastu letak makanan sikit, tak ngam betol la, huh!

Photobucket

20 comments:

bujal X said...

nasi goreng kampung saya guna beras pulut.haha~~

*saya bohong~saya mana pandai masak~~

kucingorengemok said...

ikan bilis, bawang, lada kecik, kangkung, belacan, telur dadar... orang dok uk dah berjaya buat kita terliur ngk, baru perasan dah berbulan tak makan ngk walau duduk kat msia! huwaaaa!

Kazaztan Team said...

nasi goreng kampung saya kekdg ada mix veggie...ikut mane sedap tangan campak2 dlm kuali...

Ms.Lilies said...

sudah lama tidak makan nasi ni...
mcm sedap la...
aku orderla nanti hahaha...
ater...aku sorg je yg makan

zarin said...

nasib baik la ada watermark kat belah kanan tu..nampak penuh jugak la pinggan tu ye! hikhik
i punya nasi goreng kampung main ikut apa yg ada dlm fridge je and main campak je asal ada ikan bilis goreng garing tu dah kampung la bg i ni :D

aliaaroslan said...

kalo saya punya nasi goreng kampung, ialah nasi goreng + ikan bilis goreng sahaja. timur tukar kepada acar timun. nangis tak? tapi telur takde.

*sedapnya nescafe panas...*

DeLancrettLurpak said...

Bujal : Kalau betol la nasi goreng pakcik guna beras pulut, mmg pelik gile! Pakcik ni org kuat zimmern ke?

DeLancrettLurpak said...

KOG: Uuuiiii KOG, kalau makan NGK dgn teh o ice limau, mmg ngam la wehhh! hehehehhe

DeLancrettLurpak said...

Kazaztan: Tetiba tercampak daging burger ramly, hah jadik apa lah? hehehhe

DeLancrettLurpak said...

K.Mimi: A'ah kan, dah sorang aje makan, order aje la.. Suruh letak cili padi dgn ikan bilis banyak2, kaw!!!

DeLancrettLurpak said...

Zarin: Tu la kan, I seni menghias ni kureng la Zarin. Seni makan tu I ada laa, hahahha..

Tapi u buat nasi goreng kampung mesti tak leh pedas kan, sebab hasya tak makan pedas ek

DeLancrettLurpak said...

Aliaa: Itu dah jadik nasik goreng ikan bilis wahai Aliaa. Hehehe. Tak cukup kampung tuuu..

nescafe mmg sedap, mocha starbucks laaaaaagi sedap, hehehhehe

DrSam said...

saya share resipi tak ada dan tak pandai...share makan boleh...

melissa said...

Kak Mimah,

Saya siap2 blend (lesung tade, bukan pemalas hahaha) bawang besar, bawang putih, ikan bilis setimbun, cili api dan belacan (sampai penuh blender), lepas tu letak dalam botol. Anytime nk masak nasi goreng (maklumlah, makanan ruji) korek saje peti ais carik bahan tumis, pecahkan telur, letak sayur kalau ada (memang dasar pemalas hehehe)

nuriL said...

bg aku.
kalau ade ikan bilis digoreng+cili padi dalam basic nasi goreng tu.
maka itu termasuk kategori NGK. hehe

selalunye.
nasi goreng versi aku adalah segala barang2 dalam peti sejuk yg sesuai jadi rencah yg disatukan dan digoreng bersama nasi.
wohaa!

DeLancrettLurpak said...

Dr Sam: Share nama kedai makan yg sedap pun best gakkk.. heheheh

DeLancrettLurpak said...

Farrah: OoOOoO, makanan ruji ko ehhh, makan sayur la Puan Farrah oi, nanti tak sehatt, paksa Imran cepatt!!!

DeLancrettLurpak said...

Yanot: Dalam peti ais aku ada mature mozarella cheese. Erk, Nasik Goreng Mozarella anyone? heheheh

DrSinga said...

kalau kat kedai...
mau rega 4hinggit5posen tu!!

DeLancrettLurpak said...

Ibusinga: A'ah. Saya pun benchmark utk kedai senang, kalau ngk dia sedap, 50% menu lain confirm sedap!!!

Related Posts with Thumbnails