Wednesday, 19 January 2011

Ayam Phat Phet, bukan Pot Pet!

Saya mencari - cari recipe ayam yg senang lenang nak dibuat. Asik - asik kari ayam, rendang ayam, sambal ayam, ayam goreng, korma ayam, ayam masak kicap, sup ayam, bosan tauuu!! So, saya terjumpa lah recipe ini. Lama dah peram. Sebab semua bahan lengkap di rumah, hari ni, saya gigih la buat kan. Tak gigih mana pun, sebab ini recipe paling mudah. Korang tengok ada 4 steps aje. Sesuai la utk org pemalas mcm saya, hehehe.


Ayam Phat Phet (Thanks Widad)
Bahan A (Blend)
5 biji cili padi (Saya guna satu setengah cili merah, sebab cili padi dah abis stock, cili merah sini pedas gilo)
2 hiris halia
kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan B
3 keping ayam mentah dipotong dadu (saya guna 8 ketol ayam, tak dadu pun)
1 batang serai dititik
1 asam keping
4 helai daun limau purut
sedikit Garam dan Gula.

Cara-cara
1. Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.
2. Setelah kering tumisan tadi, masukkan secawan air.
3. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
4. Pastikan ayam masak sepenuhnya. Jika kurang berkuah, masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.



Taktau la apa motif saya ambik gambo begini.

Kami makan lauk ayam phat phet ni dengan pak choi kicap. Recipe pak choi kicap ni datangnya dari nenek sedara saya, Tok Teh. Dia yang ajar recipe-org-yg-nak- makan-sayur-tapi-malas, begitu. Hiris bawang putih. Panaskan non stick pan. Masukkan bawang putih dan sedikit ikan bilis.  Campak batang pak choi. Letak kicap manis habhal ikut suka ati banyak mana korang nak. Masuk 2-3 sudu air. Bila batang pak choi dah lembut sikit, masukkan daunnya, Biar seminit -dua, angkat dan ngap! Saya rasa recipe ni bagus utk budak-budak, sebab Yaya-Yayen suka aje sayur jenis masak begini.


Tok teh masakkan lauk ni masa saya dah 3-4 minggu kot. Orang kata masa dalam pantang selagi tempat jahit tak baik, tak leh makan kicap kan? Sebab takut tempat jahit tu hitam berkerak eh? Takpe, saya jahit dkt perut. Jahitan pun tak nampak sebab lelemak dah cover baik punya, wakakakaka. Eh kalau jahit kat VJJ pun, apa nak kesah kan? Bukannya nampak hitam ke tidak, hahahahaha. 

Ok fine. Dari cerita masak - masak dah masuk cerita hal beranak. Mengarut. Bye.
Photobucket

6 comments:

kucingorengemok said...

ala, hitam tu sebab mandi tak gosok daki kan, bukan sebab kicap, hahaha

aibaks said...

nak share tips amik gamba masak2.. amik angle(sudut) 30/45 darjah dari sisi makanan.. elak snap pic terus dari atas.. nti tak nampak "3d" gamba...

cume idea sepocen aibaks.. hehe..
happy blogging!

DeLancrettLurpak said...

KOG: ntahla KOG, saya mmg hitam pun, taktau beza kulit sendiri atau daki, wakakakakka

DeLancrettLurpak said...

Aibaks: Esok2 ambik gambau saya bawak pembaris, ukur degree, baru shoot. hehehhehe.. thanks ya :)

melissa said...

akak, saya yang pemalas nie lagi senang masak sayur pak choy. tumis bawang putih, kerat akar pak choy, basuh2, bila dah wangi bawang putih, masukkan pak choy (tak asing pon batang, daun), letak sos tiram, kacau2, siap!! jimat byk steps tau hahaha

DeLancrettLurpak said...

Farrah: Ko boleh la, hanya org besor yang makan. Kalau yaya nampak sayur besar2 mcm tu, terus tak nak makan tau, dia ckp "Yaya not like that. Eat chicken only ok?"

Related Posts with Thumbnails