Wednesday, 29 December 2010

Cerita Wrestling di London

Kenapa Wrestling? Kenapa tak Boxing?
KAU INGAT SENANG BAWAK BUDAK 3TAHUN PERGI SHOPPING?!

Berapa kali ntah tinggi suara, dah tak pedulik dah org kiri kanan. Lagipun Europeans, arab, chinese China and et cetera mana paham pun.. hahahhaha. Ko mengumpat dia depan dia pun, dia senyum-senyum aje, heheheh. Mmg bertukar jadik hulk dah pun.Sebabnye budak ini tok se jalan. Kadang - kadang dia jalan. Kadang - kadang dia kata "Mommy, Yaya tired. Carry please".

Hari pertama, yakni hari Boxing day, kami pergi ke Westfield. Apakah kau gile nak bawak budak pegi Oxford Street, takyah la. So, pergi sana, most of kedai open at 12pm. So jalan-jalan carik Juara Panjang kak Zaina. The only kedai yg jual Juara Panjang dkt Westfield is London Luggage. On the way to London Luggage shop tu, ternampak la Zara. Fullamak, maknusia penuh gile depan tu. So macam, takde harapan la nak masuk. Syiok dah bila London Luggage bukak 11.45am. Kami adalah org kedua selepas pak arab dan mak arab itu.  Sebab dah tau k.Zaina nak apa, terus aje tanya Sale Assistant tu. Sekali dia jawap, "We don't sell Longchamp's leather here". So, mak frust noks. Terus pergi target shops kami  iaitu Zara Home and Habitat. Ye, saya nak beli barang rumah. Sekali tgk, alaa.. sale dia macam sale sebelum2 ni aje, so takde maknanye. Pastu pergi kedai favourite yg murah, iaitu Uniqlo. On the way tu nampak tu Zara dah bukak. Mataku bersinar - sinar, kelip - kelip dkt T-Bag, nak ajak masuk. Ye, mmg boleh masuk dan pilih baju, Tapi manusia huii yooo, pastu tgk queue utk bayar, tak payah la pilih. Terus laju-laju pegi Uniqlo. So dpt la habuan sorang satu, hihihi.  Lepas tu terus keluar Westfield, car park charge kena GBP5. Kire ok la kan, hepppp, jangan mengada nak darab 5.

Perut dah lapar.pergi makan dkt MSD. Nothing special la, makan nasik campur and T-Bag makan nasik ayam. Tanya T-Bag, sedap ke the chicken rice, he said dia tak dpt rasa sebab hidungnye tersumbat, Indeed, kalau hidung tersumbat walaupun lidah boleh rasa, still hilang nikmat makan weh. The best part was dpt makan Lopez the Squirrel, hehehe.

Kalau tunggu nak buat mcm Lady Leisure buat, confirm lagi 5 tahun la kan, hahaha. Lepas tu balik Travelodge, T-Bag terus makan ubat and tido while Yaya-Yayen layan movies with his mommy.

The next day bangun awal, bukak TV, tgk berita. The news kata org dah beratur dkt Harrods dari pukul 4.30am, gile!!! Ada gak reporter tu interview budak Malaysia (rasanya la). Gile laa korang, mmg gigih tahap pengsan!!! Siap-siap terus pegi MSD canteen. Ha, apakah korang ingat kami ni org kaya? Tidak, kami duk England tapi makan dkt kantin aje. Korang makan dkt restaurant best2 kat Malaysia, I jeles! Breakfast Nasi Lemak Ayam. Jumpa ramai Malaysian yg muka semangat gile nak shopping. I noticed ramai org kaya yg makan on that day. Sebab bawak bag designers, nampak macam muka Dato'/Datuk Datin aje. Seriously, orang yg ada title, dkt forehead diorg ada tulis title, wakakaka.  Semua nak isi perut before begin their own mission that day. The day before saya noticed ada aunty tu bawak paperbag besar cop Prada. Handbag ditangan adalah LV. Itu yg saya nampak la, agaknye yg saya tak nampak lagi best kot. Saya rasa macam "wahhh, ramai org Malaysia kaya-raya ghopenye sebab sanggup shopping di London". Kalau saya dah balik Malaysia, rasanya shopping dkt OU atau Aeon Tebrau pun dah abis nikmat, wakakakaka, tapi seriously, itu la yg saya rasa, best apa OU. Our mission that day was to go to Juara Panjang dkt New Bond Street. Rupanya Juara Panjang bukak at 12pm. So before that sempat gak la masuk dkt few designer shops. Tapi takde la beli. Indeed, ramai la Malaysia dijumpai di tengah jalan. Dan paperbag di tangan mereka adalah sgt menarik, I jeles u!!! Sekali masuk Juara Panjang, alamakk, diorg takde sale. So, mcm frust. Nampak AH tgh sale, tapi tak berani nak masuk, sebab takut terbeli, wakakkaka.  Balik tu singgah Zara and hanya beli baju utk future baby, aku tak pregnant,hahahaha.

Pastu terus pergi Tkmaxx dkt Leyton. Tapi frust sebab Tkmaxx dkt Leyton tidak ada barang rumah. Adagak masuk Next dkt Leyton, tapi tak lalu la beli. Sebab Next tu dah macam kena langgar garuda. Sebab tu kalau nak pegi shopping dkt Next, kalau bukak pukul 5 pagi, sile la pegi 5 pagi. Kalau pegi lepas tu, susah la nak dpt barang.  Sebab rupa kedai dah macam kedai 20sen aje selepas itu. Googled Burberry outlet shop dkt Hackney and terus pergi sana.

Sungguh seronok sebab tgk takde manusia yg beratur di luar. Masuk dalam,  tgh pilih - pilih, sekali kauuuu, tgk org queue nak bayar, kirim salam sayang aje la. T-Bag kata beratur aje la, saya kata, tak payah, esok pagi kita dtg awal, confirm takda org beratur. So, since dah checked out dari Travelodge, kami check-in pulak dkt Izza+Rozie's place. The next morning, terus pegi Burberry tu balik. Kan betol kata saya, takda org beratur pun. Tapi manusia boleh tahan gak la dalam kedai tu. Tak sampai setengah jam pun kat dalam sebab dah tau nak amek ape, terus bayar and ciao. Lepas tu terus pegi Canary Wharf shopping centre utk pergi Robert Dyas. Canary wharf shopping centre itu best la. Sebab shops dia adalah dkt underground and ntah kenapa it reminds me to OU. Plus, kalau spend gbp10 at any shops/cafes dkt situ on bank holiday or weekends, u'll get 3 hours free parking, so best! Macam biasa la kan, misi mencarik barang rumah. Tapi takde benda best pun nak beli. Boring!!! Lunch dkt Burger King lepas tu terus balik ke Bristol.

Kesimpulannya, misi sebenar utk mendapatkan barang - barang rumah adalah tidak tercapai. Lain yg nak dibeli, lain yg dpt, tapi ada aku kesahhh.. hahahahhaha.

Tamatlah kisah laju-laju wrestling di London.
Photobucket

10 comments:

Ribbon Clown said...

ala..patut aku pesan AH kat ko kan.. sale lagik tak skang nih..alah ko dah balik Bristol dah pun hehehe..

Cik Lurpak said...

Pe'jah: mmg tgh sale.. hihihi.. malang buat dirimu.. lenkali ek?

Ribbon Clown said...

next time ah.. before ko balik msia, mesti kena kirim.. hehehe

Cik Lurpak said...

ok babe! sile bukak AH nye website selalu.. study dia nye catalogue ok.. hehehe

afendi ariff said...

sggh gigih ko bwk yaya ber'boxing'...heh!

Cik Lurpak said...

Afendi: Bro, kalau ko nak tlg jaga anak aku masa aku shopping, boleh aje, nanti aku upah tshirt heheheh

aliaaroslan said...

memang gigih kak!

DeLancrettLurpak said...

Aliaa: hehehe.. letih la aliaa oi.. nasib baik muda lagi, wakakak

Lady of Leisure said...

dok sana kalau dapat makan traditional malay delicacy like kuih lopes ni memang best kan.. btw masa i buat entry lopes ni ramai sebut Lopez the Squirrel hihi.. cam comel la pulak nama tu.. :D

DeLancrettLurpak said...

LL: sebenarnya, nak buat kuih ni senang kan.. but then again, kalau org lain buat, laaaagi sedap.. hehehehe...

Related Posts with Thumbnails