Monday, 1 November 2010

Tomatoman

Korang still ingat cerita kartun tomatoman?
Aku ingat lagi lagu dia..
Ni version aku..
"Tomato mato mato Tomato matak
Tomato tei e ke u
Tomato mannn.."
Tah hapa hapa la yg aku sebut..
Belasah aje, janji tune adalah betol..
hehehhe

Hari ni aku masak nasi tomato untuk dinner. Aku makan apple saja for lunch because breakfast tu dah makan mee ladna. Nasi tomato dengan ayam masak merah dan popadom. Kalau ada acar dgn dalca mmg heaven lahh. Tapi sapa lah nak makan kalu beria-ria benor kome memasak, kan? Kalau untuk aku, ini pun dah cukup bagus dahh.
Ini adalah recipe bagi nasi tomato dan ayam masak merah yg menjadi sedap di tekak ku ini.

NASI TOMATO
Ingredients (utk 2-3 org makan)
Satu setengah pot beras basmathi dibasuh bersih, dan ditapis.
1 kiub ayam
4 ulas bawang merah *dikisar
2 ulas bawah putih *dikisar
setengah inci halia *dikisar
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
3 biji pelaga
3 sudu tomato puree.
2 sudu minyak ghee
1 sudu butter lurpak
2 setengah pot air
Garam

Method:
1. Panaskan kuali. Masukkan minyak ghee dan butter.
2. Masukkan bahan kisar, kulit kayu manis, buah pelaga serta bunga lawang dan biarkan sampai wangi.
3. Masukkan tomato puree. Kacau dan biar 2-3 minute.
4. Masukkan kiub ayam.
5. Masukkan air serta garam dan biar sehingga mendidih,
6. Letakkan beras dalam periuk letrik dan masukkan bahan yg sudah mendidih itu ke dalam periuk letrik. Tekan butang cook ye.

AYAM MASAK MERAH
Ingredients:
1. 10 ketul ayam yg dilumur kunyit dan garam kemudian digoreng.
2. 5 ulas bawang merah *dikisar
3. 2 ulas bawang putih  *dikisar
4. Setengah inci halia  *dikisar
5. 3 sudu cili kering yg telah dikisar.
6. 3 sudu tomato puree
7. setengah cawan air 
8. 1 biji bawang besar dipotong bulat.
9. sesudu gula
10. garam secukupnya

Method:
1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bahan kisar dan biar sehingga wangi.
3. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili itu masak.
4. Masukkan tomato puree, kacau dan biar 2-3 minutes.
5. Masukkan air, garam dan gula.
6. Masukkan ayam dan kacau rata.
7. Masukkan bawang besar, kacau dan siap!



Ni Mrkamahkamah punye.
Hanya setengah cawan nasi.
Mula-mula dia tok se makan. Sebab dia nak makan papadom aje.
Tapi setelah macam-macam tactic ugutan diberi, dia pun makan.
Habis la nasik tu.


Misi minggu ini adalah mengosongkan freezer sebab this weekend nak pegi top-up isi freezer. 
Kalau freezer nak kena kosongkan, maknanye perut le kena dipenuhkan.
Takkan ke tong sampah pulak kannnnn.

Haish, makan aje kerojenye yee!!!

Photobucket

14 comments:

kucingorengemok said...

freezer kita macam dah takde isi, tapi penuh semacam, tah isi apa tah

Lady of Leisure said...

hehe butter lurpak tak leh tinggal kan.. sedapnya nasi tomatooo...

somuffins said...

CL
Kita dah katam 3 entries terlatest dan komenG sekali. Kita kan sker komenG2? haha..

Niway, I tak pernah masak AMM (kegemaran KOG).. rasa cam leceh sbb kena gor ayam dulu (how rajin can i be?). Sepinggan yg u makan tu dah ok untuk I tapi I kena gak masak sthing berkuah untuk tekak anjer, auwww..

Ms.Lilies said...

aku kalo buat nasi ni pun xdo acarnya...xde sapa nk mkn..

why la mau menyusahkan diri ye dak?
:))

Faizal n Fashitah said...

Kamek layap nangga ayam masak mirah yaa nyammm *guLPp!* ...

Cik Lurpak said...

KOG: Petiais KOG banyak harta karun.. kalau dah kaya, jgn lupa 5% yek.. hehehe

Cik Lurpak said...

LL: kalau letak butter, nasik jadik lembut aje... hehehe.. nasi tomato mmg sedap!

Cik Lurpak said...

CikSom: qada' comment eh? hehehe.. mesti weekends tak sempat masuk, busy jadik supir ke?

Tu la, kalau ada dalca mmg sedap laa.. tapi sape pulak nak masak kan, i malas, heheheh

Cik Lurpak said...

Kak Mimi: ntahnye, balik2 ayam jugek yg abis.. acar tu karang masuk petiais.. tu yg malas.. hehhehe

Cik Lurpak said...

Faizal: oh nang nyaman aieee.. apa lagik, gi carik sepinggan nasi tomato nun.. hehehhe

Ribbon Clown said...

aku tade Ghee aa kat umah, klu tak aku dah wat nasik tomatoman ni dah.. aku slaluu tak re-stok Ghee.. hmm

Cik Lurpak said...

huih, sedappp pe'jah.. gi kedai cepat!

Ribbon Clown said...

dah2x..aku dah wat nasik tomato pki resepi ko.. lawan ng ayam masak merah resepi ko and dalca daging.. sedap sgt2.. tengkiuu2x

Cik Lurpak said...

perhh..siap ada dalca daging tu, tak menahan sungguh aku dengo.. heheheh.. kalau ada acar pe'jah, ko buleh jual tau!.. hehehe

Related Posts with Thumbnails