Saturday, 20 November 2010

Pape Asal Bergaye!

Situasi 1:  Seorang mamat pakai kereta yang itu**. Pakai jeans, polo shirt dan sandal. Brand baju tak nampak la kan. Nampak kemas dan bersih. Nampak confident.

Situasi 2: Seorang mamat pakai kereta yg itu juga**. Pakai t-shirt pagoda dgn selipar japang. Muka macam kudus gile.

** Kereta yg itu merujuk kepada kereta yg org Malaysia mmg kagum gile. Tak mainla brand Japang. Tak, saya bukan ckp pasal Bentley atau Maserati. Alaa, Merc and BMW je pun.

Orang kampung saya kata mamat dalam situasi 1 tu berlagak and yg mamat dalam situasi 2 tu, humble, baik dan ayat yg sama je yg keluar " eh nampak biase je kan, tapi pakai merc tuuuu".

Saya takkkk.
Saya kata mamat dalam situasi 2 tu dalam keadaan biar pape asal bergaya.
Ye, mmg, bagi saya first impression itu penting. 
Kalau tak pakai baju mahal sekali pun, pakai la baju kemas-kemas.
Tak kira la ko bawak kereta apa sekalipun, pakaian mesti jaga.
Tak yah berpop-up collar kalau dah tua, get it!


You can buy IPhone 4 or Chanel Classic Flap Bag but you can't buy awesomeness people!!!



Nah amik marble cake ni. Sedappppp dan senang gile nak buat. Amik recipe ni kat myresipi. Tapi bila nak copy balik nak letak sini, myresipi tak leh bukak pulak. Lenkali saya update recipe dia.


Yg ni dah siap potong. Menyesal ok buat half batter. Osah sodap eh!

Update Recipe ~sumber kimin_03, thanks :) 

Ingredients
250gm mentega
230gm gula kastor
250gm tepung naik sendiri / tepung kek (self raising flour)
6 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
2-3 sudu besar serbuk koko (diayak)

Cara-cara
1. Ayak tepung naik sendiri dan ketepikan. Pukul mentega dengan gula kastor hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga rata setiap kali telur dimasukkan. Masukkan esen vanila.
3. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan kacau rata setiap kali dimasukkan.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan serbuk koko kepada satu bahagian tadi dan kacau rata.
5. Sediakan loyang / acuan yang telah disapu mentega / marjerin di sekelilingnya dan ditabur sedikit tepung gandum untuk elakkan kek melekat apabila masak.
6. Masukkan adunan warna asal berselang-seli dengan warna coklat ke dalam loyang / acuan. Bakar pada suhu 170°C selama 45 minit hingga 1 jam.


Photobucket

8 comments:

aliaaroslan said...

kebersihan dan kekemasan sebahagian dari imannn...

Cik Lurpak said...

Aliaa: Tepatttt!!!

somuffins said...

CL
Alang2 dah bawak kereta terer, perlulah jaga penampilan sket, ya tak??

I difahamkan setiap orang yg dah duduk diluar negeri, diorang dapat AP untuk beli n bawak balik kereta balik 'kampong'. Betul ke?

BTW, I sker kek marble!!

kucingorengemok said...

budi bahasa patutnya jadi ukuran, kereta & pakaian no2

saya pakai kereta lom abis bayar, tapi saya bersopan santun di jalan raya, hihi (ada kena mengena?)

DrSinga said...

kek ni mak masak ke ...anak yang masak ni.....???!!!

Cik Lurpak said...

CikSom: Iye, btol.. mmg boleh bawak satu kereta balik Malaysia sebab AP diberi free.. cuma sediakan la duit tax.. Tapi Gomen dah makin ganas, tax pun dia naik sikit.. ampeh aje..

Cik Lurpak said...

KOG: Adaaaaa, sapa kata takde.. kalau tak abis bayo, mmg kena bersopan santun.. kang dah tercalar sikit, dah tak laku nak tolak kedai.. heheheh

Cik Lurpak said...

Ibusinga: Marble cake adalah air tangan saya yg kudus laaa... heheheh

Related Posts with Thumbnails