Thursday, 21 October 2010

Tag Makanan

Tag makanan ini dicipta oleh 


1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
Soto nasi siap begedil, begedil banyak kentang tak aci, ok!
Salmon sashimi dgn wasabi banyak2 sampai asap keluar kat idung.
Lamb chop dgn black pepper gravy. Ada mashed potato and salad without capsicum. Tak nak share ok! Kalu nak,  beli sendiri!

2. Dua jenis air apa yang paling korang suka? 
Teh C peng special dan mocha frappucino with cream please.

3. Which type of food yg korang prefer, pilih 3 sajo : Malay, Indian, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian.
Malay, Japanese and Western

4. Apa makanan yg korang paling expert masak? Dalam kata yg lain, takyah tgk resepi tapi at the same time bile org lain rasa, org akan kata "wahhh, gila sedap".
Kari ayam/kambing.

5. Semahal mana korang pernah bayar untuk makanan korang?
RM240++ untuk 2 main course for adults, 1 kid menu, 2 mocktails and 1 coke. Gile btol TGIF Dubai!!!

6. Beri nama restoran favourite. Apa makanan kat situ yg paling sedap?
The Bridge. Dah tutup dah pun restoren itu. Lamb chop yg heaven!!!

7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak-wak, rusa, landak, merpati, ayam denak. Mana satu yg korang suka?Kalau korang ada suka yg lain, tapi aku tak list, bgtau aje la.
Kambing

8. Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda? Dan makan/minum apa? Kalau korang ingatlah kannn.
Coffee Bean dan semestinya mocha frappe.

9. Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?Kenapa?
Telur rebus. Itu je yg dia pandai buat kalau dia lapar selain dari maggi.

10. Kalau pegi rumah orang, korang selalu berharap orang tu selalu hidang apa?
Hidang benda remeh temeh la yg aku tak kuasa nak masak. Cthnye laksa sarawak. Siap ada daun ketumbar, sambal belacan, limau, telur, udang dan ayam carik. Cer ckp sapa rajin nak carik ayam halus-halus? Tak kuasa mak noks!

11. Makanan yg korang mmg tak buleh nak telan langsung. Samada tak sedap atau tekak korang dah kembang.
Raw oyster. Hanyir doh!

12. Menu raya paling disukai.
Nasi impit, kuah kacang, kari kambing dan paru berlada. Gaul rata. Oh sedap hoh!

13. Jajan/Cikedis favourite?
Coklat la.

14. Beri dua makanan yg mak korang masak yang korang suka?
Ikan dgn terung masak hijau. Aku taktau apa jenis masakan ni. Masa aku pregnant, aku mengidam lauk ni. Tak silap aku mak aku letak coarse black pepper. Kalau nak tau, datang umah mak aku. Hahahahha. 

Satu lagi karipap daging meletop!!! Mak aku selalu buat 40-50 keping sekali buat untuk family bersaiz 6. Takde maknanye nak masuk freezer. Masa tu gak abis. Dan karipap mak aku bukan jenis kecik comel lote. 3/4 jengkal jari aku jugak la. Hoih, lazat!

15. Makanan paling pedas korang makan? Sapa masak?
Sambal kupang. Mak long masak. Mmg confirm tercabut lidah!

16.Korang kalau jumpe org yg tag korang ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja?
Aku yg cipta tag ni, aku belanja diri aku makan sushi laa.. hahahahahah.

17. Sile tag 5 orang dan paksa mereka buat tag ini.
Saya tag orang yg selalu ckp pasal makanan ye. 
Kucingorengemok, bukan kucing goreng ok!!! (Kite la yg google kucing goreng ituuuu).

Photobucket

8 comments:

somuffins said...

CL
op..op..op (orang dulu2 cakap omputih short form yg bermakna stOP).

Blog kita ada cakap pasal makanan eh?? Hehe, tak perasan plak sbb kita tak bubuh resipi pun (cari jalan nak mengelat nih).

Lady of Leisure said...

huwaaaaaaaa... i like this tag so much sebab i kuat makan.. sambil baca i dok doa mintak la tag ni kene kat i.. hehe.. tq so much dear.. semangat nak buat malam ni.. :D tq tq tq..

julie^beth said...

tercabut lidah? pergh, tokleh bayang kepedasan tahap dewa..

Cik Lurpak said...

CikSom: Ingat tak saya tanya ciksom recipe SamTum dulu? Saya ingat ciksom buat Somtam Thai tu.. heheheh..

tak kire! ciksom buat saya terliur nak makan murtabak hari tu tauuu!!!

Cik Lurpak said...

LoL: I dah set kat kepala, tag ni mesti kena kat u.. sebab u mmg suka tag makanan, macam i.. heheheh.. cepat buat, i nak baca .. heheheh

Cik Lurpak said...

Aliaa: Lepas makan sambal kupang yg tahap kepedasan mencapai aras dewata itu, akak rasa menyesal.. rasa nak menangis pun.. masa makan tu rasa, takyah dah la makan cili untuk sepuluh tahun.. mmg pedas giloss!!!

Lady Arween said...

Yess..new task 4 me...blh la..i ngarut2 lak

Cik Lurpak said...

LA: sile buat! kalau buleh, mengarut lebih2 sikit ye.. heheheh

Related Posts with Thumbnails