Wednesday, 20 October 2010

PRA vs PRT

Wah, suke la kann, ada option nak gantikan pembantu rumah asing  (PRA) dgn pembantu rumah tempatan (PRT). Meh la kita buat comparison antara PRA dan PRT ni.

PRA : Modal RM4000. Aku rasa macam murah. Makcik aku kena rm6000 lah. Dari bayar passport, visa, agent, transport, semua lah ko bayar kan.
PRT: Okla bayarkan tambang bas pastu bayar agent. Tak sampai pun RM4000.

PRA: Gajinya paling koman RM400 kan?
PRT: Hoih, currency sama maa, bayar gaji RM1000.

PRA: Cuti maybe sebulan sekali dua. Itupun sebab nak join gossip dgn PRA kawasan kejiranan.
PRT : Maybe setiap kali public holiday dia akan pulang kampung. Biarpun kita ni sibuk dan memerlukan khidmatnya di kala public holiday. Belum lagi campur cuti hari sabtu dan ahad.

PRA: Lagi senang nak kontrol pergaulan. Rata-rata yg dtg kurang pengetahuan tentang internet kannn.
PRT:  Facebook diujung jari. Takkan pulak kau nak monitor kawan mana yg dia add kannn?

PRA: Masalah menipu kata nak balik  kampung kejap aje, nak tgk adik sakit. Sekali kau, dah taknak balik. Takkan ko nak meroyan pegi ke sana kan?
PRT: Sudah tahu kampung dimana, telefon pun ada, apa-apa masalah boleh discuss gitu.

PRA: Lari dari rumah kau. Mana kau nak carik? Report jek la kat balai.Pastu gigit jari la.
PRT : Report dkt balai. Balai pun carik. Tapi takut pulak dia dilarikan jejaka Lombok, auwww!!!

PRA: Potensi untuk menjadi bini no-2 adalah rendah.
PRT: Potensi untuk jadi bini no-2 adalah tinggi.

PRA: Lauk adalah nasi padang, kot pandai masak.
PRT:  Kalau tak pandai masak asam pedas, siapp!!!

Tugas pembantu rumah ni besar. Bersediakah budak 18tahun nak pikul tanggungjawab ini? 18tahun weh, masih terkinja-kinja and tergedik-gedik nak keluar dgn kawan, balas sms sampai pukul 2-3 pagi. Sanggup ke diorg bangun seawal 5.30pagi?

Betol kata T-Bag. Pembantu rumah ni besar skop kerjanya. Dr ke dapur sampai ke anak la. Kalau dpt bos kejam, tghari buta panas terik suruh basuh kereta (saya dah tgk dah bos kejam ni, buhnguk!). So bila nak jaga anak bos tu 3-4 org, macam ilang fokus la pulak sebab nak masak bagai. So, apa kata variety kan skop kejanya, maksudnya kalau setakat bayar banyak ni, tugasnya hanyalah buat ini, kalau bayar banyak itu, tugasnya buat yg itu.

Mmg baik la cadangan FELDA kan nak wujudkan jawatan mcm ni. Nama pun abis glamer dah, pengurus rumah tangga gitu. Tapi rasanya perkenalkan sistem percubaan. Cuba kerja 1 bulan. Kalau pengurus rumah tangga itu sukses, lanjutkan ke 3 bulan. Dah sukses, barula sign MOU. Dalam MOU kena la ckp berapa banyak hari ko cuti, gaji kau banyak ni, kena ckp hak pembantu dr segi aspek menjawab telefon peribadi, benda kecik2 mcm ni la kadang2 diorg ambik kesempatan. Kita sebagai majikan, jangan pulak amik kesempatan, dah tertera dalam MOU masa kerja is sekian sekian. Jgn la melampau kan. Kalau hari sebelum tu dia bekerja sampai lewat malam, benarkan dia berehat pada esok hari. Tapi semua ni kena explain, tak buleh main paham menggunakan telepathy.


Apa-apa pun konsep nye begini.
Kau tak suke org buat kau mcm tu, kau jgn la buat kat org lain, kannnn?
Ape? Macam aku taktau korang selalu kutuk bos korang sebab bos korang bitchy?
Adakah kau ingin PRT kau gi tepon ketua kampung kau dan mengumpat kau lalu menuduh kau bitchy?

Photobucket

6 comments:

Ms.Lilies said...

Kat philippines kan keje pembantu rumah diorg buat as kerjaya...ada universiti utk maid ko...that's y la gaji diorg mahal

Faizal n Fashitah said...

Maid ninek kepada kawan kamek bes agik. Masa mek memula dtg umah ya.. mek mikir jak cousin kepada kawan kamek. Check2 duhal maid nineknya. Dah la jenis Endon kacak n seksi perghhhh ehehe..

Cik Lurpak said...

K.Mimi: mmg pun, maid philipino yg keja dekat UK ni mmg banyak duit, nak2 pulak keja dgn pak arab, perhh!!! masyuk!!!

Cik Lurpak said...

Faizal: maid SIL kmk ri ya pandei indah berlagu, muka nang bersih la, suara nang bagus juak, nya padah abis contract kerja maid ya, nya mok jadik penyanyi.. heheheh

Ribbon Clown said...

haha dah ade like button.. bravo!

ape kes ko like artikel ko sendri ;p

Cik Lurpak said...

hehehe.pe'jah, kalau takde org yg like article aku, sapa la lagi nak like.. hahahahah

Related Posts with Thumbnails