Saturday, 2 October 2010

Kanak-kanak 2: Stop Child Abuse

unicef

Baiklah, dalam Kanak-Kanak 1, aku ckp pasal org buang bayi,aku confirm budak yg buang bayi tu takde masa nak belek blog, sebab dia busy. Yelah nervous tu membuatkan kite busy. Nak make sure ada alibi lagi, ko ingat senang?

Korang penah kena tibai? Aku? Selaluuuu.. Abah aku senang, pakai tali pinggang. Zapppp, oh sedap!  Tapi abah and mak aku tak penah tampor aku. Cikgu biology aku ckp, kesan tamparan adalah kemungkinan saraf2 di muka kita terputus. Masa darjah 6, aku selalu gak kena tampor dgn cikgu kelas, sebab jawapanku ada yg salah dalam congak yg dia bagi pepagi before dia start ngajar. Satu salah, satu tamparan wanita. Kalau dah bengap sgt, dpt la 10 kali tamparan wanita, sebab tetiap hari dia bagi 10 soalan. So, aku phobia pegi kelas, siap nangis-nangis. Mak aku kan over the top, complaint dkt guru besar, pastu cikgu tu berenti tampor aku. Tapi dia guna cara physco, main perli-perli. Itu another story, nasib baik aku dpt 4A. Kat sekolah MARA Jolobu, aku kena rotan dikhalayak ramai oleh aruah cikgu Sufian. Sebabnya aku bising gaduh dgn bebudak ni pasal soalan Math, ok fine, saya nerd! Semuanya budak laki yg kena rotan kecuali aku. Berbirat hijau ok betis aku. Seminggu tak ilang. Tapi aku mmg tak malu, sebab bukan buat benda yg tak senonoh. Aku buleh pegi makan dkt DS lagi lepas tu. Pastu kena rotan dgn Ustazah Fatimah sebab ada budak tak nak ngaku baju dia direndam sampai berkulat dan berbau macam haram tu dia punya. So mangsanya, adalah ketua blok iaitu aku, crap! Itu aku namakan pukulan yg mengajar aku jadik manusia. Mmg sedih masa kena pukul tapi takde la sampai trauma kan.

Yg ni ape kejadah pukul budak sampai separa mati, dan ada yg meninggal pun, al-fatihah untuk mangsa. Bukan budak tu tau nak balas. Suka suki je nak pukul. Kau ingat ko power la. Kalau nak pukul memukul, masuk la fight club. Carik la lawan yg sesuai. Kalau mangsa dera yg masih hidup tu, confirm hidup dalam trauma. Ye la, dah kalau yg pukul budak tu adalah mak pak dia sendiri, macamana dia nak percaya orang lain, kalau org yg sepatutnya provide safety dah macam gitu. Huih, kalau pikir consequence akibat dera pada mangsa dera itu sangatlah besar weh. 

Aku paham. Kalau jadik parents di usia yg muda ni, kita punye amarah tu belum boleh dikawal. Anak muntah, kita marah. Anak conteng dinding kita marah. Anak tak makan abis nasik, kita marah. Semua benda nak marah. Kita pikir kite punye masalah punya la banyak, anak pulak nak tambah masalah remeh temeh macam gitu. Jangan begitu dek non. Itu namanya cobaaaaaannn!!!  Aku pun selalu gak hangin dgn Mrkamahkamah. Mmg aku pukul kaki dia guna tapak tangan aku. Tapi aku tak pukul tempat lain, takut jadik apa-apa, anak aku gak. Abah aku pesan, bila kite dah hampir lose temper, tarik nafas, selawat. Buat sampai tenang, takde rasa gelodak dijiwa gitu. 

Ni kes cucuk dgn cigarette's butt, tonyoh dgn seterika, pijak dgn butt bola, tak bagi makan, tumbuk lagi. Mari sini, aku buat semua benda tu kat ko dan ko tak leh balas. Hanya boleh nangis, ko nak? Sebenarnya kite ni hilang akal masa kita buat marah2 tu. Masa dia dera tu, mestilah shaiton masuk ke dalam bdn, tu yg pukulan ala2 kungfu dia bagi dkt mangsa2. Jgn ko nak salahkan shaiton, diri sendiri mau ingat sebab kita adalah boss pada diri sendiri, bukannye shaitonirrajim. Dah tau nak marah, masok bilik lain. Marah sorang2, jgn lepas kat budak kecik. Tapi kalau rasa kena masok kelas anger management, mengaku aje lah. Org kita ni selalu macam ni, asal ada masalah psychology, padahal depress jek pun, terus cop gila. Tu yg org takut nak ngaku kan. Pastu tak dpt nak treat anger dia tu, pastu apa lagi pukul anak, pukul bini and pukul laki (erk, ada ke? pukulan manja adalah kot, erk getiks!) 

Akhir kata, sila dgr lagu ni, lagu yg dulu org selalu pasang untuk ingatkan pada kita jangan mendera. Dan kalau bebetol lu bengang and marah, sile masok fight club!


Photobucket

4 comments:

ayam said...

somebody's gonna get a-hurt .. real bad!

Cik Lurpak said...

Be a man!!!

nottingham said...

lurpak, kesimpulannya dari penampar dan rotan tu jadikan kita lebih berjaya tak? atau menjadikan kita lebih rebellious. hmmmm atau terasa nak cipta resepi baru?

Cik Lurpak said...

kesimpulannya, tamparan wanita dan pukulan tu mengajar kita berfikir sebelum buat apa2... maybe sebab setiap pukulan dtg dengan reason yg sesuai dan pukulan itu tidaklah melampau mana.. bukan sebab saja2 nak pukul.. kalau saja-saja nak pukul dan berserta kecederaan, harus jadik rebellious.

Related Posts with Thumbnails