Sunday, 10 October 2010

Kambing, Nama Mu teratas!!!

Sapa-sapa yg dah lama kenal saya sure tahu yang saya mmg gila kambing.
Bukan la saya gila-gilakan kambing sampai mengembek dan bau pun mcm kambing, taaakkk!!
Saya mmg suka makan kambing.


Masa dah pegang duit sendiri di UTM, pulak tu dah pegang kereta sendiri, saya dgn T-Bag mmg akan pekena nasik beriani kambing Hameed di City Square setiap minggu tanpa jemu. Makna kata dari size 8 saya berjaya masuk ke saiz 12 dgn hebatnya, hasil dr penat lelah saya driving dr Skudai ke JB setiap minggu. Addict betol dgn nasi beriani kambing tu. Tapi dgr kata  kedai tu dah totop dan nasib baik saya dah pindah ke Kuching, kalau tak saya dah buat piket kecil-kecilan bantah penutupan kedai tersebut.


Masa jamuan raya MCB 2 minggu sudah, diorg buat daging kambing aqiqah tu masak hitam, which was beyond imagination kesedapannya. Saya masih terbayang-bayang pagi tadi. Terus saya korek peti ais carik daging kambing. Jgn pulak korang imagine saya korek peti ais sambil berkemban gaya ziela jalil dalam cerita hantu dolu-dolu tu pastu makan daging mentah tu, euwww!!! Saya defrostkan daging tersebut sebelum keluar pegi Asda carik kambing lagi nak buat panggang, kambing mince utk buat spagetti bila angin malas saya melanda dan sausage utk Mrkamakahkamah. After that terus pegi open house Yan di Hengrove. Yan masak nasi beriani ke nasi daging, i confuse, plus ada laksa penang plus ada tiramisu. Nyam nyam. I ate them all. Dah sudah makan, borak-borak dgn kakak-kakak yg lain, ye saya perasan muda. hehehehe. Lepas tu Yan bawak keluar daging kambing panggang, which was gila sedap terangkat!!! Ambek nak description aku. Nak makan lagi tapi perut rasa gatal. Agaknya perut nak membesar lagi, tanda-tandanya gatal. Saya rasa la. Terus tak berani amek daging kambing itu.

Balik rumah sambil terbayang daging kambing panggang itu. Saya melepaskan kemarahan saya sebab tak makan beria-ria dgn memasak daging masak hitam ni. Ini adalah resepi mudah yg saya dapat dr blog ini. Terima kasih ye Pak Long. Disebabkan saya mmg tak suke beli kicap masin, saya gantikan dgn oyster sauce.

Ingredients
1 kg daging kambing dipotong dadu
1 btg Kayu manis
3 biji Bunga Lawang
5 biji Buah Pelaga
5 biji Bunga Cengkih
1 biji Bawang besar (dikisar)
7 biji Bawang merah (dikisar)
1/2 inci Halia (dikisar)
2 s/besar Serbuk kari
30 g Cili Kering (dikisar)
2 cawan Kicap manis
2 cawan Kicap masin/sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 cawan Kismis (dikisar)
1 s/besar Minyak sapi
Minyak masak
Air

Method:
1.Panaskan minyak masak. Masukkan rempah ratus (kayu manis, bunga lawang, buah belaga dan bunga cengkih). Masak sehingga naik bau
2.Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (bebawang dan halia). Masak sehingga naik bau
3.Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masak kari sehingga naik minyak. Sekiranya belum naik minyak, tambah air.
4.Masukkan cili dan masak sehingga naik minyak.
5.Masukkan daging dan gaul. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.
6.Masukkan kicap manis dan masin.
7.Bubuh garam dan gula secukup rasa.
8.Bila dah agak empuk, masukkan kismis. Masak lagi selama 20 minit.
9.Tutup api dan masukkan minyak sapi. Gaul sehingga sebati.

Terimalah......
Kambing masak hitam meletop!! Esok lusa saya confirm dah boleh masak untuk kenduri. Oh perasan!

Sebenornya nak suap Mrkamahkamah lauk ini dgn nasi. Tapi disebabkan otakku yg berserabut, nasik pun lupa masak. So maknya makan dulula, anak kena tunggu sebab nasik baru ditekan suis cook. Tapi ini adalah marvellousssss!!!  Esok leh makan lagi sebab ada baanyaaaak lagi. Yeay!!



Kambing, namamu mmg teratas la!!!

Photobucket

9 comments:

zarin said...

babe! i amik resepi ni sebab i pun suka gilossss makan kambing tapi tak reti reti nak masak sendiri hikhik kalau setakat kambing grill tu boleh lah belasah je tapi kambing gulai ke kambing masak hitam ke tk pernah ku try

Faizal n Fashitah said...

Uishhh kambin eh!.. nang feveret kamek ya aihhh. Dalam sbulan, sik sah mun sik makan kambin huhu XD

Ribbon Clown said...

aku suka masak daging masak itam ni..dekat nak sama ng resepi daging kicap manis, tp ko add kari..nati aku try..aku ade sket gile ng masakan hitam2 ni.. maklumlaah akukan beyonce ;p

Cik Lurpak said...

Zarin: cuba la buat.. dagingnya dah abis, tapi kuahnya ada lagi, i buat cicah dgn roti, sedap betol la.. maybe sebab kismis tu kot..

Cik Lurpak said...

Faizal : Kari kambeng nyaman di Bombay Masala branch Satok.. branch nok lain sik berapa kick..

Cik Lurpak said...

Pe'jah: waaa, matikla beyonce kan..aku adalah Salma hayek.. hehehehe

afendi ariff said...

aku pun suka kamben....
& aku pun tak mengembek...
hekkkk...

Cik Lurpak said...

Afendi: haha..sorang lagi hantu kamben.. ko selalu makan kamben kat mana bro?

Ayu said...

Ok mlmni daging kambing masak hitam akan landing atas meja makan saya. :p

Related Posts with Thumbnails