Wednesday, 6 October 2010

Hantu Mee!!!

Dolu-dolu punya cerita hantu, mesti ada part manusia kena tipu dgn shaiton, pastu makan mee, sekali tgk rupanya makan cacing, euwww!!!

Aku bukan nak cerita pasal hantu.
Aku ni haa suka gilos dgn mee lately.
Kejap kang Mee Kari.
Kang Mee Hailam.
Pastu Laksa sarawak.
Semalam Tom Yum Goong Noodle Soup
Pastu Mee Ladna.

Tom yum goong ni kami makan dkt HK Diner.

Sedaaappp!! Tapi mane leh lawan Mango Tree Restaurant kannn? Tapi bulehla mengubat duka di kala rindu untuk kurang daripada 365 hari duduk di negeri Hengland ni . Kami order seafood fried rice juga, Mrkamahkamah sangat suka, makan sampai sendawa, ish ish ish. Dkt HK Diner ada jual Bubble Tea, pun sedap. T-Bag order cendol, tapi takde cendol, korang paham tak? takde benda hijau tu, rasanye adalah macam gula-gula kelapa yg macam dalam gambar ni, so tak feel ok!



Ni recipe mee ladna. Mrkamahkamah suka sgt makan sebab ada sausage. Abis semangkuk! Ni version aku la kan.. version tak de tomato, daging ada la 10 ulas, yg lebihnya adalah prawn ball, sotong ball and a lot of sausages.

Ingredients:
Sebungkus mee kuning
Prawn ball
Cuttlefish ball
Sausage
Daging
Sawi
Red pepper
Carrot
1 biji telur
1 kiub ayam
Beberapa sudu corn flour - dibancuh dgn air
Black pepper powder
3 cawan air
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis 
1 sudu besar kicap mee/cooking caramel
Garam
Bawang putih *
Bawang merah *
Halia *

*diracik halus, kalau malas melanda, blend sajo.

Method:
1. Panaskan non stick wok. Masukkan mee kuning. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap mee/cooking caramel. Gaul rata sampai agak kering. Pindahkan ke dalam mangkuk. Macam ni ha..

2. Dalam kuali yg sama, panaskan minyak.
3. Tumis bahan yg diracik sehingga wangi.
4. Masukkan daging. Gaul rata dan biar 2 minutes.
5. Masukkan air, secubit black pepper powder dan kiub ayam, biarkan sehingga mendidih.
6. Bila sudah mendidih, masukkan sausages, prawn and cuttlefish ball.
7. Biarkan mendidih sekali lagi, masukkan sawi, red pepper, carrot, telur dan garam. Dalam kata yg lain, ko masuk la semua sayur mayur dlm peti ais ko tu. Kacau supaya telur tidak mengeras.
8. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan pekat, siap!!!

Lepas tu, makan laa kann...Layan pulak dengan cili padi + kicap...perhhhh!!! Mrkamahkamah panggil pun, aku cakap "u say what?" tapi tak angkat muka dr mangkuk, meletopss!!! Sian anak aku, rupanya mintak tambah lagi.. hehehheeh. Ini adalah version tanpa telur, tgh makan baru ingat lupa letak telur, hehehe.



Kalau nak sgt layan cerita hantu, ha layan cerita ni ha.. aku tak tau aa best ke tak.

Photobucket

12 comments:

Faizal n Fashitah said...

Ya duhal nama mi ladna. Plek namanya hoh. Mula2 mek baca tek, tang kedak2 bunyi 'mi laknat' ndah eheh

kucingorengemok said...

apa lak dulu², movie puaka niang rapik baru ni pun ada scene camtu, hehe... tapi efek tengok masa kecik lagi takut!

Ribbon Clown said...

aku sama cam yaya.. suka hot dog.. sep yaya sep.. he he

~emma~ said...

salam..sy follow blog awk, suke blog masak2 nie..:)

Cik Lurpak said...

Faizal and Fashitah: Yalah, nebes juak mun order di kedey nak o, "pakcik, mee ladna sigek".. sak jak pakcik tukang amik order padah " apaaaa!!! kau padah aku laknat!!! kau tek piki kau kacak kah? ehhehehe

Cik Lurpak said...

KOG: errkk, KOG tgk ke puaka niang rapik? takut tak? effect cerita dulu mmg takut.. tapi kadang2 macam lawak gile.. hahahah

Cik Lurpak said...

Pe'jah: yaya adalah pelik, bile aku tunjuk sausages, dia ckp "yaya not like"... tapi bile makan, mak oi, tak tinggal sikit utk aku, bertuah betol!!!

Cik Lurpak said...

emma: hehehe, blog saya ni blog masak sambil menceceh.. hehehehe

afendi ariff said...

agak2 seram ke hantu kek tu?
heh!

nottingham said...

lurpak, mana nak cari mee kuning kat sini? tak jumpa pun. pakai spaghetti sama tak rasanya!!

Cik Lurpak said...

Afendi: Aku imagine hantu tu sumbat mulut dia dgn kek banyak2, ko rasa scary tak?

Cik Lurpak said...

Nottingham: Senang saja, carik di tesco, sainsbury's ataupun asda.. pegi dkt bahagian sayur mayur tu, dia mesti dekat area taugeh.. namanya egg noodle.. 3 for 2.50gbp.. murahhhh!!

Related Posts with Thumbnails