Tuesday, 12 October 2010

Clubbing

Matila aku kena kutuk dgn org sebab ajak gi clubbing..tak dek non, tak, aku nak cerita pasal kelab dan persatuan yg penah aku terpaksa join dahulukala. Sejak kita primary school, kita kena start join kelab bagai kan. Kami kat sekolah kat Sek Ren Kerajaan Gita start dr darjah 4 mesti join la persatuan ni. Aku kan semua ikut along aku, along aku masuk PBSM, aku join juge. Dptla belajar pasang anduh and kawad semua, ujung tahun dpt sijil. Siap hapal lagu "bulan sabit merah di Malaysia, giat berjasa untuk negara... ". Yg paling aku menyampahs adalah kena mintak derma, tak suka tau!!! Org bagi derma, ko bagi sticker..


Masuk Sekolah MARA Jolobu, budak form 1 and form 2 kena join 1 kelab dan 1 persatuan pakaian seragam. Aku satu sekolah dgn Along aku, ye aku psycho, ikut jek along aku pegi mana. Dari form 1 sampai form 2, aku masuk PBSM dan terpaksa jadik setiausaha Agong masa form 2. Aku tak suke tau pegang jawatan, I lemas!!! Aku ingat adegan kena "star light" dgn pakcik yg ajar kawad tu, ganas seh. Dia letak tapak tangan dia atas muka kau, pastu dia tarik jari tengah dia kuat2, ambek nak! Kesian budak2 yg koordinasi tangan dan kaki yang tak penah betol, kalau kawad mesti buruks.

Masa form 1 aku masuk kelab alam sekitar kalau tak silap aku, tak penah ada meeting, i loike! Pastu ingat nak masok kelab yg sama masa form 2 sebab rekod takde meeting, sekali tak buleh. Kena masuk kelab yg lain. Aku masok kelab ehem ehem.. Kelab Agama Islam. Takde pilihan, semua kelab sudah penuh daa...

Masuk form 4 dkt Sekolah MARA Kuantan, aku tak perasan ada tak PBSM kat sekolah tu. Masa ni aku dah besar, takyah ikut Along aku pi mana2. Along aku masuk Sekolah MARA Serting. Aku join Kadet Jabatan Pertahanan Awam.  Konsepnya macam PBSM + Pengakap. Belajar la buat CPR, pasang anduh dan pegi camping semua. Aku mmg tak suke pegi camping ni. Aku tak suke tak selesa. Confirm tak dpt tido punyalahh. Dah la kena buat owling bagai. Tak suke tau takde tempat sidai towel, nanti bau bushuk! Say no to camping!


Dkt Sekolah MARA Kuantan gak, aku join English Drama Club. Aku rasa ada lagi 2 kali je meeting. Syiok! Itupun meeting dalam bilik guru sambil cikgu kelab marking paper. Dia suruh kami practice intonasi. Itu aje, hek eleh.

Kat UTM, kena amek 2 kredit ko-kurikulum. Sapa yg sezaman dgn aku dulu, mesti ingat bagaimana panjangnye queue beratur nak register utk ko-q. Budak-budak ni beratur depan kaunter dari pukul 4 pagi. Semuanya nak masuk ko-q yg best2 macam camping la, apa la kan. Kalau tak silap, satu kelab 35 org je kot. Kalau kelab camping, korang pegi camping sekali, pastu dah abis dah silibus utk sem itu. Aku tak kuasa la nak beratur, baik aku tidor. Bangun tido, sebab bilik aku dpn pusat ko-q, aku jenguk dan tunggu sampai takde org beratur dah, pastu sebat aje la mana yg ada. So, untuk first credit aku amik Kelab Teater. Meeting every 2 weeks. Belajar la sikit berlakon. Final project kena buat pentomin untuk penghuni rumah Seri Kenangan, Larkin. Ntah hapa-hapa la yg aku berlakon, aku pun tak ingat dah. Second kredit adalah kelab penulisan skrip. Gila kritikal la kelab ni! Kena masuk kelas and ada exam!! Gilos!!! Belasah aje la asalkan dpt B dan ke atas. Pastu kena organize Malam Apresiasi Filem. Kami jemput semua student2 dan 3 org penulis skrip tersohor di Malaysia, pastu pasang cerita Leftenan Adnan. Lepas tu ada la sesi soal jawab semua. Aku pun tak paham sebenarnya apa yg berlaku. Yg aku TAHU, ada sesi makan-makan selepas itu. Hahahahah.

Apa pasal aku cerita pasal club. Tetiba jek aku teringat pasal club. Aku tak suke club DAN tak suke pegang jawatan. Tapi kalau tak join club ni, org kata potensi nak masuk sekolah asrama and universiti adalah tipis, betol  ke?

Ada org suka club.Ada yg suka sebab buleh jadik ketua. Buleh arah2 org. Feeling2 bos. Bagusla kan, kalau dah besar nanti ada pengalaman la kan. Masa kat sekolah MARA Kuantan, aku kena paksa pegang macam2 jawatan. Aku tak suke ok! Aku suke dok diam buat keja sendiri sambil tgk abang2 senior hensem. Cukup la tgk kan, kang kalau tulis surat cinta, kang kantoi, sapa nak jawab. Ni tak, kena jadik LDP, jadik ketua editor, ketua blok asrama.. tak suka. Pastu aku pulak yg kena tuduh gila kuasa, padahal cikgu yg paksa. Aku sebagai "ass kisser" yg berjaya, kena la ckp "baik, saya pegang semua jawatan yg cikgu bagi walaupun saya sgt menyampahs". Kawan-kawan aku kata zaman itu adalah zaman Pemerintahan Gigi Besi sebab aku pakai braces + orthodontic gear ni. Benci tau!!!

So takyah la lepas ni ajak aku join kelab futri ameno ke. Even kelab tupperware pun. Aku mmg allergic dgn club2 ni. Aku mmg tak suke ape yg ada meeting2. Tapi kat opis takpe, lepas meeting ada minum and makan roti jala sambil discuss research gossip, I loike!

Korang masuk kelab apa masa belajar dulu? Kelab memasak kah?
Photobucket

16 comments:

Ribbon Clown said...

hahaha..kelab agama islam..aku masuk kelab seni under cikgu mat isa hahaha siap buat storyboard kunun nak wat filem.. cis.. 5 org je dlm kelab.. yg 5 org tulah jadik director, pelakon, tukang wat storyboard..hahaha aku suka masuk kelab sbb aku suka feeling bos2x tuh hahahahha

Cik Lurpak said...

sapa la ahli kelab seni lagi? kalau suke perjumpaan, boleh la kan.. aku ni jenis tak kuasa.. buleh? hahahah....

Kazaztan Team said...

kelab fotografi paling otai..meeting sekali aje..pas tu ceegu pindah sekolah..sampi ke sudah tak ada penasihat...eehhehehe

Cik Lurpak said...

wahh, kalau mcm itu, kelab fotografi adalah terbaik dkt sekolah awak, eh jap, takde kamera kat sekolah, acane nak belajar fotografi?

julie^beth said...

kak, ada tak gambar masa pakai headgear tu? zaman saya pakai takyah head gear.

saya memang persatuan PBSM dihatiku. hehe.. feveret camping!!! paling best kalo kne gigit pacat.

Cik Lurpak said...

Aliaa, sesungguhnya kalau ko tak pakai head gear, ko tidak la jongang seperti akak ye dik. Gambar takda sekeping pun sebab akak kan tak suke ambik gambau, pastu zaman tu pulak zaman remaja yg nerd gitu, tak kuasa akak!

Knapa? Kenapa dik? Apa yg terjadi kalau gigit pacat? Jadik high ke? ko ni kan, org takut pacat, ko suka pulak, isk isk isk.

Ismail Fitry said...

Salam,

Nak cerita pasal persatuan masa sekolah rendah, tapi panjang sangat. Cik Lurpak boleh baca kat sini jelah...

http://ismailfitry-klasik.blogspot.com/2010/02/demi-bolasepak-saya-sanggup-lakukan-apa.html

Jangan marah sebab tepek link aje hehehe...

Cik Lurpak said...

Ismail:Apsal masa darjah 4 korang dah pikir nak tunjuk macho eh dpn budak pompuan? Aku tak ambek kesah pun ngan budak laki, yg aku tau main pass2 tiang, main bola jaring, roundes.. agaknye aku ni terlebih nerd gamaknye ye atau korang yg tercepat matured.. hahahahahah

julie^beth said...

saya jongan versi terbalik kak. orang normal dia jongang gigi atas. saya gigi bawah. kene pakai getah pengikat gigi atas n bawah. so tokleh nganga besar-besar, walaupon tatau ape motip nak nganga besar2.

gigit pacat ialah bagus kak, dia isap darah kotor. besanya saya peserta pertama kne gigit kalo kitorang pegi camping. hihi.. maklumlah, darah sedap (perasan)

Cik Lurpak said...

akak lepas tak pakai head gear dah, akak kena pakai getah tu juge. Jgn main2, akak nganga mulut luas2 pastu ketap tulang ayam kuat2, pastu bukan tali sangkut tu putus, sekali dgn bracket gigi pun tercabut tauu..giel ganas! doc tu geleng2 kepala jek nengok akak dtg.. hahahhahah..

aliaa adalah manusia yg diminati serangga dan hidupan kecil, syabas bette!!

somuffins said...

CL
Dalam pada introvert, I did join one or two or three clubs. Joined RedCross.. baru berlatih nak sinkronaiskan kaki dan tangan, I dah givap. Sebab apa tau? Sebab tak tahan panas DAN tak ingat step (mcm nak menari plak, kah3). Club lagi satu Kelab BM.. hampeh takde visi n misi. Kelab ketiga, this I laike.. Kelab Menaip .. haaa, tu sebab sampai skrng I terer menaip sambil pejam mata, hohoho <- gelak kesukaan atas kejayaan, kekdahnya.

Cik Lurpak said...

Seriously Cik Som, first time I dgr kelab menaip.. hehehehe.. nasib baik bukan kelab trengkas.. heheheh

ayam said...

Go, go, go, go
Go, go, go shawty
It's your birthday
We gon' party like it's yo birthday
We gon' sip air kopi like it's your birthday

DrSinga said...

along ni yang kat Spital Muar tu eh??
.
.
semua orang takut kat gigi besi awak tu eh??
:)

Cik Lurpak said...

Ayam yg gila clubbing!!!

Cik Lurpak said...

Ibusinga: A'ah, Along saya kejenye di Pathology, HPSF itu...

mereka tidak takut, mereka mempermainkan saya.. mereka hadiahkan saya robot bila kami main tukar2 hadiah .. sedihhh!!!

Related Posts with Thumbnails