Thursday, 16 September 2010

Malas Tapi Mahu!

Setelah mentekedarah tak ingat donia semalam, saya berfikir, eloklah saya berpuasa, kekonon nak membuang toxic dibadan. Walaupun saya tak makan nasik lately, tapi jarum scale tu mcm dengki, saje je dengki nak bergerak ke kanan sedikit demi sedikit, dengki tau! Oleh itu saya ambik keputusan makan saje sesenduk nasi putih itu!

Macam biasa, walaupun  bukan bulan puasa, asalkan puasa saja, mulalah tekak ni menggatal nak makan mcm-mcm. Ingatkan nak buat tempoyak goreng, tapi T-Bag kata ia tidak sesuai dgn ayam korma yg telah dimasak diawal pagi utk santapan dua beranak itu. Saya berfikir sedalam-dalamnya (sgt dalam fikiran saya, sehinggakan saya rasa lebih baik saya masak laksa johor atau laksa sarawak), sebab nak makan macam-macam tapi saya malas! Akhirnya, apa yang saya dapat adalahhh......

Rojak Buah
Sambil makan tu tutup-tutup mata, aaahhhhh confirm rasa macam dkt Mesia despite kaki ku dah rasa sejok2 sebab dah masok autumn. Kalau ada ABC lagi ummphhhh!!!

Oh saya tidak serajin itu nak buat kuah rojak sendiri.
Ini adalah hasil rembatan saya di kedai pak menakan TotYati di Melaka masa saya balik Mesia bulan mac yg lepas, dijamin halal!!!

Egg Salad.
Ok tipu. Salad hanyalah secekak, hanya untuk saya. Telur itu dikongsi bersama.

Oleh kerana makan melampui batas, ye tuan-puan sekalian, saya hampir saja menghabiskan semangkuk rojak buah (ye, mangkuk yg atas itu lahhh), kepala saya sudah ting tong!!! Maknusia, maknusia, ada je alasan tak nak buat keje, ting tong laa, mata kuyu laa, hoih!!!

Aih, dah 2 hari makan macam nak rak, walaupun nasi sesenduk, calorie tetap tinggi kerana makanan2 yg lain!  Ok, esok minum air aje!!!
Photobucket

4 comments:

somuffins said...

CL
I pun tidak berjaya membuang even 500g dari badan nih. Puasa cukup 30 hari, turun naik tangga yg tirus berkali2.. buat kerja rumah lagi. Mana silapnya ek??

Ribbon Clown said...

kebetulan, aku pun puasa minum air je hari ni..konon detox.. tp tekak tgh teringin nak makan spageti carbonara.. he he ko buat aku rasa nak makan laaaaaaaaaa...

Cik Lurpak said...

Somuffins; agaknye kena kurangkan intake kot.. kan kan.. hehehe.. kurangkan ke sesudu sahaja, ada berani?hehehe

Cik Lurpak said...

pe'jah: hehehe.. sedap carbonara oi.. sile ke dapur sekarang juge!

Related Posts with Thumbnails